Written by Bella | May 9th, 2016

Berjaya menghasilkan lagu yang cukup hits dan menjuari carta-carta muzik di radio dan pelbagai anugerah, kumpulan Akim & The Majistret adalah satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi.

Namun, ada pihak yang mendakwa kumpulan itu sudah semakin demand dan menuntut bayaran yang agak mahal untuk membuat sesuatu persembahan.

Menurut ketua kumpulan itu, Zimi, beliau berkata bayaran yang mereka kenakan sudah merangkumi keseluruhan kos ahli kumpulan berkenaan termasuk mereka yang bekerja di belakang tabir.

Malah, mereka juga memberikan persembahan yang berkualiti berbaloi dengan harga yang perlu dibayar.

Bagi yang pernah melihat kumpulan kami buat persembahan sudah tentu tahu bagaimana hasil persembahan tersebut. Kami bukan turun bertujuh, malah selalunya ada 16 orang ahli yang membantu kami untuk memberi persembahan terbaik dan memuaskan hati penonton.

Walaubagaimanapun, ia tidak bermakna mereka begitu tergas sehingga tidak boleh dibawa berbincang tentang soal harga.

Sebenarnya kumpulan Akim & The Majistret mahu meletakkan satu tanda aras kepada mana-mana lagi kumpulan muzik untuk menerima bayaran yang sama ketika melakukan persembahan. Ia juga memberikan hint kepada penganjur untuk tidak mengambil kesempatan terhadap mereka.

Kami masih bertolak ansur tentang bayaran dengan memberi persembahan yang lebih mantap dan penambahan lagu. Apa yang penting penonton berpuas hati. Biasanya jika kami buat persembahan bukan Akim sahaja yang bercakap, malah semua ahli kumpulan perlu bercakap dan hiburkan penonton.

Kami harap ia menjadi satu contoh dan tanda aras kepada kumpulan muzik yang lain juga kerana pihak penganjur perlu faham bahawa kami bergerak secara berkumpulan.

Kalau kualiti persembahan kumpulan Akim & The Majistret bagus, apa salahnya untuk mereka meletakkan bayaran yang tinggi? Lagipun, bukan mudah untuk menghiburkan orang ramai dan penat lelah setiap kru yang terlibat harus di ambil kira.

Sumber Berita : mStar Online

16 responses to Bayaran Kami Mahal Tetapi Kualiti Persembahan Terbaik – Ketua Akim & The Majistret

  1. melati says:

    nanti saya Fikir kan nk beli ke Tidak…….???hmmmmm

    0

    0
    • Hit says:

      ok lah tu…dato jamal abdillah pun boleh cas mahal. yang muda mudi rekod bersih kenapa tidak…

      0

      0
      • minah jambu harapan nenek says:

        dh tentu dorang2 ni pernah jadi juara tkan bayaran tetap sama macm 10 taon dulu !

        0

        0
  2. kobis bunga says:

    xpe la… lgpon ramai nk dibayar… penat kot akim tloncat2 bila nyanyi.. zaman skang xde benda yg murah…

    0

    0
  3. AKU says:

    x beshhh

    0

    0
  4. Just saying says:

    Bayar mahal utk group yg tiru Muse (ops! Highly influenced bak kata mereka.haha) & vokalis die pun failed to deliver low note (slalu xpaham ape yg die cakap/nyanyi time dekat low notes)? Ok la utk the whole group (their enthusiasm is real) but for so-called akim’s showmanship? Naahhhh

    0

    0
    • cik non says:

      ye betul..memang tiru band Muse..org2 yg minat akim & majistret mungkin x kenal Muse..sebab tu die org blh kata waa kreatif la best la buat lagu..padahal tiru lagu org..most of their songs,muziknye betul2 tiru Muse..penat org putih tu dok perah idea,,bile smpai ke anak Malaysia itu lah jadinye..baik dr assignment kt smpailah ke cipta lagu..

      0

      0
    • Anonymous says:

      for me as long as hasil lagu tu sdp didengar ok je.. kat oversea ramai je band2 baru take influenced dari band fav dorang. cth hoobastank. muzik dorg influenced dari band incubus. but still diterima worldwide. and im sure ramai peminat muse kat sini peminat akim and the majistret jugak. take positive only.. peace.

      0

      0
  5. darick says:

    Guitarist majistret hancur klu main,tambah2 main akustik setakat pegang cord mcm 2 bole kuar youtube cover artis,bkn xnk support local tp pls la bljr dulu then baru kuar sbb youtube 1 dunia tgk,how indonesia tgk music kita sebelah mata jer..sorry

    0

    0
  6. faiz says:

    aku pernah tgop lah scara live band diorg… aku rasa berbaloi lah….. xkan penganjur xboleh bg lebih sikit sedangkan dpt untung byk… bila artis naik sikit dah kata demand.. cuba fikir ape yg zimi kata .. habis krew yg jaga blkg tabir sapa nak byr… semuanya dr atas nama artislah… cuba tgp abph semalam… estranged vs manisfesto? aku rasa teruk nyanyi live sumpah aku rasa myesal aku dok tggu estraged nyanyi… dgn vocal yg hancur….. abis kalu kita x support artis kita dulu mcm mana org luar nak tgop artis kita.. kalu stakat jd keyboard viral baik xyah… pakai nama pon fake.. sebab? takut

    0

    0
  7. mak c kina says:

    hehehe..aku pun xfaham nape show mcm tu jd finale

    0

    0