Written by Bella | April 15th, 2015

Umum mengetahui bahawa pengacara terkenal Awal Ashaari baru-baru ini telah terlibat dalam satu kemalangan ngeri di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berhampiran R&R Ayer Keroh Melaka, apabila kenderaan Awal yang dipandu oleh rakannya Izuan Mokhtar hilang kawalan.

Tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius, Awal bagaimanapun merasa sedikit terkilan apabila terdapat individu yang mengambil kesempatan mencuri barangan peribadi miliknya sewaktu kemalangan tersebut berlaku.  Kasut yang dipakai olehnya sewaktu itu turut hilang.

Saya tahu selalunya apabila berlakunya kemalangan, ada saja orang yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan terhadap kejadian yang berlaku terutamanya mencuri barang- barang mangsa.

Bagi saya itu tidak patut kerana mereka perlu menghulurkan bantuan. Saya juga mengalami nasib yang sama apabila beberapa barangan keperluan penggambaran milik saya diambil. Peliknya kasut yang saya pakai pun boleh hilang. Mujurlah dompet saya tidak dicuri.

Masih lagi trauma dengan kemalangan yang berlaku. Awal mengingatkan semua agar berhati-hati sewaktu memandu.

Ada orang yang jujur untuk membantu kita sewaktu kemalangan dan ada juga sekadar mengambil kesempatan, apatah lagi mereka tahu Awal Ashaari seorang artis, pasti ada barang yang berharga.

Sumber Berita: mStar Online

 

27 responses to Barang Awal Ashaari Dicuri Sewaktu Kemalangan

  1. aku says:

    simpati..

    0

    0
    • Kek Pandan says:

      selipar jepun kat surau pun boleh lesap….apatah lagi kasut kau yang mahal tu.

      0

      0
      • Boom says:

        Artis semer dapat barang free..kat IG tu aku tgk semer bagi kat artis.. Kena curi .. Tak dee hal la.. Kalau org susah kena .. Memang aku simpati.

        0

        0
  2. kayla says:

    insyaallah…ad hikmah tu awal

    0

    0
  3. zara says:

    sabar lah awal. dah selamat dan sihat semula, kau doakan lah orang tu supaya bertaubat dan berhenti ambil kesempatan lg pada orang lain. Doa yang baik-baik, moga terbuka hati si pencuri tu untuk bertaubat. amin

    0

    0
  4. melati nan putih says:

    besyukur lah tiada kemalangan jiwa..brg blh beli..sepatutnya tiada rungutan brg hilang..syukur dan insafi apa yg berlaku..

    0

    0
    • azah says:

      bagi aku, dia bukan merungut barang dia hilang. dia just bgtahu dia kecewa dgn orang yg masih mencuri dalam keadaan macamtu. sepatutnya hulurkan bantuan.

      0

      0
      • ros mawar says:

        kalau dia tak merungut, tak payahlah kecoh satu malaysia nak tahu puih

        0

        0
        • azah says:

          dia bukan nak kecoh lah. dia just bagitahu. and dia tu selebriti, ada peluang nak bagi satu malaysia tahu masih ada lg orang tak bertanggungjawab yang boleh sedap2 mencuri dalam keadaan mcmtu. biarlah org tahu. and biar pencuri tu tahu orang still kisah perbuatan dia tu. bukan kisah dengan barang yang hilang tu le

          0

          0
        • melong says:

          Tak payah susah2 nk bagitau sebab semua org dah tau malaysia ni bukan selamat sgt pun. Pui back up awal sgt pehal? ‘…kerana mereka perlu menghulurkan bantuan..’ ig seller yg hidup susah2 nak berniaga perlukan bantuan ko utk promot brg derang kat ig engko, engko blok pulak..cakap tak serupa bikin…harap2 insap sikitla awal oii

          0

          0
    • miss lollipop says:

      dia bkn merungut tapi dia bagi tau, manusia yg seumpama itu pun ada, yg datang time org eksident then mencuri ..bgtau supaya org berhati2..

      abg aku dulu eksident pun, habis laptop dia, dan bag skolah barbie anak sedara aku pun lesap, dah la patah kaki, barang lesap, bag sekolah tu habis buku teks sekolah kena ganti baru…. dasyat betul manusia skrg..

      0

      0
  5. Polis Cop Gaban says:

    sekarang ni dah jadi macam kebiasaan pula,asal kemalangan je,mesti barang mangsa akan di curi,yang datang membantu mangsa kebanyakannya ada niat tertentu,cuma pastikan bila kemalangan,barang peribadi seperti HP,Beg Duit dan lain lain barangan kecil yg berharga di simpan dalam poket,jangan letak di bahagian luar dalam kereta.Barang besar seperti Lap Top dan lain lain, yg tu tak boleh buat apa apa.Cuma jika eksiden sensorang,memang susah nak tahu kemana barang itu hilang tapi jika eksiden ada lebih penumpang,maka yang kurang kecederaan itu,haruslah mengambil tangggungjawab utk menjaga barang pada mangsa yang cedera teruk.Jika ada orang luar yg datang tolong,cam kan mukanya dan jika boleh mintalah nama dan no phonenya atau beritahunya agar bertanggungjawap menjaga barang yg tertinggal tapi jika boleh jangan beri barang yang berharga pada yang orang luar yang membantu.

    0

    0
  6. Anonymous says:

    barang2 yg hilang maksudnya bukan rezki awak..pasal bantuan hak masing2..kalu org dh tak nak bantu nk ckp apa

    0

    0
    • ortho says:

      salah cara pandang isu ni.. bukan masalah rezeki tak rezeki, skrg ni ialah, mencuri barang org tu dah la salah (berdosa), apatah lagi la org yg sedang ditimpa kemalangan/musibah.. kalau nak kira rezeki or bukan rezeki, saya pun boleh curi barang peribadi awak lepas tu saya claim, ‘sorrylah bukan rezeki awak’

      0

      0
      • ngoknyela says:

        Samala tu dlm erti kata lain bukan rezeki dia la tu. Itu pandangan dari sudut positif, faham? Org yg mengalami yg perlu paham ‘bukan rezeki aku’, bukan org yg mencuri pergi claim ‘bukan rezeki kau’. Ape ke bebal sgt statement.

        0

        0
        • Momo says:

          anyhow aku setuju dgn kau. he should take it as a lesson, meaning Allah nk tunjuk, walau kau dalam keadaan di uji (eksiden), tak semua orang akan tolong kau (tolong juga tp tolong curi)..
          guna lah situasi ni sebagai cara untuk muhasabah diri, kenapa di duga (eksiden) dan rezeki di tarik balik (brg kena curi)

          0

          0
    • LYnN says:

      Kalau mcm tu kes rompak, mencuri klu didakwa bagi jawapan kat hakim “maaf barang itu bukan rezeki awak rezeki saya” boleh digunapakai ke? huh…..

      0

      0
    • jemah says:

      of coz curi barang org salah..tp point kat sini sampai bila perlu tunjuk jari pd org lain..jgn lupa setiap ujian tu datang dr Allah..takkan nk salahkan Allah pulak kot???rambut sama hitam tp hati lain2..walaupun 1000 org yg publishkan mencuri itu salah tp pencuri tetap mencuri..perangai manusia tak boleh di ubah tp diri sendiri..bila manusia belajar redha hati pun akan tenang

      0

      0
      • miss lollipop says:

        jemah, maksudnya lepasni kalau barang kita kena curi, kereta ke wallet ke, hapa ke, kita takyah buat report polis la eh, takkan nak tunding jari pada orang pulak kan..?? sebab itu ujian allah, takkan nak cakap dekat polis allah yang salah kan..?? kalau kita buat repot pasal kita sorang pun 1000 orang still mencuri lagi… betul tak itu maksud ko kan jemah..??
        class ko tau jemah, bilionaire ke hapa ko ni, kena curi barang redho je tak repot , pendam sensorang dan bertabah gila ko ni.. nak kenal la siapa ko eh, ada jugak manusia setabah ko, salute la….

        0

        0
        • Momo says:

          kau rasa wallet kau kena curi, pastu kau pegi report polis, pastu polis tangkap tak pencuri wallet kau?
          jawapan is no! polis siap ckp, selalunya kalau kes curi kt rumah dato2 yg melibatkan 50k ke atas baru lah kita buka kertas siasatan (true story, it does happened to me)

          0

          0
        • miss lollipop says:

          yelah momo.. bkn masalah dato2 50k disini, wallet ko kena curi ko still kena report polis tau tak..??, walau polis tak kan ambil apa tindakan .. kan ko nak buat ic baru, my kids baru, lesen baru semua tu kena tunjuk surat laporan polis dkt jpj dkt jabatan pendaftar semua … aduyaiii sengal btul la ko ni

          0

          0
  7. anon says:

    Mmg betol pun, bila terjadi kemalangan bukan semua yg berniat baik. Ade je yg nak amik kesempatan. Tahun lepas kawan adek aku accident sampai meninggal, phone wallet dia hilang….. Tergamak pulak dia org ni wat keje mcm ni.

    0

    0
  8. DiaAaNa says:

    samalah macam kawan adik dlu,,fotografer..eksiden meninggal then org curi kamera dia…

    0

    0
  9. zabedah zabit says:

    sedekah ajelah awal..

    0

    0
  10. bukanNara says:

    lanjiao la dia ni.. ni pon nak kepoh .. ko bukan xd duit .. wallet xilang tu kira bagus la ..

    0

    0
  11. anon says:

    whatever lah nok nok

    0

    0
  12. Anonymous says:

    Saya pun pernah mengalami kemalangan. Walaupun hanya luka sedikit di tangan dan kepala tapi tetap trauma sampai mengigau2 ketika tidur. Hingga sekarang saya masih takut nak bawa kereta. Kemalangan berlaku di high way tengah malam apabila mat racing bawa kereta mewah berlumba. Kereta tu tak sempat mengelak , terus sondol kereta saya dan kereta saya tergolek beberapa kali. Pasal barang2 yang hilang adakalanya kita tak boleh nak menuduh orang mencuri kerana kita tak nampak dia melakukannya. Mungkin barang kita tercampak ke tempat lain , atau ada dalam keadaan kelam kabut , orang yg menjumpainya tidak tau kepada siapa hendak dipulangkan. Dari itu angap sajala sebagai sedekah. Kita patut bersyukur kerana telah selamat dan ada orang yang sanggup membantu. Nyawa lebih penting dari kasut, dari itu bersyukur la .

    0

    0