Baru Pulang Daripada Haji : Nabil Ahmad Ditawarkan Untuk Beri Ceramah

Hiburan

Baru Pulang Daripada Haji : Nabil Ahmad Ditawarkan Untuk Beri Ceramah

Pelawak Nabil Ahmad mengakui beliau kini sudah mula menerima tawaran untuk memberi ceramah dan berkongsi pengalaman beliau sewaktu menunaikan ibadah Haji baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, Nabil hanya akan menerima tawaran yang sesuai buat dirinya kerana beliau masih lagi dalam proses untuk mendalami ilmu agama.

Advertisement

Buat masa ini, saya cuba berubah terlebih dahulu dengan menambah amal ibadat, lebih banyak solat, bersedekah dan menolong orang. Jika ada tawaran ceramah, saya akan cakap (kepada pihak tersebut) tengok pada jadual dan lihat apa yang nak saya kongsi. Jika saya boleh bawa, saya akan terima, jika tidak, saya akan menolaknya.

Saya sendiri dalam proses pembelajaran. Nanti apa pula orang kata. Apa yang saya boleh kongsi adalah pengalaman menarik saya sepanjang menunaikan haji.

Bercerita mengenai pengalaman beliau di Tanah Suci Mekah, Nabil menyifatkan ia sebagai salah satu detik manis yang tidak akan dilupakan dalam hidupnya dan bersyukur kerana tidak mengharungi pelbagai masalah ataupun dugaan di Mekah.

Alhamdulillah sepanjang berada di sana, saya tidak menghadapi sebarang masalah justeru memudahkan saya melakukan ibadat. Cuma berhadapan dengan cuaca panas, perjalanan yang agak lama, dan berjalan kaki untuk masuk ke Mina.

Selain itu, banyak benda dapat belajar di sana apabila melihat orang lain punya kesusahan yang benar-benar susah, daif tetapi tetap mahu ke sana untuk beribadat.

Mungkin dengan menjemput artis untuk berkongsi pengalaman mereka ketika berada di Mekah adalah satu pendekatan baharu untuk menarik perhatian lebih ramai lagi untuk melakukan ibadah di sana.

Sumber Berita: Sinar Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...