Written by Bella | February 3rd, 2016

Bekas suami kepada aktres Nabila Huda iaitu Eddie Tiga Swagger mengakui beliau cukup gembira apabila mengetahui bekas isterinya itu sudah mendirikan rumah tangga dan bersyukur Abil sudah bertemu dengan seseorang yang mampu menjaga beliau dengan baik.

Malah, Eddie sebenarnya sebelum ini pernah mendoakan agar Abil dijodohkan dengan lelaki wanita idaman beliau selepas kedua-duanya berpisah sekitar tahun 2011.

Selepas saya menerima berita mengenai perkahwinan mereka, apa yang boleh saya katakan, saya tersangat gembira dan terharu. Saya benar-benar bersyukur kerana Abil (panggilan untuk Nabila) sudah menemui lelaki yang mampu menjaganya. Inilah juga apa yang saya mahukan selama ini.

Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan dan inilah yang membuatkan saya sangat gembira. Inilah juga perkara yang diingininya.

Ditanya mengenai perancangan beliau pula untuk berkahwin, Eddie menjelaskan buat masa ini beliau masih belum terfikir soal kahwin dan mengutamakan anak perempuan bersama Abil iaitu Keisha Laila.

Jodoh saya pula bagaimanapun belum sampai lagi. Buat ketika ini saya perlu fikirkan mengenai Keisha. Kalau hendak mencari calon isteri pun, saya akan fikirkan mengenai anak saya dulu. Jika jodoh saya sudah tiba nanti, saya pasti Abil juga turut gembira.

Meskipun sudah lama berpisah, Eddie, Abil dan Izwan mempunyai hubungan yang agak baik demi Keisha.

Eddie mendirikan rumah tangga dengan Abil  pada 6 Disember 2008 dan bercerai 3 tahun kemudian. Satu-satunya anak perempuan mereka Keisha Laila kini sudah berusia 6 tahun.

Sumber Berita: Berita Harian

 

12 responses to Bekas Suami Doakan Kebahagiaan Nabila Huda Dan Suami Baharunya

  1. kaklongkeypohchiiii says:

    kak long suka abil!!! ITU SAJOSSS

    0
    0
  2. Cinta Nabila says:

    sy pun suka Abil gak

    0
    0
  3. minah jambu terlajak habis says:

    mh jambu suka tengok drama KAK MAR kt TV3 ni bagos cite dia n minah jambu suka tengok ck ta berlakon eemmuah hahaha ka maaaaaaaar hey yah hey yah hey agak Nye Nye la hehehe..

    0
    0
    • Anonymous says:

      X best pun Kak Mar… Tiru mak cun.

      0
      0
      • One Ringgit None The Richer says:

        Mak Cun kurang best sbb loghat tu janggal sangat bunyinya. Che Ta pulak mmg asai org utara, jadi bila bcakap tu kemaih ja. Beralun elok ja loghat tu.

        0
        0
        • kamal says:

          aku org kedah pun rasa pelik bila dgr che ta ckp kedah…..bila ckp doa byk menganga bunyi lain mcm je…….tp mmg kedah dia pekat piang kalah org kola nerang……cuma kadang tu tertanya jgak che ta ni mmg x bole blakon watak lain selain dr watak ckp kedah kan……dalam melodi ke mana pun dia mmg pekat piang ckp kedah……p merata ceroq smpai ke london tp bahasa mmg kampung giler……kalau la dia bole ckp bahasa melayu yg sempurna dgn lancar lg la berlagaknye

          0
          0
  4. Leah says:

    Bagusla dah bercerai but still mature dlm membesarkan anak..bukan mcm sstgh retis tu..bercerai laki bini anak2 jd mangsa sebab mak bapak x matang..korang paham2 jela sape..

    0
    0
  5. Anonymous says:

    punah segala harapan.

    0
    0
  6. Anonymous says:

    Nama SWAGGER?? Orang kalo bole xnak dipanggil swagger, ko pulak bangga letak nama timangan Swagger. Padan la Abil nak cerai ngan ko dulu. Perwatakan pembawaan nama timanagn…

    0
    0