Written by Bella | March 21st, 2016

Sebelum ini bertiup kencang gosip yang mengatakan pelakon Faye Kusairi menjadi punca rumah tangga Elly Mazlein dan Azmi Hatta musnah. Faye juga didakwa menjalinkan hubungan percintaan bersama Azmi dibelakang Elly.

Mendengar berita itu, Faye sudah tampil memberikan penjelasan bahawa beliau tidak kena mengena dengan pasangan itu.

Terbaru,  Azmi juga menegaskan Faye tiada kena mengena dalam hal penceraiannya dan segala tuduhan yang melibatkan beliau bersama Faye adalah tidak benar sama sekali.

Saya terkilan dengan tuduhan mengaitkan nama orang ketiga iaitu Faye Kusairi dalam hal rumah tangga kami, Faye tiada kena mengena dengan hubungan kami, apatah lagi sebagai punca perpisahan kami.

Saya akui Faye pernah berlakon dengan saya tapi dalam masa penggambaran itu saya nikah dengan Elly. Adakah saya ini jenis lelaki yang teramat jahat permainkan perempuan lain dalam masa yang sama semua orang tahu saya sedang mendirikan rumah tangga? Saya ada akal yang waras untuk berfikir.

Azmi pada masa yang sama memberitahu keputusan mereka untuk berpisah dibuat setelah mendapat beberapa nasihat, jodoh mereka tidak panjang dan akhirnyatalak dijatuhkan, dihadapan hakim di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada 15 Oktober 2015.

Belum sampai setahun berkahwin, Azmi akui hatinya agak berat untuk melepaskan Elly apatah lagi pada waktu itu beliau sedang hamil anak mereka yang pertama.

Secara warasnya memang saya tidak mahu berpisah dan saya bukan lelaki yang kejam untuk ceraikan dia pada waktu dia sedang hamil. Namun jodoh itu kuasa Allah, tempoh edah yang ditetapkan bagi wanita hamil ialah hingga dia selamat bersalin.

Dalam tempoh edah itu saya masih menjalankan tanggunjawab untuk menjaga dia dan kandungan dengan baik.

Saya ralat, begitu juga keluarga saya kerana tidak sempat pun sambut ulang tahun perkahwinan lagi kami sudah berpisah.

Saya juga terkilan ramai pihak menunding jari kepada saya sebagai orang yang dipersalahkan dalam perpisahan ini. Hanya Allah yang lebih mengetahui tentang ini dan saya yakin berada di pihak yang benar.

Kalau takdir sudah menentukan tiada jodoh antara Azmi dan Elly, maka tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Jaga amanah Allah SWT yang diberikan kepada kalian dengan baik.

Sumber Berita : mStar Online

Untuk hari ini sahaja, Best Buy World Malaysia menawarkan diskaun RM20 dengan setiap pembelian bernilai RM200 dalam satu resit. Memang rambang mata bila korang buka page Best Buy World Malaysia. Anda hanya perlu memasukkan kod MARCH20 untuk menikmati diskaun sebanyak RM20. Cepat, tawaran ini hanya sah sehingga 12 tengah malam.

 photo RM200voucher121 march.jpg

19 responses to Bekas Suami Elly Mazlein Nafi Faye Kusairi Punca Beliau Bercerai

  1. Raff says:

    Sejak bile pulak manusia mengandung sampai 10 bulan?

    0

    0
  2. Anonymous says:

    penceraian itu pedih tapi kadangkala harus… mcm fasha sandha

    0

    0
  3. TTM FAKE says:

    hahahaha….dia baru bersalin bulan mac..maksudnya mengandung 15 bln la..
    agak2 la Nara oiiiii..

    0

    0
  4. Kikilala says:

    Dia penah mngandung n gugur n mngandung blk.. Sama kes cam fasha anak ptama.. Ngandung n gugur sbb tu fasha cam mngandung lama time yg first tuu

    0

    0
  5. dexandra says:

    mcm2 la retis nih

    0

    0
  6. rozmah manshor says:

    mula2 tnya faye..pastu tnya ex laki elly mazlein…pasni tnya elly mazlein plak..
    booosaaannnnnnnnnn kak mah

    0

    0
  7. hmmmm says:

    nape aritu klu rs mmg x kekal lama..nk jgk truskn pernikahan..sbb mcm ada dengar ura2 pun korg putus tunang..xpa..skrg ko n si faye tu kata xde apa2..nanti2 klu ada..kna kutuk jugak..pkok x bgoyang klu xde angin..korg nk mgaku skrg ke nanti tpulang lh..nanti kte org tengok je..

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Laki dia ni pelakon ke? Citer apa?

    0

    0
  9. anonymous says:

    sapa faye tuu? x kenal punn

    0

    0
  10. Anonymous says:

    itu ke laki elly mazlin??

    jawab lah!!!!!

    0

    0
  11. Anonymous says:

    perempuan dalam gambar yg peluk laki tu faye kusairi ke elly mazlin???

    jawablahhhhhhhhhhhh!!

    0

    0
  12. annoyma says:

    Harap2 apa yg dia cakap betul la….jgn tetiba kawin dgn FAYE pulak pasni…jawapan klise.JODOH…haha…..takkan salah elly berscandal masa sedang ngandung??…orang pompuan takkan buat hal nak mintak cerai tanpa sebab yg kukuh…

    0

    0
    • cili cangak says:

      selalu mcm tu la…tup2 kawin ngan orang yang nafi dia bukan org ketiga…mcm dah banyak je kes macam tu.

      0

      0