Written by Bella | August 10th, 2015

Semalam pihak media dikejutkan dengan pengumuman oleh Raja Farah bahawa beliau sudah bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama sahaja lagi. Malah, berita tersebut  turut menjadi satu kejutan besar buat bekas suaminya, Megat Bashirun Qhuyum Zakaria yang hasratnya kini musnah apabila  mempunyai niat untuk merujuk semula dengan Raja Farah sebelum ini.

Walaubagaimanapun, Megat menerima berita tersebut dengan baik, redha serta meyifatkan jodoh mereka sudah tiada lagi.

Saya doakan yang terbaik untuk mereka. Mula-mula terkejut juga dengan berita (Raja Farah bakal berkahwin) tersebut, tetapi itu hak dia. Kita hanya merancang dan berusaha, selebihnya Allah yang mentukan. Jodoh pertemuan, rezeki kesejahteraan, ajal maut semua sudah ditentukan.

Megat turut menasihati agar peminat ataupun masyarakat di luar sana tidak memberikan komen negatif ataupun mempunyai persepsi negatif terhadap Raja Farah.

Jodoh dan pertemuan sudah ditentukan. Saya ambil yang positif. Diharap orang ramai juga berprasangka baik dan mendoakan untuknya dan bakal suami. Hormat keputusannya.

Semalam petang , menerusi satu sidang media khas yan diadakan di kediaman beliau terletak di Bukit Jelutong, Raja Farah telah mengumumkan beliau bakal berkahwin dengan seorang ahli perniagaan dan majlis pertunangan mereka sudah pun berlangsung pada sebelah pagi sebelum sidang media berkenaan.

Sebelum ini, Raja Farah dan Megat telah bercerai pada 25 Mei lalu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Sumber Berita: mStar Online

33 responses to Bekas Suami Terkejut Raja Farah Bakal Berkahwin

  1. apa apa je says:

    mudah je kan nak pengganti.. apa2 pun tahniah semoga kekal hingga ke akhir hayat.. saya doakan yg terbaik buat mu Raja Farah..

    0

    0
    • minah jambu nice girl says:

      tk payah lah bekas laki nk rujok balek ngan bekas isteri..kalau dh cerai tu suda biar si farah ni kawin ngan orang lain pulak tengok nasib dia ngan suami baru ni macmana…lov u farahhh..

      0

      0
  2. Neffs says:

    Dua bulan tak dapat mana boleh tahan.. hohohoh..

    0

    0
  3. apa apa je says:

    mudah nye nak cari pengganti.. apapun semoga kekal hingga ke akhir hayat..saya doakan yg terbaik untuk mu Raja Farah..

    0

    0
  4. tyabank says:

    dah habis idah ke? kalau 25 Mei cerai…hurm…ke aku yang silap kira

    0

    0
    • Anonymous says:

      dia bertunang cikpuan, bukan bernikah nak tunggu habis idah.

      0

      0
      • Lisa says:

        Bertunang pun tak boleh sepatutnya. Kalau lelaki nyatakan hasrat pun, selagi tak habis eddah, tak boleh bertunang. Tapi saya assume dia dah 3 kali suci. Tak semestinya kena cukup 3 bulan. So sah jela dalam kes Raja Farah ni.

        0

        0
    • nurin says:

      edah bermakna 3 kali suci..
      3bulan yg haid tidak tetap
      kalauhaid tetap 3 kali suci iaitu jika bercerai pada hari ini, esok dia haid, slps habis haid itu dikira 1 kali suci…

      0

      0
    • Anonymous says:

      eddah 3x suci makna 3 kali period bukan 3 bulan klw kira 3 bulan mmg tak genap lg

      0

      0
    • pembacaPe says:

      dlm edah bukan saja tak boleh berhias bertunang lg la tak boleh…
      Mungkin salah tarikh cerainya tu.. Mungkin depa dah lafas cerai lg awal dr tarikh itu…

      0

      0
    • Katija harun says:

      Minah ni Dah lama on dgn mamat tu…Selalu masuk condo bkt antarabangsa…cover je lebih

      0

      0
  5. rawdha says:

    Alhamdulillah u dah move on farah. congratulation moga ini jodoh yang terbaik Allah berikan. :)

    0

    0
  6. Skywalker says:

    cepatnya dpt pengganti?mcm dah stand by je si lelaki tu..
    ape2 pun tahniah ler..

    0

    0
  7. Anonymous says:

    cuba nak bersangka baik tapi…..yg kedua ni kenal sebelum bercerai ke lepas bercerai ekk ? lalalalalala.

    0

    0
  8. cik mek molek says:

    ahhhh si ex suami pon .dan2 nak kata terkejuttttttttt…
    kau dah cerai,masing2 pon ad ehak untk kwin lain.
    cpt atau lmbt je.
    kesimpulannya.. nk cerai tu fkir abis2 dlu….

    0

    0
  9. Anonymous says:

    kite yg x tau pokok pangkal cerita doakan je la yg terbaik.
    dah kenal berape lame ke ape ke itu hak dia.
    baru bertunang,kalau Allah kata jodoh dia masih dgn bekas suami,maka rujuk la balik diorang nnt.
    yg buruk dtg dr kite manusia,yg baik dtg dr Allah.

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Padan muka suami dia. Dulu masa masih jadi isteri tak nak hargai. Alasan takde anak. Sekarang dia sampai jodoh cepat baru kau terlopong.

    0

    0
    • Apa apa je says:

      Memang itu ke alasan suami nye? Kalau betul pasal anak memang lah padan muka.. Tak sabar betul nak anak.. Semoga Raja Farah di kurniakan zuriat secepat mungkin selepas berkahwin..

      0

      0
  11. zaza says:

    diorg bercerai angkara masing2 duduk jauh. sorg keje kt ganu sorang lg kat kl. tahan ke?
    pengajaran: kalaw korg dpt bakal laki yg keje jauh2 jarang balik. erm, pikirlah masak2. sebab mcm2 boleh jadi. kita xtaw.jadikan kisah raja farah ni sebagai teladan.

    0

    0
    • Anonymous says:

      kawin bukan sebab tu semata-mata..perkahwinan itu jadi indah kalu sama2 memahami..ada ja yg kawin duk jauh kekal selamanya..luaskan pemikiran..insya allah semuanya akan dipermudahkan

      0

      0
      • apa apa je says:

        ye saya sokong..perkahwinan mesti saling faham memahami.. contoh macam ajak shiro.. dari bujang sampai kahwin sentiasa beejauhan dengan isteri.. still romantik je tengok.. semoga berkekalan hingga ke akhir hayat le..

        1

        0
  12. Shamil says:

    tak nak kata apa2…cuma nak ucapkan selamat habis iddah

    0

    0
  13. Anonymous says:

    raja farah tal tinggal dkt bukit jelutong dah la.

    0

    0
  14. anon says:

    Baru tengok kat youtube yg abg sado bagi link tu, berisi jugak si raja farah ni ye, esp kat punggong dia. Nampak muka mcm slim je….anyway, baguslah bertemu jodoh cepat & tak lama menjanda…congrats..
    neway, TQ abg sado..

    0

    0
  15. dee says:

    kenapa pula nak kasi komen negetif buat farah.. dah bercerai kot.. dulu kenapa bercerai, bila salah seorg dah nak kawin lain, baru nak rujuk.. melepas laaaa..

    Ex aku, dah 3 kali kawin cerai, aku tak kisah pun..

    0

    0
  16. kaki tabur says:

    mane boleh tunggu lame2..ladang da lame kering tak de orang tuai….perlu kan baja…

    0

    0
  17. Her Ladyship says:

    Well Plan? or Coincidence….???

    0

    0
  18. lisa says:

    Kadang2 dunia ni memang tak adil….yg anak dara nak merasa kawin, tak dapat, yg janda plak dapat kawin berkali-kali….rembat habis orang bujang pulak tu!! Dah tu kalo janda sibuk merebut orang bujang, abis anak dara nak kawin dgn sapa?

    0

    0
  19. nora says:

    Tgk astro RIA ..kol 8pm. 19hb oktober 2015 Rancangan destinasi cinta Air Asia . Terkejut n rasa sedey sikit coz . .. Pasangan yg dlm tu ialah Raja Farah gn ex husband dia.
    Napa tk peka .. org tu dh brpisah dn dh brtunang gn yg lain ..nmpk cam tk manis laa diulang tayang .

    0

    0