Written by Bella | February 16th, 2016

Mia Ahmad, nama yang agak dikenali ramai setelah popular menerusi drama bersiri Hati Perempuan. Baru sahaja ingin mengukuhkan namanya dalam bidang lakonan, Mia yang sebelum ini dihimpit gosip cinta kini sekali lagi dilanda kontroversi apabila dikatakan bermasam muka dengan sebuah produksi drama.

Semuanya bermula apabila Mia membatalkan satu tawaran lakonan didalam drama Akad Ku Yang Terakhir terbitan Global Station. Pada awalnya Mia memang bersetuju untuk muncul dalam drama tersebut tetapi beliau dikatakan tidak hadir pada sesi pembacaan skrip. Lebih teruk lagi, pihak pengurusan Mia juga berdiam diri tanpa sebarang berita.

Meskipun dihimpit pelbagai spekulasi, Mia nampaknya enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara berkenaan.

Saya berdiam diri bukan bererti saya berada di pihak salah. Saya mahu pertahankan diri saya dan begitu juga dengan pihak mereka. Bagaimanapun kalau banyak saya bercakap, ia tidak akan mengubah apa-apa lagi dan perkara pun telah berlaku.

Tidak mahu memanjangkan isu ini, Mia memohon maaf atas apa yang terjadi.

Perkara ini sudah pun terjadi dan dengan mengulas lebih panjang akan menyebabkan lebih banyak salah faham. Apa yang boleh saya katakan, saya belajar daripada apa yang berlaku dan seikhlas hati saya memohon maaf di atas apa yang terjadi dan terima kasih atas peluang dan teguran diberikan.

Menurut daripada beberapa sumber, Mia membuat keputusan untuk membatalkan kemunculan beliau dalam drama tersebut kerana ingin menerima tawaran produksi lain yang akan menyiarkan drama mereka di sebuah stesen televisyen terkemuka.

Erm, jika benar gosip ini agak tidak elok juga untuk mula berjanji dan akhirnya membatalkannya pada saat akhir. Siapa yang tidak sakit hati bukan?  Semua persiapan telah dilakukan tetapi akhirnya tarik diri. Apa-apapun, kami harap Mia Ahmad dapat menyelesaikan masalah ini.  Tidak semestinya berlakon didalam drama yang akan disiarkan di stesen televisyen popular ia akan menjamin nama anda juga popular. Yang penting adalah bakat dan kualiti lakonan.

Sumber Berita: mStar Online

 

25 responses to Batalkan Tawaran Lakonan : Mia Ahmad Beri Masalah Kepada Pihak Produksi?

  1. Anonymous says:

    1st

    0

    0
  2. KUCING says:

    mesti ada sebab..tak kan senang2 mia nk cancel tak nk berlakon.
    kalau nk kate mia memilih stesen tv, ari tu mia jugak ade shooting drama berepisod utk tv2.stesen tv yg so so..
    lgpun mia diuruskan oleh A klasse management..pihak pengurusan lebih tau.
    semoga mia maju jaya.

    0

    0
  3. Anonymous says:

    xbest ko berlakon, mohon bersara

    0

    0
  4. Che ta says:

    Aku geli tgk pempuan ni.

    0

    0
  5. Anonymous says:

    belakon mcam kayu

    0

    0
  6. rizal says:

    x payah la belakon, lagipun kayu. ramai lagi berbakat.

    0

    0
  7. sara says:

    That day cara pengacara MELODI kaku betul macam kayu, masuk SEPAHTU REUNION pon tak de function, tak pandai acting langsong. harap muka je kot ko ni.

    0

    0
    • aku says:

      kann..aku pun perasan..padahal..pelakon perempuan lain..ok je.. xpun..amira af tu..yg ada ms cerita camping sekolah..dia bukan pelakon kot..tp petah bercakap..huhu..aku pelik..si minah ni..bole mcm tunggul je dok blkg..haha..

      0

      0
  8. Anonymous says:

    nasib baik kot bukan mia yg berlakon dalam drama tu..lakonan cam kayu..nasib dah tukar pelakon.

    0

    0
  9. minah gomen goyang kaki says:

    tak tahu lah kenapa…. aku menyampah tengok perempuan ni. berlakon keras macam batu.

    0

    0
  10. kucing kiut says:

    aku dari dulu tak berkenan kat minah ni.
    kayu.

    0

    0
  11. Anonymous says:

    mia kau tak payah berlakonlah.tak glamer pun.. ok ..ka cari job lain ..nampak buruk kalau berhijab tapi berlakon

    0

    0
  12. hambaallah says:

    sedangkan nabi pun minta maaf dekat org yg dia xbuat salah .. ini kan awak2 yg selalu sgt kutuk manusia sesama manusia .. saya minta maaf :)

    0

    0
  13. zie says:

    berlakon macam kayu

    0

    0
  14. sedar diri says:

    saya tau saya tak pandai berlakon, tak pandai mengacara, kalau buat jugak nanti jadi macam kayu atau tunggul. sebab itu saya pilih kerjaya lain yang tidak kena mengena dengan bidang lakonan atau pengacaraan. so harap mia pun sedar diri macam saya jugak. #jangansentap #jangankecamsaya #komenjujurdaripeminatdramamelayu

    0

    0
  15. Qukesah Terjirose... :) says:

    Mcm muke ukasah senros satu kali pndg..jeww… :) n ukasah lg ok kot klo blkon..cikit jewww :)

    0

    0
  16. kayu oh kayu says:

    Brani cba la hntam dia ni kt ig.. mmpuihh kena ceramah dgn karat2 mia kayu.. dia tolak crita ni sbb nk brlkon drma kt tv3 slot dahlia..mmgg x laa nk tgk!!kt melodi sengih2 mcm kerang busuk pstu jdi tggul kt tgh2..

    0

    0
  17. Kutkut says:

    Cuba kutuk dia kt ig? Nnti karats dia serang bertubi2

    0

    0
  18. Ki?mi?ni?mu?chu says:

    tiz zaqyah kan ganti dia?
    jauh sangat beza..

    0

    0