Written by AbangNara | July 11th, 2014

Wow. Hebat gila bisness MLM yang disertai oleh Azad Jazmin dan isterinya, Eira Syazira ini. Mana tidaknya, baru 2 minggu dah boleh beli motosikal Ducati Diavel. Rasanya motosikal tersebut lebih daripada RM50,000. Sementara itu Eira pula sedang menunggu pinjaman diluluskan untuk pembelian kereta Evo. Power rangers sungguh bisness MLM yang disertai oleh pasangan suami isteri ini.

eira dan azad

Abang Nara memang skeptikal dengan MLM. Rasanya daripada 10 MLM kat Malaysia ini, 9 daripadanya menipu orang. Lagi sedih apabila mangsa tipu adalah orang Melayu kita sendiri. Namun kalau MLM yang disertai oleh Azad dan Eira ini benar-benar ‘genuine’, teringin juga nak join. Mana tahu lepas sebulan boleh beli Ferrari. Kata Azad menerusi MalaysianDigest:-

Kita semua sedia maklum, bila orang kita dengar saja tentang MLM mereka terus menunjukkan reaksi kurang minat. Tapi apa yang oleh saya katakan, perniagaan yang kami ceburi ini lebih kepada membantu orang-orang Melayu dalam menjana keewangan.

Akan ada satu pelancaran khas memperkenalkan perniagaan ini pada umum sekitar November nanti. Lagipun syarikat yang menjalankan perniagaan ini adalah sebuah syarikat berpengaruh dan sudah hampir 15 tahun bertapak dalam dunia perniagaan. Sebab itu saya yakin untuk menyertainya.

Bayangkan lah, dalam masa dua minggu saja Allhadulillah saya sudah mampu membeli motosikal Ducati Diavel. Dan Eira sekarang ni sedang menunggu pinjamannya diluluskan untuk beli Evo.

eira syazir

Dengar ceritanya Azad Jasmin sudah berjaya mengajak rakan-rakan artis seperti Shaheizy Sam dan Keith Foo untuk menyertai bisness MLM ini. Malah pendapatan yang diterima daripada bisness ini lebih banyak daripada berlakon sehingga Azad telah berehat daripada berlakon sejak Mei lalu untuk beri fokus sepenuhnya. Semoga berjaya dan terus berjaya diucapkan. Dah kaya nanti jangan sombong pulak.

eira dan azad

P.S: Ayuh salurkan derma dan bantuan daripada segi kewangan untuk saudara seIslam kita yang sedang menderita akibat serangan Yahudi di Gaza. Semoga dengan bantuan ikhlas kita, dapat meringankan sedikit beban mereka. Sama-samalah kita doakan agar kemenangan akan menjadi milik Islam tidak lama lagi.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

94 responses to Baru 2 Minggu Buat Bisness MLM Saya Dah Boleh Beli Ducati Diavel – Azad Jazmin

  1. Jemah Jemahan says:

    Lebih 100 syarikat MLM telah disenarai hitamkan…berhati-hatilah.

    0

    0
    • haters says:

      i hate MLM sb aku pernah kna tipu msa belajar dlu, kna tipu dgn org melayu kita jgk.. tolong melingkupkan org melayu ad la…

      0

      0
      • pelajar jurusan ekonomi says:

        setuju! target market mereka student2 ipta, akak2 yg nak pendapatan sampingan & warga emas yg baru bersara. kesian anak2 melayu yg muda-muda tu ye. belum dapat kerja kena tanggung hutang. waktu pergi dgr taklimat, disogokkan dgn angan2 dan janji2 kereta besar, percutian mewah, duit mcm turun dr langit, jongkong emas segala lah. setelah melabur beribu-ribu barang2 yg korang yg dibeli dari upline/syarikat tu…tersadai dibilik store rumah anda. hancur x dpt pusing modal kerana produk mereka takde kualiti dan demand…kesian.

        0

        0
        • Chef Wan Jr. says:

          youolsss…dont simply simply invest je peah hoi. do your homework 1st la. in this zaman, we cannot trust even adik beradik sendiri. dont simply look at luaran orang lain kereta so big big and rumah besar like museam negara like that. we never know la kan unless you see the hutang and mortgage kat bank tu. you youols so berani invest kan? if i was you kan jenah i put my money so much much in asb & tabung haji only. how dare them kan penipu bangsa sendiri. if i was them, lebih baik i masak or buat kueh ketayap jual cendol in front of my house. more faedah kan you?

          0

          0
        • Baby AA says:

          Good morning….
          MLM- if it is too good to be true then it is probably….. shit.

          0

          0
        • blurkk says:

          mungkin sesetengah MLM tu memang penipu.. tapi kalau pergi MLM yang berdaftar seperti phytoscience atau elken, korang akan nampak apa itu MLM yang sebenarnya.. nak kaya bukan mudah. bukan dengan sekali ko bayar MLM, ko dok goyang kaki tunggu duit masuk, memang tak la.. tapi ko sendiri kena rajin, kena usaha, kena aktif untuk cari ahli2 atau kaki2 bawah ko.. barula MLM ko masyukkk.

          0

          0
        • Olga says:

          Oppss, terlupa nk promo. I selaku PRO membekalkan dan menjual pelbagai jenis kurma Yusuf Taiyoob. Dapatkan kurma saya yg meletoppp ni! Harga berpatutan dan manis….sila datang ke Carcosa Seri Negara untuk membeli kurma saya. Ada klasss yah. Hanya VIPs, Datin2 sepi dan Toh Puan Sri2 saja yg dapat sample percuma okay.

          0

          0
        • PECAHHHHH LOBANGGGGGGG! says:

          KEYWORDS: “Eira pula sedang menunggu pinjaman diluluskan untuk pembelian kereta Evo”

          Toksah nk tipu orang la sangat la haih. Kami bukan bodoh. Beli kereta guna loan bank BUKAN CASH…. hahahahaha. Kwangx3

          0

          0
        • Joyah says:

          yg penting Felixia Yap ingin ke Gaza ye…ko mampu dik non?

          0

          0
        • Anonymous says:

          ayat cliche` yg selalu diguna pakai – “nk tolong bangsa sendiri” katanyer.
          kalau tul2 nak tolong……dermakan saja terus duit mereka ke rumah anak2 yatim/org tua.

          0

          0
        • Zuriyantie says:

          Akak join Xango. Yuran rm 150 je. Multi-level marketing + direct selling cam Avon, Aura White dan Mary Kay. Opis kat Shah Alam. Cuma ini jus manggis dan beauty product. Pendapatan x banyak sangat la. Boleh la exra 300-500 sebulan. Jadi lah kan. Kena pandai2 pilih company la korang.

          0

          0
        • Tipah Kurma says:

          Nendiaa… bila mamak berniaga.. semua org dia goreng serupa char kuew teow!! Dia sembang kasi semua org bimbang… nendia punya dok kompang.
          mana ada business yg 2 minggu bleh kaya cenggitu ja… dey thambi, meniaga kena ada product.. kna jual product,,, ni MLM apa? jual ayaq lioq? MLM yg betol2 punya macam Avon ka, Cosway ka, Amway ka, hat tu ya meniaga.. tapi takdak nak kaya laa teruih beli ducati.. takat nak bantu belanja dapoq okay laaa…..

          0

          0
        • tecit says:

          Btoi3. Saya setuju sangat dengan kak tipah kurma’!

          0

          0
        • MLM - katakan NO !!!! says:

          Korang ingat x kes gelang AZ Mizal dulu? Apa jadi sekarang? Tak payah la MLM ni. Artis2 ni penipu…nak tarik peminat2 suruh labur je. Lepas tu..LEBUR!!!!!

          0

          0
        • Lembu Gemok says:

          huuurrrmmm….ni laa yang aku dok kena dgn RNG…Rosyam Nor Group..first sekali dia pancing dgn artis2 yang join diorang…masa aku join tu, ada amy search,iezlan yusof, and ramai lagi join…last2 apa pon tak dapat…pancing awal2 bukan main,siap leh pakai bentley…masuk melodi sat sbb orang marah dia…lepas tu terus senyap….so harap azad tak cam tu laaa…jangan aniaya orang cam tu…semoga berjaya laa MLM hang azad….

          0

          0
        • Mangsa Serik says:

          yg mewah orang2 kat atas MLM tu la..korang memperkayakan diaorang. korang dapt la sikit 4-6 bulan hidup mewah sbg dowline. ramai pakat2 keluar kereta baru nak tunjuk hasil kan pada yg lain. disuruhnya cari geng2 korang dan kumpul duit kumpul dana kataya. lepas tu duit2 tu di “rolling’ dan invest pula dalam Forex. Forex naik, korang dapat la habuan sikit. Forex lingkup, minggu depan korang buka pintu..office dah kosong. Yg tinggal hanya meja, pokok bunga dan duka nestapa. menangis x berlagu la…..

          0

          0
      • USE YOUR BLOODY COMMON SENSE says:

        MLM ni kalu berkesan…..dah lama Donald Trump, Ananda Krishna dan Tan Sri Syed Moktar buat…kan? Jgn nak penipu orang la wei. Skim piramid takde dlm buku ekonomi Marketing by Philip Kotler. Tu la Melayu, xde ilmu tapi nak buat business, last2..hancus semak dgn hutang. Next?>

        0

        0
        • nonie says:

          bapak aku pon ckp bende sama…kalau MLM ni betol kaya..sah sah la CEO semua tak keje dah CEO nya..join MLM ni haaa…

          nasihat dari bapa aku yg keje bawahan gomen je. walopon bapak aku keje biasa…tp nasihat dia lagi bagus dari org2 pakai coat tunjuk tanda bagus depan kete mesedis ni ..puiii

          0

          0
        • meera says:

          kpd pembaca2 BN yg dikasihi,
          korang takyah nk mengada-ngada lah. sempena bulan baik ni akak nak nasihat, kalau nak menjana pendapatan.,,masuk je asn/asb, unit trust atau emas. bank2 kat msia yg berdaftar ada menawarkan jaminan pelaburan anda. emas terutamanye yer nilai takkan susut dik. harap ini dpt membantu.
          allahualam.

          0

          0
        • mek sue says:

          tak sangka, pembaca2 BN ni rupanya bijak bercakap pasal investment. i like…

          0

          0
      • miss m says:

        berdasarkan pengalaman aku kerja dalam banyak bidang.. kerja dalam marketing company was the worst work ever. memang lah dorang nampak kaya..sebab dah jadi mentor/leader.. sebab ape? 1st kita jual barang, buat sales, org bawah2 mcm aku dapat commision 6% dari sales. leader pulak dapat 10% dari sales and 4% dari sales org2 bawah.. **lebih kurang macam tu laa..** SO dah memang leader senang je nak kaya… yang org bawah2 ni pulak terkiyal2 nak cr org bawah dia supaya dia boleh jadi kaya… dah laa tade gaji basic.. gaji berdasarkan commission,, aku penah 1 bulan xde gaji sebab xde sales.. terpaksa tebalkan muka mintak kat parent and adik beradik…

        0

        0
        • Anonymous says:

          MLM ni cam skin penipuan Nigeria…dari zaman 90s an lagi. Sama je jalan cerita.

          0

          0
        • Anonymous says:

          main forex pun semacam. yg kaki keletong byk….mula2 dapat duit hebat..lama2 jatuh…terus rugi. cam sial. serik sudah.

          0

          0
        • meluat mlm dan sales says:

          aku setuju…aku dah xmau langsung terlibat dengan company marketing.mmg worst gila cadbury.betoi la xdak basic…aku pernah bertahan 6bulan kerja tnpa gaji.ahhh…terasa bodohnya disitu.bukan apa…org2 yg kerja marketing ni mmg skill pujuk tu tinggi mulut tobat manis macam gula tumpah.MENIPU no 1.

          i hate them.

          0

          0
    • Olga says:

      Jangan panik akak2 semua. Pelabur boleh mendapatkan pengesahan mengenai status pelesenan institusi kewangan yang terbabit dalam aktiviti pengambilan deposit MLM yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia atau individu dan syarikat yang terbabit dalam aktiviti pelaburan yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti masing-masing di laman web www dot bnm dot gov dot my. Jangan tertipu Munah, Tipah dan Ropeah semua.

      0

      0
    • Raja Bomoh says:

      apa pun ini skim piramid!!!…HARAM kalau ada unsur2 riba, judi, benda2 yg tak dijamin hahal, niat menipu dan ada unsur2 penindasan seperti mengambil komisyen/fees yg membebankan ahli2 dibawah. lebih baik korang bukak disko dan kelab je jual arak cam awie. sila google… :(

      0

      0
    • gegirl says:

      Yes, most of orang sekeliling aku yg join MLM kene tipu.. Tapi ade sorang pakcik aku join MLM gak, memang lumayan.. Baru setahun dah mampu beli 2 bijik kereta honda..

      Tapi bak kate dia lah, duit tak kan turun dari langit.. tak boleh dudok goyang kaki je.. kene ade effort jugak..

      0

      0
      • ahaks says:

        jangan pandang pada material/luaran…entah2 loan bank atau kompani tu kasi tujuan promo kasi orang dtg melabur. itu strategi yg selalu nampak.

        0

        0
    • awangku says:

      iyolah….dasyat cepatnya kaya
      agak2 la nak promosi pun…
      intro sudah jelas terlihat propa nyeeee
      jangan tertipu wahai kaum melayu…
      xsemudah itu untuk menjadi kaya…

      0

      0
  2. shasha says:

    Fuyooo bisness ap 2mingu dah bleh beli ducati.. statment mcm tu kdng2 buat org lagi sangsi hoho… ke nk promote je..

    0

    0
  3. gincu says:

    Oh, jenis jenis Lynda Roslan dan suami juga. MLM ni kayakan orang atasan saja!!!!!!! Penipu bangsa sendiri.

    0

    0
    • Throwback says:

      Orang MLM ni suka berlagak showoff konon pakai kereta besar2. Tapi haritu ade mazidul akmal tunjuk yang penipuan MLM ni mereka hanya dibagi pinjam kereta tersebut untuk showoff supaya ramai orang terpengaruh. Bila dapat target tertentu baru nama kereta ditukarkan. Tapi lynda tu memang berlagak. Haritu ade follower insta die compare lynda dengan belle yahya. Tapi bila fikir balik memang betol. Belle tu dah la cantik giler compare dengan lynda. Humble plak tu. Siap berjaya ade brand sendiri lagi compare dengan lynda yang hanya tau nak kaya guna orang bawahan.

      0

      0
    • X ANTI pn rasa sedih says:

      kesian cara org melayu tarik org dgn menunjukkn kekayaan..sorry aku rsa cara ni sgt phathetic.. cube suh tunjuk balance sheet & income statement company tu skit..nan hado!!!! guna cara lebih educated please. selalu nye org wat ni sbb malas. bkn rajin, tp malas nk bersabar dlm cari rezeki bak kato dia xde monday blues!! berniaga lebih baik…

      0

      0
  4. Mangsa MLM says:

    mlm ni indah kabar dari rupa.
    cam sarang semut. yg untung org atas bukan yg dibawah.
    dibawah ni kerja cam askar2 semut. yg untung si ratu semut kat atas tu ler.
    lepas beberapa tahun si ratu semut dah gemok, tutup dan pindah sarang baru kat lokasi lain pula.
    macam tu lah modus operasi nya.

    0

    0
  5. Melati says:

    Hahahaha…ingat kan pasangan ni nk join Maharaja Lawak.(MLM)…tapi memang lawak pun MLM ni…perniagaan ni masa Zaman Pak Man Telo boleh lah org percaya.atau pun pasangan ni ketinggalan Zaman…hehe

    0

    0
  6. Ola Ole says:

    Jgn sama kan org artis masuk MLM dgn org biase.. artis mesti lah byk followers. kalo mengecet sikit org da cair.. da brape byk org invest MLM ni skrg tgh terkial2 byr hutang sbb tk byk pengikut.. (ni mesti part of strategy marketing kan promote lu punye produk MLM?!)

    Spatotnya usaha, bekerja keras cari rezeki utk hidup.. bukan goyang kaki blkg screen tgk saham turun naik, jual produk utk hilang kuman la cancer la dlm badan bagai..

    org malas je nak duit cepat.. lu piker la sendiri brader! Jgn riak sgt 2 minggu da leh dpt puluh ribu.. drpd lu sama isteli beli motor/kereta, baik duit tolong sahabat Islam kite dekat Gaza!

    0

    0
  7. Blueberry says:

    MLM — melayu lingkupkan melayu

    0

    0
  8. Hafiz Rahim says:

    2 minggu join bisnes beli ducati then kecoh satu malaya.. itu riak namanya.

    0

    0
  9. hacum says:

    MLM ni klu orang tu popular, berpengaruh n rmi follower senang la nk buat n dapat banyak kaki bwh die. Orang bawah terkial2 nk cari kaki klu takde x-factor ni. selalunye pioneer je yang makin kaya. bayangkan la klu 1000 follower diorg pn join. celik mate je duit masyuk. mcm MLM uptrend yang NDLALA buat dulu2 tu. memangla xjual barang, tapi kene cari orang bawah kite. ramai nak join MLM mcm ni sbb percaye perniagaan ni xmungkin menipu bila ade orang yang sedia popular macam selebriti ni. diorang kn rmi followers. la ni MLM yg buat sistem ni mcm phyto stemcell tu.

    0

    0
    • senyum says:

      last2 uptrend pun entah ke mana,, tengok2 dh tutup jer ha, bangunan dh kosong dah ganti dengan bank pulak kat lobi dia dulu..

      0

      0
      • VvVvVvVv says:

        ye laa..dulu2 ada uptrend kan..hancusss! MLM semua penipu!

        0

        0
      • ntahpape says:

        a’ah dulu ada gak org ajak aku masuk uptrend ni. org atas dia melayu.. kalo cakap smua jenis riak.. kalo beli hp baru.. tunjuk kt smua org.. siap ckp beli cash.. beli kete pn ckp beli cash.. kononnya dh kaya la.. lepas tu senyap je. dh lompat ke MLM lain gaknye…

        0

        0
  10. ekeke says:

    pui…

    0

    0
  11. MLM says:

    Kalau ada ayat “menolong bangsa sendiri, bangsa melayu kita sendiri” memang X boleh percaya lah. Ayat tu dah lapuk lah. Confirm tipu lah. Siapa yang pernah terkena, mesti kenal ayat tu. Orang atas je kaya, yang bawah, merangkak2 cari “kaki”

    0

    0
  12. mila says:

    kalau tak silap dorang ni join MLM RM..which is pengasas Natasya yang tubuhkan..sebab macam penah nampak gambar dorang kat FB pasal join RANIA MARKETING ni…Kalau tak silap la ye…tak tau la betul ke tak..

    0

    0
  13. melati says:

    Habis lah pasangan ni…dari elok2 berlakon nk join MLM, lepas ni semua org benci…..ibarat pepatah Melayu..(Yg dikejar tak dapat yg dikendong berciciran)..

    0

    0
  14. Zainul says:

    Baguslahhh..untung dr MLM tu boleh la salurkan dkt tabung Gaza :)

    0

    0
  15. Lolipop says:

    If it sounds to good to be true it is usually not true :p Tolonglah berhati-hati esp for MLM scheme yang kononnya state that their MLM practices is “syariah compliant”. For it to be considered as such semua ciri-ciri perniagaan perlu berlandaskan Islam.

    The best example MLM yg memerlukan members untuk mencari downliners untuk maju ke peringkat “atasan”. Tahukah anda it is a form of RIba Nasiah and Riba Al-Fadl sebab it involves trading money untuk keuntungan di masa hadapan. Lebih- lebih lagi apabila tiada sebarang tangible product berlaku ketika urusan perniagaan dibuat (For example bagi duit dapat baju, tapi most MLM dapat “komisyen” based on “introduction of new members” so apa yg ditukarkan untuk duit yg diberi kepada group leader anda tadi?) Jadi jika hasil keuntungan anda syubhah, rasa2 nya berkat ke duit tu nak dimakan anak-anak tadi?

    Sila check out website http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/38/262-multi-level-marketing–shariah-view.html if you want more info on the matter. Sedih tengok bangsa melayu yg senang ditipu based on the promise of getting NEW “Chanel” bags :(

    0

    0
  16. bijak uang says:

    Ada keraguan disini.

    jika benar bisnes ini mengkayakan ahlinya, kenapa Eira sedang menunggu loan untuk kereta yang nak dibeli? Kenapa tak beli cash?

    kalau loan, ramai yang boleh buat. Loan=hutang.

    jangan hambakan diri dengan hutang.

    gunakan pendapatan kepada keperluan dahulu, kemudian simpanan. Selepas menyimpan baru boleh pikir tentang kemahuan.

    nak menyimpan pun tak pandai, jangan bermimpi nak jadi kaya.

    0

    0
    • Anonymous says:

      beli kereta pakai akaun syarikat/ sdn bhd…dpt la pelepasan cukai. masuk dlm akaun expenses diaorang mungkin. mortgage le tuh bukan cash.

      0

      0
  17. Lolipop says:

    MLM ni bukan bergantung kepada produk yg dijual je halal. The way it is conducted pun kena syariah compliant. The practice of kutip downliners untuk dapat komisyen without really selling the product tu ada unsur Riba Nasiah ye. Sila baca http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/38/262-multi-level-marketing–shariah-view.html . Jangan nak cepat kaya je ye. If it sounds to good to be true it is usually because it is UNTRUE…

    0

    0
  18. Melati says:

    Ajak lah Che Ta join, Che Ta bukan ker tak cukup RM15 hinggit lagi nak belikan BMW X6 kat anak dia…

    0

    0
    • KoKo says:

      dah 3 bulan..kereta BWM anak dia tak keluar2. gamaknya tengah cat baru…belum kering. LOL

      0

      0
  19. ida says:

    MLM ni tak boleh sebenarnya lagi2 bila nak kaya kene cari orang bukan berlandaskan jualan produk semata2…memanglah networking tu bagus tapi kene gak tgk dari perspektif agama especially yg beragama Islam. kalau dah tahap beranak pinak cicit piut (yg leader pun bukannya kenal,bukan directly bawah dia) tu pun leader dpt percentage mmg tak boleh..itu usaha org bawah org atas dapat..mmglah kaya gitu tapi kene check agama kita bagi ke mcm tu? before nak join apa2 bisnes pun kene rujuk pakar kewangan islam mcm Dr Zaharudin tu ke…bertanya dulu kan…ni tak bila dgr cepat kaya berebut2 nak join. Maybe produk2 MLM tu je yg patuh syariah(itu jelah yg drg dok canan) tapiiiiiiiiiiiii sistem bisnes tu yg tak patuh,mcm mana tu kan…selidik dulu,tak rugi pun

    0

    0
  20. kimmidoll says:

    Perasan tak (mana-mana MLM) the first batch jek yang berjaya dan mewah, siap rakam picture dengan bangganya berkipaskan wang kertas macam kipas??? what happen to the rest of the kuncu-kuncu and downline??? Losing money I supposed….

    Therefore pls refrain yourself from investing your hard-earn money in it aite.

    0

    0
  21. MLM says:

    MLM is multi-level marketing. tak semua MLM ni menipu. Contohnyer AVON, mak saya kerja setiap hari jual barang avon. AVON juga ade buat system pyramid, cari downline (xwajib) kalau downline capai target jualan brg, kita dpt sikit komisen. mak sy xduduk goyang kaki, kadang2 die y tambah jualan downline utk dpt komisen lebih. Tupperware, maxis, celcom, produk2 kosmetik etc2 semua ade system downline/MLM. Kena paham betul2. kalau system MLM tu menindas org dan dpt duit byk sekelip mata dan focus dpt komisen semata2 dr cr org bukan jual brg, xpayah la join. kalau y dapat duit dari usaha sendiri, why not?

    0

    0
    • hantu kubur says:

      Betul tu… i skrg buat Revell jual cmd…tk jual tk dpt…
      bila jual masyuklah…cari downline dptlah komisen lebih..
      lebih pun rm12 jer sepasang..tp tkperlah tk yah tamak2 klau dpt 5 pasang dh rm60 ckup dh tu sehari dpt rm60.. tp berkat kerajinan promote product..bonus i mmg 4 angka sbln..

      0

      0
  22. yaya says:

    Hai..ramai yg salah phm dan bertanggapan buruk dgn mlm ni..dan majoritinye orang melayu..sebenarnye mkm ni mmg da digunakan dlm syarikat dan organisasi tmpt kita bkerja sejak dr dulu lg..cume kite je yg xnmpk..sesebuah syarikat mempunyai bos..bos cari manager utk buat keje..utk bg kerja lg mudah manager cari supervisor kemudian supervisor akan mengarahkan pekerja bawahan buat semua kerja2 mencari customer.. apa mendapat keuntungan,duit itu akan dibahagikan sebagai gaji ..yg mndapat keuntungan besar adalah bos..semakin byk keuntungan yg syarikat dpt semakin kaya org atasan..pekerja bawahan?hanya dpt gaji yg dijanjikan…jd isu mlm ni bukan la isu besar..semua pekerjaan perlukan usaha..tp org melayu kite ni pemalas..nk kaya cepat tp malas buat keje..sbb tu la selalu kena tipu..dah slh sendiri nk salahkan org lain..kui3

    0

    0
    • Anonymous says:

      nampak sangat ayat ayat yg biasa diguna utk brainwash org masuk mlm tu.
      cuba cover sikit.
      heh astaghfirullahalazim.
      apa kita earn tu kena jelas sumber dia.
      ada ke samakan keja opis ngan mlm.
      ntah hapa hapa.
      kita mintak keja opis tu memula kna bayar modal kat majikan ke?
      x kan?
      majikan yg bayar kita utk buat keja.
      yg mlm ni kita nak kna “rekrut” duit dr org lain lepas kita gi bagi duit kita tu kat upline kan?
      please la.

      0

      0
  23. azrams says:

    Rania Marketing la tu…cakap jer trus Rania Marketing.x perlu sebut MLM. baru ler org tau MLM aper yang ko join. Pengasas Rania Marketing tue bakas mak mertua JImmy Shanley..

    0

    0
  24. Anonymous says:

    mmg pun…diaorg masuk RM Rania Marketing…

    0

    0
  25. melayuperkasa says:

    ala….

    ada orang tak buat MLM pun mampu beli ducati dieval gak. pls la…
    atau..adakah dia nak kata jadi pelakon tak boleh beli ducati dieval???

    LOL

    0

    0
  26. nana says:

    kalau MLM yang cepat kaya tu for th long term tak akan bertahan lama,sebab upline dah kumpul duit dan masyuk,bila org baru masuk tetiba company tutup.banyak dah berlaku.jgn percaya sangat.cariklah MLM yang dpt untung dengan menjual produk dan menaja.dapat untung banyak tapi long term stabil.pilihan atas diri masing2.mana ada masuk MLM terus masyuk..tu semua tipu jek

    0

    0
  27. Saya Leader MLM says:

    Nampak sangat yang cakap ni banyak EXPERIENCE kena tipu dengan MLM diorang. Kesiannn. Ada yang soal kalau MLM boleh kaya kenapa CEO semua tak buat MLM..Robert Kiyosaki pun ada buat statement..if dia tak buat property..dia akan buat MLM. Up to date sikit yer kawan kawan. Cari MLM yg betul betul. ISO certified. Bukan yg makan duit orang saja. Kalau MLM tu betul betul membina orang..walaupun tak buat biz (cari orang or jual barang sekalipon) kita tetap nak datang and sayang company tu because sistem education dia. MLM kat malaysia ni banyak yg menipu sebab die sebenarnya skim cepat kaya. Tapi bertopengkan MLM. Cari MLM yg sistem marketing fair. Walaupon baru masuk..income tetap boleh beat upline. Bukan nak jadi pioner je. Mentality tu penting. Tak kata biz lain tak kaya. Buat biz ape pon boleh kaya..asal ada ILMU, MENTOR dan yang penting USAHA /ACTION. Kalau labur sekali..pastu harap kan duit masuk bulan bulan tanpa bertindak..pergi mimpi je la.

    Jangan sempitkan fikiran. Orang yang berjaya ialah orang yang bersikap terbuka. Do research. Datang tengok company. Apa anugerah pernah dapat. Tanya Mr.Google. Jumpa leader yang dah bebelas tahun dalam company tu. Buat observation 2 3 hari kat company tu. Check dengan kementerian. Kalau tak meet expectation, ada yang ragu ragu..jangan la masuk.

    Ada satu je company MLM kat Malaysia yang saya percaya. MLM pertama dan terakhir.

    0

    0
  28. Miss M says:

    Saya suka mengajak tuan2/puan2 yg beragama Islam supaya fahamkan dulu apakah itu MLM..dan sebagai org Islam, kena tahu MLM yg byk di Msia ni apa kedudukan mereka dalam agama..99% syarikat MLM tak ada penasihat agama utk melihat samada wujud unsur syubhah/haram/sebagainya.

    Jadi apakata kita fahamkan dulu dan rajin2 kan diri check website Ustaz Zaharudin ni..jgn sebab duit, kita alpa dan sengaja buat2 tak nampak hukum Allah..jgn jadikan rezeki kita dan ahli keluarga kita makan itu rezeki haram..nauzubillahminzalik.

    http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/222-multi-level-marketing-menurut-shariah.html

    0

    0
  29. malisa says:

    Dorang ni join mlm rm marketing.target artis dan celebriti dulu, ramai artis join fafau,sam,saida, pembaca suman hasnida tu ramai la lg.tujuan sbb artis ramai peminat.so peminat akan terpengaruh. Dan seterusnya lebur duit peminat.artis apa nak heran hilang sikit je duit ganti duit lain . . Yg penting org atasan tunjuk jutawan dulu. Duku nd lala pun jutawan sekarang? Ac mizal.pun sama dgn gelang menipu itu . .Lps ni laki bini ni pulak tunjuk mewah ducati la evo la padahal loan bank

    0

    0
  30. jauhi MLM says:

    MLM ni … nak cepat kaya, buat la loan..cari downline byk2…tapi menipu org je keje..halal ke rezki dr MLM yg kuat menipu tu..

    0

    0
  31. lala says:

    dude.. kereta dan motor tu bukan asset. value turun setiap tahun. rumah tu esset.
    please la.. tipikal MLM, menjaja daripada mata.. pouih

    0

    0
  32. Farah says:

    yang penting perniagaan tu halal dan tak menipu orang.

    0

    0
  33. sasa says:

    alah kalau betul banyak duit beli evo duit cash la…..apa barang buat loan…nuat statment bangang macam ni kan dah nampak kebodohan diri tu

    0

    0
  34. Audrey says:

    Dude, poor you, dude. Car and motorcycles are not assets. Their value decrease.

    0

    0
  35. La Qoya says:

    kenyataan paling bangang..MLM membantu ke atau nak mengaut untung sorg2..weh, ko artis boleh la jual name..y manusia biase kat bawah2 ni, ape cerite????..merana??..jadah ko ni, bebual mcm org nak anggap ko tu idol..choiiiiii..

    0

    0
  36. Kak Nab says:

    org2 MLM ni mmg suka menunjuk ape yg die ade dgn yg akan ade ek??

    0

    0
  37. jangan tertipu says:

    Laaa… mohon LOAN jgk.. ingtkn byr cash sbb byk untung.. standard la MLM.. mule2 mmg kasik duit.. lpas 2, tipu duit.. hati2 jela ye…

    0

    0
  38. Joyahnyerr says:

    Aku dok goyang kaki kt rumah dpt GTR relax jek.. Xde pon nk kecoh.. Dumb ass.. Nnt kena rompak padan muke!

    0

    0
  39. linda says:

    ape kata cik kak,cik abg,cik adik semua jual insurans…dapat tolong orang…ye dokkk???

    0

    0
  40. Nurul says:

    Asalkan konsepnya PIRAMID (upline downline) bagai tu, HARAM. Sebab akan ada ahli yang tertindas especially yang bawahan la. Berdosa menganiaya orang.

    0

    0
  41. ikan says:

    ecosway tu pun sama la uols.. mengayakan tokeh die je.. bile dah takde org heran barang cosway, diorg come up pulak dengan plan kedai free, sewa free semua free. sebenornye jadi kuli keje kira stok je hari2 dengan tanggung barang luput.. org datang kedai sehari sekali.

    0

    0
  42. Pray4GAZA says:

    McD tempatan tdk menyumbang pd israel…
    McD corp US mempunyai puluhan ribu restaurant outlet di seluruh dunia. Setiap outlet perlu mendapat kelulusan dari membayar yuran franchise kpd McD Corp. US. Berapakah revenue (keuntungan yg diperolehi oleh McD Corp US dari cawangan di seluruh dunia setiap tahun? Anda tidak akan mampu menghitungnya. Sebab itu McD pernah mendapat anugerah FRIENDS OF ISRAEL. Mereka menggunakan alasan CEO nya sudah tukar dan mereka tdk sumbang lagi kepada Israel. Ini semua untuk menutup jenayah mereka kpd Palestin. CEO yg diganti dari yg dulu diberikan anugerah dari Israel kerana sumbangannya kpd pendidikan dan kebudayaan Israel dgn membina muzuem holocaust.
    Ini bukan dakwaan kosong. Ini adalah hasil dari pertemuan bersemuka. McD tempatan perlu mendapat kelulusan dari McD corp US untuk buka cawangan baru bahkan diberi suntikan modal untuk buka cawangan tersebut sebagai strategi mengembangkan empire McD seberang laut.
    McD corp US adalah penyumbang kpd Jewish National Fund, untuk membina imej yang positif tentang Israel di mata dunia. Sudah tentu bila jenayah mereka didedahkan mereka akan menafikan bermatian matian.
    Tetapi hakikatnya membantu Israel adalah tanggungjawab agama penganut zionis. Membunuh rakyat Palestin adalah kemuliaan bagi mereka.
    Maka mereka akan berbohong dan berkata dengan lunak kepada dunia dan umat Islam mereka tdk menyumbang kpd Israel. Ini hanyalah skrip yg disediakan oleh McD corp US untuk dibaca oleh restoran McD seberang laut.
    Menyokong Israel adalah tanggungjawab agama zionis dan mereka tidak akan lalai dalam tanggungjawab ini. Membunuh rakyat Palestin adalah amal yg paling mulia bagi mereka!

    Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor
    Pengerusi Aqsa Syarif Berhad

    0

    0
  43. jgnjadimangsa says:

    Dua minggu dpt bnyk tuuuu…..msk bln ke 3 & ke 6 ….rasanya tak dpt apa2 lg kot. Melalui pengalaman kwn2 aku yg pernah join mlm & forex, diaorg excited gila dpt income 2 – 3 bln. Lepas tu senyap…and kalau betul pun dpt duit berterusan, perniagaan yg dijalankan belum tentu halal & meragukan. Baca blog zaharuddin.net. kenapa org melayu ada duit lebih je sibuk beli kereta mewah & 5 thn lps tu jadi begini buruk. Belilah rumah. Rumah kecik pun lama2 harga naik. Pelaburan utk masa depan

    0

    0
  44. Yuesoff says:

    MLM konsep nya diasaskan oleh peniaga berdarah Yahudi yg berasal dr New York. Sebab tu ada unsur2 penindasan. Yg kaya makin kaya, yg miskin bekerja untuk yg kaya…sila google. Ada artikel dlm bahasa Inggeris. Laknatullah…Yahudi nak cekik darah. Tuihhh..bangsat MLM ni.

    0

    0
  45. nanana says:

    Dia apply loan buat modal MLM tu la. Dapat untung baru dapat beli evo tu. Bukan buat loan untuk beli EVO. Tapi jangan pasni tak dapat apa, kerja untuk bayar hutang je.Dah banyak dah tengok jadi camtu.

    0

    0
  46. Hero MLM says:

    MLM yg diorg dok promote ni haram, belum dpt lesen dr kementerian yg berkenaan.. Lg satu ayat promote mamat ni sama ja dgn mana2 org, mmg dasar kantoi dah dkt situ… Lg satu ducati tu dia beli before dia join MLM tu, sama jgak dgn bini dia punya kereta, ini manusia kaki goreng, busuk punya olanggggg!!

    0

    0
  47. […] sejak Azad Jazmin bagitau yang dia sudah beli Ducati Diavel selepas menyertai satu perniagaan, ramai pula yang menuduh pelakon ini memperdaya wang orang ramai […]

    0

    0
  48. […] sejak Azad Jazmin bagitau yang dia sudah beli Ducati Diavel selepas menyertai satu perniagaan, ramai pula yang menuduh pelakon ini memperdaya wang orang ramai […]

    0

    0
  49. hantu kubur says:

    Pada yg join MLM tp tk berhasil mmg kata menipu.. try klau yg dpt beribu2 mcm aku ni..nk kata tipu lg..mmg tak r..korang yg silap konsep.. join MLM ni sama jer mcm buat biz biasa tk jual tk dpt income..yg dop tunggu goyang kaki nk dpt duit bln2 tu bkn mlm..tu money games..tk taulah kot korang kna kencing upline korang kta dop saja2 dpt duit.. sbb tulah cari ilmu dulu.dulu aku pun pernah kena..pengalaman mmg mandewasakan.jgn nk kata semua biz mlm menipu..nnti tk pasal2 org lain terpalit sama…meh abg nara buat biz iexp4u REVELL.. modal rm156 jer comfirm tkder dgr lg stkt ni yg bankrup lps byar rm156 tu.. paling tk pun leh buat story ..

    0

    0
  50. zzzz says:

    salam,
    Berapa billion kau orang dah kena tipu?
    dah bankrup ke?dah tak boleh bernafas ka?
    Ingat !setiap perkara musibah yg menimpa kauorg tu dengan izinnya?
    Cuba Check diri sendiri biasa menipu tak?Orang nak tolong dituduh mcm2.

    0

    0