Beg Tangan Ayda Jebat Diragut

Hiburan

Beg Tangan Ayda Jebat Diragut

Penyanyi dan pelakon popular Ayda Jebat mengakui cukup terkejut apabila beliau telah menjadi mangsa ragut ketika berada di sebuah kafe terletak di Wangsa Melawati.

Advertisement

Dalam insiden tersebut yang berlaku pada jam 12 tengah malam semalam, beg tangan Ayda telah diragut oleh dua orang lelaki yang tiba-tiba datang ke meja beliau sebelum melarikan beg tangan miliknya.

Saya baru sahaja duduk dan mahu memesan minuman. Selepas saya membuka beg dan mengambil telefon bimbit, tiba-tiba datang dua orang lelaki ke meja saya dan melarikan beg tangan saya.

Dalam beg tersebut terdapat wang tunai, kunci kereta, dompet dan benda-benda penting seperti kad pengenalan, lesen memandu dan kad bank. Malangnya, tiada kamera litar tertutup di kawasan kafe untuk mengenalpasti individu yang tidak bertanggungjawab itu dan saya terus segera membuat laporan polis.

Ayda bagaimanapun tidak mahu mendedahkan jumlah kerugian beliau atas nasihat pihak polis.

Atas nasihat pihak polis, saya tidak boleh dedahkan kos kerugian yang saya alami. Apa yang saya tahu,  perkara ini sedang berleluasa kerana malam tadi sahaja, terdapat lebih tiga kes ragut yang berlaku di kawasan yang sama.

Saya tak rasa trauma, tapi saya berasa terkejut kerana saya diragut ditempat terbuka seperti di sebuah kafe dan tempat itu kelihatan selamat kerana pada ketika itu masih ramai orang lagi di sana.

Pada masa yang sama, Ayda menasihati agar wanita diluar sana untuk lebih berhati-hati dan tidak leka kerana kejadian seperti ini boleh berlaku dimana-mana sahaja hanya dalam sekelip mata.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...