Written by AbangNara | May 31st, 2017

Hari raya Aidilfitri adalah perayaan yang dinanti-nanti oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah hari kemenangan, hari penuh kegembiraan dan hari penuh kesyukuran selepas berjaya berpuasa sebulan d bulan Ramadhan. Di Malaysia, kebiasaannya umat Islam akan pulang ke kampung bersama kaum keluarga, suami/isteri, pakwe/makwe tercinta untuk memeriahkan lagi sambutan hari raya.

wiko harry

Abang Nara, isteri & anak-anak di hari raya ketiga tahun lepas

Namun sekiranya anda masih belum berkahwin, tiada tunang, tiada pakwe dan tiada insan istimewa untuk dibawa pulang berhari raya bersama ke kampung Aidilfitri kali ini, jangan sedih, jangan menangis, jangan kecewa kerana Abang Nara nak perkenalkan si cantik, si hensem, si kacak, si bergaya dan si perfect yang bernama ……..

harry

si hitam yang memukau dan yang cukup menggoda

Didatangkan dengan 2 warna iaitu Anthracite dan Gold, inilah Harry yang bakal menjadi milik anda dengan harga RM599 sahaja. Harry bakal menemani perjalanan anda pulang ke kampung, menjadi sahabat setia anda ketika malam raya, menolong anda mengabadikan detik-detik indah Aidilfitri dengan mengambil gambar anda dan macam-macam lagi.

harry

Harry warna gold tak kurang kacak bergayanya

Antara kelebihan Harry yang merupakan salah satu smartphone di bawah jenama Wiko, syarikat yang berasal dari Perancis dan terkenal dengan rekaan “value for money” dan teknologi yang terkini ialah:-

1. Skrin 5 inci HD dengan teknologi IPS

wiko harrySambil memasak rendang dan ketupat, anda boleh melayan video YouTube atau bermain game tanpa sebarang masalah. Skrin Harry yang cukup bersaiz 5 inci adalah cukup besar dan menjamin kepuasan mereka yang melihatnya kerana adanya teknologi IPS yang menyerlahkan lagi kualiti warna dan video yang dimainkan.

2. Internet laju dengan connection 4G
wiko harrySmartphone yang support 4G amatlah penting di Hari Raya Aidilfitri. Kalau support 3G je pun dah ok, tapi kalau 4G lagilah laju Internetnya.  Pagi Syawal adalah masa untuk upload pakai baju raya ke Instagram dan facebook? Dengan Harry anda tak perlu risau. Anda siap boleh buat Facebook Live dan Instagram Live aksi anda mengacau dodol kerana Harry menyokong internet dengan capaian 4G. Pantas, tuntas dan vrooooommmm!!!

3. Kamera selfie 5MP

Sekiranya anda seorang wanita, tiada yang lebih penting selain memgambil ratusan gambar selfie di pagi Aidilfitri. Dengan bantuan ‘Harry”, anda akan mendapat gambar selfie yang sempurna dalam sekelip mata sahaja. Ini kerana “Harry” dilengkapi kamera selfie 5MP yang pastinya menyerlahkan lagi kecantikan dan kejelitaan wajah anda.

4. Kamera belakang 13MP

jangan lupa untuk menggunakan kamera belakang 13MP “Harry” untuk mengabadikan detik-detik indah penuh bersejarah Aidilfitri kali ini, lebih-lebih lagi kalau ada si jejaka/gadis yang mencuri perhatian anda. Dengan mode profesional, panorama, HDR, night mode dan banyak lagi, kenangan Aidilfitri kali ini pasti akan tersimpan kukuh dan jelas bersama ‘Harry”.
wiko harry
5. Bateri yang tahan lama

Tak perlu risau untuk charge bateri Harry ketika anda sibuk menyambut tetamu di pagi Aidilfitri kerana Harry mampu bertahan berjam-berjam penggunaan. Malah dengan kehadiran battery tips, Widgets dan Doze 2.0, bateri Harry mampu bertahan lebih lama untuk anda. Puas hati sangat-sangat.
harry wiko

Selain 5 kelebihan di atas, Harry juga dijana dengan 3GB RAM untuk kelancaran penggunaan. Selain itu kehadiran sistem Android Nougat dan Wiko UI memudahkan anda menggunakan Harry tanpa sebarang masalah. Jadi tunggu apa lagi? Jangan kesepian di Aidilfitri ini dan bawa pulang “Harry” ke kampung bersama anda. Confirm anda akan bangga bercerita tentang kehebatan dan keunikan “Harry” kepada sanak saudara dan kaum keluarga. Maklumat lanjut layari my-en.wikomobile.com dan juga Facebook Wiko Malaysia.



[jetpack-related-posts]

3 responses to Bawa Pulang “Harry” Ke Kampung Anda Bersempena Aidilftri Ini

  1. uda says:

    kentot kat muka nara

    1

    0
  2. muntah says:

    berbuih lah kau…. nara
    Oghang x mau baca advertisement kau…

    dah muak tgk…nak muntah

    0

    0
  3. NikNabilahNasir says:

    Nak tanya, wiko ada center ke kat Malaysia? Mcm mana nk dptkan device ni? Mcm menarik. Spec pun okay not bad, design pun lawa…Tq :)

    0

    0

Leave a Comment

Optional