BeautifulNara.com Kini Bakal Ada Nokia Ovi App

Hiburan

BeautifulNara.com Kini Bakal Ada Nokia Ovi App

Semalam saya lepak di mapley bersama dengan rakan-rakan yang tercinta. Sambil borak-borak bercerita tentang amoi cun di depan meja kitorang, masing-masing pun tayang handset diri sendiri yang canggih tak ingat. Dan paling terharu apabila masing-masing sibuk nak bukak BeautifulNara.com dan mengupdate diri sendiri dengan cerita panas artis Malaysia.

Tiba-tiba salah seorang daripada member saya bertanya satu soalan maut:-

Advertisement

[note]Bro, aku pakai Nokia N8 nie. Kau tak buat Ovi App ke untuk BeautifulNara.com? Senang sikit aku nak tau kau dah update ke belum blog kau tue. Penat bro selang 10 minit nak masuk website kau. Baik kau buat satu Ovi App untuk blog kau tue[/note]

nokia ovi app

Dalam hati saya sudah tersipu-sipu malu sebab tak tahu apa itu Nokia Ovi App. Sampai ke rumah terus diri ini men”Google” apa itu Ovi App. Tekan punya tekan, cari punya cari, diri ini dibawa masuk ke laman web Ovi App Wizard. Cantik, menarik dan tertarik laman webnya.

nokia ovi app

Saya mahu BeautifulNara.com ada Ovi Appnya yang tersendiri untuk memastikan pengguna Nokia macam kawan saya tue dapat tau update terkini blog saya. Dapat jimatkan masa sebab segala update akan dibagitau melalui Ovi App BeautifulNara nanti. Dan dengan rakusnya, saya terus menekan butang “Get Started”. Memang tak sabar betul dah nie.

nokia ovi app

Terus terpampang skrin “Enter the URL of your web content feed” lepas saya tekan butang “Get Started” tadi. Maka dengan yakin dan riaknya saya pun terus letak URL RSS feed BeautifulNara.com dan tekan butang preview. Korang nampak tak gambar macam telefon kat sebelah kanan tue? Itulah preview OVI App BeautifulNara yang akan keluar kat telefon Nokia nanti. Menarik kan? Makin teruja dibuatnya diri ini. Maka terus saya ke “Next Step”.

nokia ovi app

Yeah ~~ Saya suka part untuk customize OVI App BeautifulNara nie. Yang nie kena buat betul-betul sebab nak kasik OVI App saya cantik, lain daripada yang lain dan senang dibaca oleh pengguna-pengguna Nokia. First thing first saya ubah “Application Icon” letak trademark blog BeautifulNara dulu.

nokia ovi app

Lepas tue tanpa melengahkan masa dan dengan cekapnya terus saya ubah “Logo and logo background colour”. Yang ini sudah tentulah logo BeautifulNara yang cun melecun tue akan diuploadkan. Selain menceriakan lagi Ovi App Beautifulnara, ianya juga bakal menyenangkan pengguna Nokia mencarik app saya di Ovi Store nanti.

nokia ovi app

Dan sudah tentu “background and text colour”nya pun perlu diubah supaya nampak biru seperti di dalam blog BeautifulNara. Birukan dah jadi identiti blog ini. Jangan main hentam je buat Ovi App nie. Biar nampak cantik dan sedap mata memandang. Barulah makin ramai yang akan download Ovi App kita. Tak gitu?

nokia ovi app

Mari kita tengok macma mana rupa bentuk Ovi App BeautifulNara sekarang ini.

nokia ovi app

Disebabkan saya sudah pun berpuas hati, maka saya terus ke “Next Step”. Masa yang diambil untuk buat semua step di atas tak lebih pun dari 3 minit. Memang pantas dan tuntas. Saya suka sangat-sangat. Mari kita tengok apa yang keluar bila saya tekan “Next Step”.

nokia ovi app

Sudah tiba masanya untuk mendaftarkan akaun Ovi App saya. Jangan risau tak perlu bayar apa-apa. Ini semuanya adalah PERCUMA. Apa yang penting saya kena pastikan segala isi kandungan, logo dan trademark yang digunakan masa buat Ovi App ini adalah milik saya sepenuhnya. Cadangan saya untuk para blogger yang berminat buat Ovi App nie, letak je muka anda sebagai logo. Confirm tak aka ada masalah copyright nie. Pastue saya terus dengan jayanya klik butang “Continue”.

nokia ovi app

Macam biasa isi apa yang patut kat borang registration nie. Buat macam isi borang nak masuk university. Lepas tue scroll ke bawah sikit dan jangan lupa tick untuk syarat anda memahami terma Ovi App nie. Lepas tue tunggu apa lagi. Tekan la butang “Accept terms and register tue”.

nokia ovi app

Bila saya dah accept maka screen advertising di bawah akan muncul. Tapi kita taknak tamak sangat untuk buat iklan dulu so kita skip offer dia. Jangan risau sebab nanti kalau tiba-tiba rasa nak buat iklan kita boleh datang balik dan adjust bab nie. But for now, kita jangan amik dulu advertisement nie dan kita terus ke next step.

nokia ovi app

Dan akhirnya saya dah sampai ke final part cara pembinaan Ovi App untuk BeautifulNara.com. Ini satu step yang sangat penting sebab ini akan menentukan sama ada Ovi App anda bakal ditemui oleh orang ramai atau tidak. Letak description yang betul-betul, logo yang menarik dan yang penting ialah harga Ovi App anda tue. Kalau saya confirmlah saya letak free kan. Takkan nak buat berbayar pulak. Kesian kat readers saya yang gunakan Nokia kalau kena bayar untuk gunakan Ovi App BeautifulNara.

nokia ovi app

Lepas klik “Finish” maka sudah siaplah Ovi App BeautifulNara ini. Saya terus dibawa ke dashboard Nokia Ovid an sudah tiba masanya untuk saya men”submit” Ovi App BeautifulNara ke Ovi Store untuk didownload oleh ratusan ribu pengguna Nokia. Kini pengguna Nokia yang merupakan pembaca BeautifulNara akan lebih mudah dan pantas untuk mengetahui update terkini dari BeautifulNara.com. Best kan? Dengan penuh syahdu saya pun menekan butang “Submit to Ovi Store”.

nokia ovi app

Untuk langkah keselamatan, saya diberi peluang untuk buat final review Ovi App BeautifulNara saya. Disebabkan memang dah berpuas hati, maka saya pun tekanlah submit.

nokia ovi app

Buat masa ini, Ovi App BeautifulNara masih di dalam review. Biasanya pihak Nokia akan ambil masa 24 jam untuk approve Ovi App yang baru. Bila dah dispprove nanti, sila sebarkan kepada rakan-rakan anda yang menggunakan telefon Nokia untuk download Ovi App BeautifulNara. Nanti saya bagikan linknya ye.

nokia ovi app

Marilah kita bersama-sama mengucapkan terima kasih kepada Nokia kerana dengan adanya Ovi App ini anda akan dapat membaca BeautifulNara.com dengan lebih cepat, mudah dan bergaya. Terima kasih Nokia!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...