Written by AbangNara | September 19th, 2017

Sekeping gambar Dato’ Seri Vida di dalam bathtub bersama timbunan duit kini sedang menjadi perbualan hangat di media sosial. Gambar tersebut telah dikongsikan menerusi akaun Instagram Reen Emran. Berdasarkan informasi yang diberikan, aksi tersebut dirakamkan untuk video klip lagu “I Am Me”. Terbeliak biji mata Abang Nara tengok duit warna ungu bertaburan begitu sahaja. Memang kaya sungguh Dato’ Vida ini.

vida

Seperti biasa, apa sahaja yang dilakukan oleh Dato Vida pasti akan menimbulkan perbalahan di kalangan pengamal media sosial di Malaysia. Rata-rata komen yang diberikan meminta Dato’ Seri Vida agar tidak berlagak dengan kekayaan yang dimilikinya. Malah ada yang meminta beliau berhati-hati selepas mempamerkan kekayaannya ini. Iyerlah, Malaysia kan kurang selamat sikit semenjak dua menjak ini.

vida

Apa pun nasihat untuk berhati-hati itulah adalah benar dan tepat sekali. Rasanya Dato’ Vida pasti ada bodyguard yang menjaga keselamatannya. Namun pada pendapat Abang Nara, biasalah cara buat video klip sebegini. Orang putih pun selalu ada video klip tabur-tabur duit camnie, bergaya dengan kereta mewah, rumah besar dan sebagainya. Ia hanyalah pertunjukan semata-mata. Dah nama pun video klip. Tak gitu?

vida

Tak sabar rasanya nak melihat hasil akhir video klip “I Am Me” Dato’ Vida ini. Confirm akan tular dan meletup sekali lagi. Sama-sama kita nantikan kelak.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

35 responses to Baring Dalam Bathtub Bersama Timbunan Duit, Dato’ Seri Vida Diminta Jangan Riak Sangat

  1. whatever says:

    Entah apa-apa… Whateverlah!…

    4

    0
  2. wekkkkkkk says:

    tab tu diletakkan papan dulu, kaki DSV terbujur ke bawah memanjang, jadi duit tu bukan ada di dlm tab tu semua, cuma di atas je. Tapi kalau kt atas tu pun dh byk jugkl
    Saya rasa DSV x happy, pancing lelaki2 kt luar sana, pancing perompak2 supaya geram. Jgn DSV, naya nnti.
    Org terkaya di M’sia, bini dia pun x buat mcm ni.. Tak yah sebut dunia lah, kt Malaysia jadilah. DSV mmg kesunyian.

    4

    0
  3. Anonymous says:

    aku tengok dia ni bukan lawa pon… gedik je lebih…

    7

    0
  4. rusa lima says:

    Derma la kat saya sikit tok vi. Dlm 5k puN jadi la. Tengah tanam anggur ni. Interview pun belum panggil2 lg aduhh doit..doit..domana kao doit…

    6

    0
  5. nok gebuzzz says:

    pelik la dua ketul manusia yg bernama alif and vida ni,hobi suke riak dan giler glamour,1 malaysia tau kot korang mmg kaya raya…jgn la asik nak tunjuk kesenangan dan kemewahan tu…pengasas prduk yg lain pon kaya jugak..tapi masih low profile lagi.

    ~bukan jeles tapi berpada2 dan berwaspada!

    9

    0
    • Saper2 je la says:

      Dia org 2 makin menjadi2 sebab ada aje yg memdefend apa2 aje yg dia org buat. Tak leh org tegur sikit…mula la panglima2 depa kuar ayat : dia org tak kacau korang/lantakla tu duit depa/depa kaya depa tak kaco orang/depa just nk bagi motivasi atau strategi perniagaan/jangan nk dengki sb ko miskin….kakakakaka kemain gigih aku menulis ayat2 ngek kaki ampu retis2 ni hahaa..*sori ye kome*

      8

      0
  6. Anonymous says:

    nak buat ala2 video clip Taylor Swift ker? hikhik.. adoi.. failed la DSV.. takyah la.. tak sesuai la…. byk lagi benda kreatif boleh buat kot;…..

    2

    0
  7. kak mah kebabom says:

    Drpd dok merapu dgn baju mcm ayam piru tuu..apakata vida adakn satu pertandingan ..siapa yg hasilkn video klip nyanyi lagu i am me yg paling kreatif..pemenangnya dpt semua duit dlm bathtub tuu..haa..yg tk menang tp dh penatlelah buat video pun dpt juga hadiah saguhati…pasti vida akan disayangi..hee..mmmmuahhh

    1

    0
  8. mamizura says:

    istiraj……………………tua tak sedaq diri..tak payah lah nak tunjuk kaya…..meluat lagi ada. ni allah dah bagi rezeki tak payah nak tunjuk tunjuk……………….kata I am me……….tapi gaya like babi!!

    1

    0
  9. Anonymous says:

    Dsv…nak duit….5k pun jadilah….please…….

    1

    0
  10. Anam says:

    # meluat
    #OCD
    #aku confirm gile talak
    #mana bakal laki mata kelabu
    #kesian kat pembeli product dia
    #kesian kaya tapi mereng

    5

    0
  11. elle says:

    x kire laa strategy marketing ke, strategy nak promote diri ke ape ke, hidup dlm kesederhanaan je x boleh ke geng2 jutawan kosmetik ni? perlu ke show off semua yg diorg ade, pastu diri sndiri yg takot n pasang rumah kebal lah lesen pistol lah ape lah, pdhal diri sndiri yg carik musibah undang bende2 negatif. pastu bile kena kecam tau plak melenting kate netizen mcm2. tp diri sndiri yg crik musibah. aku suspect org2 cmni semua hati tarak senang, sbb orang yg hati senang hidup happy xkn show off semua bende yg die ade. they pretty much appreciate what they have supaye org lain x amek ape yg diorg ade.

    5

    0
    • DSV x happy says:

      DSV mmg x happy skrg ni…lonely, lonely….
      ksunyian tau, ssh nk cari cinta sejati…
      kalau adapun skejap je brtahan, DSV nak kawen lagi ke atau x mau lagi.
      Umur belum 50 DSV…wanita mcm ni umur mmg perlu belaian.

      2

      0
  12. Eana says:

    Nenek vida ni dah melampau lampau riak dia. Satu kapal la dengan alif syukri riak menunjuk mcm diorang je ada duit pdahal bersepah lagi orang kaya kt malaysia ni tapi xde la attention seeker mcm dorang !

    2

    0
  13. Anonymous says:

    duit betul ke duit mcm monopoly tu jek?

    1

    0
    • shopia lorren says:

      Anggap je la mcm duit fake ca ya nun alif mati tu…ni dh jadi org kaya jakun… ada duit tu simpan elok2…duitkn nyawa…x syg nyawa ye dsv…

      0

      0
  14. senjakala says:

    sumber inspirasi kepada perompak dan penyamun…..

    1

    0
  15. Anynomu says:

    Dia bukan riak. Ni strategi bisnes. Aim dia, every post perlu viral so that people will recognize her n know that she’s selling something.

    How to viral? Buat la benda2 cenggini. Sama la cam dato aliff n sajat n other businessman/woman. Depa Ada Cara sendiri utk create identity bagi org terus kenal depa seterusnya produk depa

    Eg bila org sebut kes jam Rolex otomatik akan fikir dato aliff. Sapa Yg xkenal mst tny, Sapa dato aliff jam Rolex yg korg sebut tu. Jawapan, penjual kosmetik dherbs etc. Kemudian kwn hg pun Google produk dia. Sama cam dsv. Gambar bathtub dia Ni viral, Yg xkenal Akan jd kenal dia Dan otomatik akan tau produk dia. Depa ni bukan riak menunjuk kesunyian etc, tp depa memang SENGAJA buat cmni. For the sake of bisnes.depa Tau dah kena kecam pny.

    Satu lg TYPO. pun a business strategy. Cer hampa typo dalam ayat Yg ringkas. Org akan perasan Dan akan tegur n Komen. Kalau post tu, post jual produk, berapa ramai Yg akan notice produk dia jual just because of typo.

    Aku pun bisnes online aku Tau Strategi Ni semua cuma aku xbuat pun la. Sbb aku juAl online side income saja. Xperlu marketing dasat2

    0

    2
  16. Yekeni says:

    Besok aliff terlajak tunjuk duit 1 lori.. ah begitulah bergilir gilir sampai ……..

    1

    0
  17. Anonymous says:

    RIAK NK MAMPUS..TUHAN DAH BAGI DUGAAN PUN
    MASIH TK INSAF2

    0

    0
  18. joyah says:

    riak apanya..ni marketing strategy kot..tgkla blom lg release klip video dah viral. mmg itu aim dia pon. skang 1 malaysia dh ternanti2 klip video dia. BTW, itula benda yg sama org putih buat dgn memaparkan duit, kemewahan dan perempuan utk lariskan lagu dan bg klip video diorg viral. Ini bidang seni, tak ada bidang seni yang bersih suci murni. Ni bidang yang lagha ingat tu.

    1

    0
  19. miss_oppppssssss says:

    Tunjuk la kat satu dunia duit tuh.. Pastu kalau da kena rompak, menangis2 meraung depan tibi cakap “saya xsangka ada org sanggup buat cmni kat saya” sambil cium kacak dan cik B….. (mata naik atas… dduuuhhh)

    1

    0
  20. i.am.me says:

    Dato Vida… boleh tak saya nk jadi accountant dato?
    seyes ni ??

    0

    0
    • wekkkkkkk says:

      u nk jadi akauntan, kerja byk lah, kena buat GST, belum lagi Audit2 file DSV. Akauntn skrg yg ada pun dh nk sign letter of termination…
      nk sign..tapi fikir dulu…

      hehehehehehehe

      0

      0
  21. melati says:

    Kalau Ananda Krisnan @ Lim Kok Thay tgk lah mesti dia ckp camghini ” Kenapa dgn Org2 Melayu sekarang ni ..Gila kot”..pastu mesti Mereka tgh ketawa Guling2..hmmmm

    2

    0
  22. Anonymous says:

    betul ke korang cakap ni DSV lonely?? tapi kan…ada ke lelaki nk bini mcm ni? Aku tengok ex laki dia pun mcm meluat je kat dia mcm tahan sabar je kat dia…kalau dia ni muda rumaja oklah nk gedik2 tapi dh makcik2 cuba buat professional sikit gayanya tu…mcm rozita sendayu tinggi tu tak yah gedik pun kaya raya juga…

    0

    0
    • wekkkkkkk says:

      mmg dia lonely, lonely sgt2.
      Dh taupun. Ada suami dulu2 pun mcm x hormat je, cuba tgok dlm gegar vaganza, menari terkinja2, padahal bini org. Tau la DSV salah satu penaja..tapi diakn bini org. Laki dia pun x terlarang dh. Dn ikut saja kata suami. Suami mana boleh tahan mcm ni. Asik dgr ckp bini je..dn x hormat suami. Ttg ni DSV tau sendirilh sbb dia punya hal.

      0

      0
  23. QUEEN says:

    BETUL LA APE ORG CKP… SESEORG TU BOLEH LARI DR KAMPUNG TP BELOM TENTU LG SIFAT KEKAMPUNGAN BOLE LARI DR DIRI SESEORG….BWK2 LA MUHASABAH DIRI… DUIT BERTIMBUN TU BELI LA CERMIN BESAR2 CKIT…

    0

    0
  24. voltron says:

    PPIM ANJURKAN SIDANG BONGKAR PENIPUAN BOY IMAN DBI DENGAN ANGGUN..BOLEH CHECK PAGE PPIM ATAU PAGE PW COMMUNITY

    BOY IMAN TERGAGAP2 NAK JAWAB SOALAN..JANTAN PENIPU!

    0

    0
  25. Anonymous says:

    hoi habis tu taylorrrrrrr swift tu je ke boleh duk dalam tub mandi ? ni lah die org melayu,kalau bangsa sendiri korg maki,kalau kafirun tu korg bangga smpai puji bagai nak mti… taylor swift tu terkenal pun sbb bapak die ,bukan ade talent pun… poyo ar korg ..support lah illuminati dajal ni..biar korg mereput! hahahahaha

    0

    0
  26. killuminati says:

    hoi habis tu taylorrrrrrr swift tu je ke boleh duk dalam tub mandi ? ni lah die org melayu,kalau bangsa sendiri korg maki,kalau kafirun tu korg bangga smpai puji bagai nak mti… taylor swift tu terkenal pun sbb bapak die ,bukan ade talent pun… poyo ar korg ..support lah illuminati dajal ni..biar korg mereput! hahahahaha

    0

    0

Leave a Comment

Optional