Bekas Suami Akui Syura Desak Untuk Bercerai, Mula Lupa Diri Selepas Jadi Juara Masterchef

Hiburan

Bekas Suami Akui Syura Desak Untuk Bercerai, Mula Lupa Diri Selepas Jadi Juara Masterchef

Status rumah tangga Syura akhirnya terjawab apabila penyanyi itu mengesahkan beliau sudah bercerai talak dua dalam satu kenyataan yang dibuat olehnya pada minggu lepas bagi mengelakkan kekeliruan berlaku pada masa akan datang.

Bekas suaminya Mohd Fadhly yang sebelum ini enggan memberikan sebarang kenyataan akhirnya tampil dan mendedahkan bahawa Syura sendiri yang mendesak beliau untuk bercerai.

Advertisement

Fadhly bertindak sedemikian kerana ingin menjelaskan salah faham yang berlaku selain menafikan dakwaan beliau mengabaikan Syura.

Jelas Fadhly, Syura juga mula lupa diri apabila semakin popular selepas dinobatkan seabgai juara program realiti memasak, Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua.

Selepas mahkamah mengesahkan lafaz rujuk, dia tidak pernah berhasrat untuk kembali taat kepada saya sebaliknya beberapa kali meminta saya lepaskannya.Saya akhirnya bersetuju kerana saya sayangkan dia dan sedar tiada guna saya memaksanya untuk meneruskan perkahwinan kami kerana dia sudah tawar hati.

Meskipun pelbagai perkara yang sudah berlaku, Fadhly tetap berusaha untuk memujuk Syura kembali kepadanya tetapi usahanya itu gagal.

Walaubagaimanapun, ia tidak mematahkan harapan Fadhly untuk mendapatkan Syura semula dan beliau berharap satu hari nanti mereka akan kembali bersama.

Saya tidak pernah bencikan Syura. Saya lepaskan dia pun kerana sayangkan dia dan tidak mahu menyekat kemahuannya.

Jauh disudut hati saya agar kami dapat kembali bersama sebagai suami-isteri dan saya akan tunggu dia.

Hidup saya kosong tanpa Syura dan anak-anak kami dan saya rindukan saat kami bersama, biarpun tidak mewah tetapi kami gembira.

Syura dan Fadhly pernah bercerai pada kali pertama pada 29 September 2014 sebelum Mohd Fadhly mengambil keputusan kembali rujuk pada 10 November tahun sama.

Mereka bercerai buat kali kedua di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 19 Ogos tahun lalu.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...