Written by serenity | November 26th, 2012

Walaupun isu status anak bongsu Norish Karman sudah reda, nampaknya minggu ini isu itu hangat kembali apabila Norish membuat kenyataan terbaru tentangnya seperti yang disiarkan melalui portal GUA.

Menurut Norish bapa anak lelakinya itu yang diberi nama Haq Lutfie Alexander telah memilih untuk tidak bersama Haq dan ibunya.

Saya bukan Maryam dan anak saya mempunyai bapa. Cuma bapanya memilih untuk tidak bersama kami lagi. Ini adalah hal peribadi keluarga dan jika nak cakap pasal anak saya, saya boleh bercakap tapi kalau ia menyentuh mengenai perkara lepas saya enggan memberi sebarang komen.

Saya tak takut orang bercakap buruk mengenai saya kerana keburukan itu datang daripada saya dan keindahan itu hanya dari Allah. Mereka di luar sana tak perlu mempertikaikan apa-apa pun mengenai status anak saya kerana Tuhan bagi dugaan pada saya dan saya percaya semua yang berlaku ada hikmahnya.

Menurut Norish lagi, zuriat ialah pemberian Allah jadi dia tidak malu malah berbangga dengan kehadiran Haq.

Saya juga tidak tertekan dengan kontroversi lepas malah bangga dengan kelahiran anak saya. Lagipun buat apa saya nak malu kerana bagi saya zuriat Allah yang bagi, jadi kita kena bangga dengan pemberian-Nya. Alhamdulillah, anak-anak saya sangat ‘fantastic’. Saya tidak akan menyembunyi apa-apa kontroversi dan akan berkongsi mengenai apa saja perkara dengan anak-anak.

Malah sebelum orang luar bercakap pada mereka, saya akan terlebih dahulu berlaku jujur kepada mereka dengan berbincang serta menjelaskan perkara yang sebenar. Jika anak saya bertanya mengenai perkara ini kelak, saya akan menjelaskan yang bapa dia membuat pilihan untuk meninggalkan kami.

Masa mengandung, bapa Haq ada datang berjumpa dengan kami dan memberitahu tidak akan berbincang lagi tentang perkara ini. Walau bagaimanapun, selepas perbincangan yang dibuat dia tidak lagi dibenarkan berjumpa dengan Haq selepas Haq berusia tiga bulan.

Begitulah cerita Norish mengenai anak lelakinya itu yang baru lahir tahun lepas. Walaupun identiti bapa Haq masih misteri, nak speku lebih-lebih nanti salah pula. Jadi doakan saja Haq yang comel akan membesar menjadi individu yang berbakti pada agama dan negara suatu hari nanti. In Shaa Allah.

91 responses to Bapa Haq Buat Pilihan Tinggalkan Kami – Norish Karman

  1. nurul says:

    andaiku tahu…begini jadinya

    0

    0
    • Kak Cham Kuat Gosip & Tido says:

      ala pikir lojik lah.. kalu budak tu anak laki tu, x kan laki tu senang2 nak tinggalkan mcm tu je.. mesti ada sebab.. laki tu dah bayar berkepok2 kat c NK ni awal2 la…

      0

      0
      • i'm not a monster says:

        pelik betul statement norish karman. apesal pulak ayah dia x blh jumpa ank dia selepas usia 3 bln, perbincangan aper yg mereka buat nih, misteri sungguh

        0

        0
      • joyah says:

        alah, sudah2 la tu…

        korang nih dok ngata dia kot2 dia lahir anak luar nikah, korang nak norish ni buat macamana sebenarnya..???buang anak tu kat tong ke dulu..??

        dah dia hadapi kenyataan redah pun korang ngata dia tak abis2…

        sebab mulut2 org macamnih la banyak gadis2 kat luar sana yg amik keputusan tak pikir panjang, buang anak kat tong sampah la, sungai la….

        1

        0
        • Johan says:

          Kepada gadis di luar sana, jika anda tak ikut nafsu, tak lah anda buang bayi, tak lah menanggung malu. Kawallah nafsu anda. Jangan dah berisi, baru nak sesal malu bagai k. Lagi satu, trust me, kebanyakan gadis ni, dah buat banyak kali, memang tak menyesal. Dah pregnant baru menyesal. Dah bf tinggalkan time sarat baru menyesal. Pendekatan yang kita ada sekarang ni tak cukup untuk kekang gejala ni selagi diorang tak kawal nafsu.

          Saya kerja bahagian kaunseling, saya tahu lah. Orang yang sama yang menangis meraung menyesal buat tu lah tup tup lagi setahun dia datang dengan perut yang sama besar. Kita dah tolong, tapi ini pilihan dia.

          1

          0
        • persis dara says:

          salam.. sy bukan lah peminat NK. tp pd awal gosip ini timbul n ada mulut2 yg mengatakan anak itu anak luar nikah, sy rasa x mungkin anak itu anak luar nikah. logiknya dia seorg artis yg d kenali oleh agak ramai jgk laa. x mungkin dia berani buat ssuatu yg boleh menutup periuk nasi dia spt kena gam atau tindakan mahkamah. sy rasa NK sbenanya dh bkahwin dgn bapa bayi tsebut n kini dh bcerai. n sy rasa bekas suaminya itu d kalangan VVVIP spt pak menteri @ org2 kenamaan istana. xkan lah dia seberani itu mempertahankan status anak dia kerana sy yakin anak itu dr benih yg sah n halal tetapi oleh kerana status suami, dia harus mengunci mulut ttg bapa anaknya itu. ini pendapat sy lah. kalo dh nama artis, mereka lbh rela gugurkan kandungan (mungkin) dr d cemuh masyarakat. tp ini berlainan dgn NK, itulah sbb utama sy bpendapat bgini. wallahualam

          2

          0
        • ieza says:

          nafsu x knal siapa..

          0

          0
    • Rita vs Ayu says:

      tak nak buat andaian sendiri dan xmau menuduh sapa2 cume berharap klu kelahiran anak tu dr cara yg halal dan sah disisi agama, sy doakan semoga bapa kpd anak tersebut brtanggungjawab dan sama2lah jage anak tu sbb anak tu amanah Allah. Tp klu anak tu dtgnya dr cara yg tak halal dan xsah maka sy doakan semoga sy bukanlah dr golongan org yg bersubahat utk menyembunyikan maksiat secara terang-terangan ni sbb dosa sy sendiri xtertanggung rasanya apatah lg nak tanggung dosa bersubahat menyokong perbuatan maksiat. Wallahualam…..

      0

      0
    • yelah tu says:

      come on lah Norish Karman Wak Joko Jawa.. jgn nak auta lah, bila masa kau kahwin sampai anak ni lahir? kitaorg takkan bising jika anak ni lahir dari hubungan yg halal.. yg bikin org bising sbb org ramai meragui status anak kau ni, kalau berani berterus terang biarlah kau berterus terang ttg status hubungan atau nikah kau dgn bapak budak ni dulu.. artis ni bajet perfect wpun mentaliti tu rendah sbb belajar tak tinggi, cakap konon2nya bagus sgtlah tu.. tak sedar yg kata2 kau sendiri dah buka pekung kau sendiri, cuba bercakap jujur.. masyarakat/org ramai bukan bodoh mcm kau lah !!

      0

      1
  2. mati2 ingat tajuk dia bapak haq buat pilihan tinggalkan kami (baca dengan nada utaqa) ahhahahah. rupanya nama anak dia daddd

    0

    0
  3. hamba allah says:

    “zuriat Allah yang bagi”… tapi dapatkan lah dengan cara yang halal.. nauzubullah.. Semoga aku juga terglong dalam golongan mereka yang bertaubat.. amin..

    0

    0
    • kelip kelip says:

      jgn buat andaian yg kite sendiri tak tau cerita sebenar…..
      doakan yang terbaik untuk dia dan keluarga die adalah lebih baik..
      anak tak berdosa usah dipersoal, ajal maut di tgn Tuhan…

      0

      0
      • oct1883 says:

        betul tu.. kita tak tau lagi masa kita bila.. tak kita kena, anak2 or keluarga kita yang kena, apa citer kan?

        0

        0
        • mimi says:

          NK tak sepatutnya bagi statement “kerana Tuhan bagi dugaan pada saya” sbb dia lahirkan bayi luar nikah tu, masalahnya dia sendiri yg pergi buat maksiat..mcm org merempit eksiden pastu ckp allah bg dugaan kat dia, padahal sapa suruh dia pergi merempit?

          1

          0
        • mika says:

          mimi oi, kalau bukan dugaan abistu nak panggil apa? nikmat?? betul la dugaan. Dugaan yang Allah berikan supaya dia sedar kesilapan yang dia lakukan.

          1

          0
        • Honey says:

          NK ni bukannya budak2 remaja, dia ni ibu kpd anak2 dan jugak pernah jadi isteri org dulu.. takkanlah takleh nak guna otak utk bezakan perkara baik / buruk.. jgn pandai bercakap je, nampak sgt pelakon mmg suka hidup dlm lakonan! dah terang2 buat jahat pun masih nak cakap yg dia masih mulia dan suci.

          0

          0
  4. PuanOnew_SHAWOLs says:

    yg sudah2 tu sudahlah..
    org dh x berckp lg soal ank dia tu, knp nk buat statement lg..
    motif??

    0

    0
    • Anonymous says:

      sbb org ckp dan org tny la die jwb. kau yg kecoh sgt dia ckp psl anak die dh kenapa????

      0

      0
    • PuanOnew_SHAWOLs says:

      ouh, aku tak sentap..
      aku cme komen berdasarkan ape yg aku bce..

      ”Walaupun isu status anak bongsu Norish Karman sudah reda, nampaknya minggu ini isu itu hangat kembali apabila Norish membuat kenyataan terbaru tentangnya seperti yang disiarkan melalui portal GUA.”

      tu yg aku komen cmtu.
      ko ni sentap sgt la.

      0

      0
  5. KELIP2X says:

    kesian NK,,, semoga die tabah dgn dugaan Allah beri.,… jgn la kite dok kata bukan2 pasal NK lg, Andainya Allah beri die dugaan begini ade hikmah disebaliknya…
    bersabar la wahai Norish, semoga menjadi ibu yang kuat dan tabah…

    0

    0
  6. starshine says:

    Bangga!!!!??? Ya Allah…kalau buat salah..ckp lah..anda menyesal..dan terima ketentuan Allah..jgn lah ckp bangga…

    0

    0
    • Anonymous says:

      mana ko tahu dia buat salah? ko tuhan?

      0

      0
      • jgn bagi muka sgtlah says:

        setakat bg statement camtu lagilah menambahkan kekeliruan/tohmah.. report je kat jabatan agama supaya di buat inspection ttg status anak dia tu. habis cerita.

        0

        0
    • mellila says:

      perkahwinan kne di heboh kan supaya untk menglakkan fitnah.tp jng la kite ni pandai2 nak hukum orang.ko tau ke die tak nikah.mane tau die nikah dng halal.cme ade sebb mengapa die tak boleh heboh kan perkahwinan tu.atles die jg ank die,tak de la sampai nak gugur @ BUANG BBY tu

      0

      0
      • logik says:

        Cmne nk heboh kalo dh kawen ngn org yg berpgkat stus laki org lg. Bl family lelaki dh tau kne tinggal r. Tkut tercemar nme. Pikir logik la org tua cm NK nk wt ank haram. Bkn budak sekolah tu.

        1

        0
        • persis dara says:

          yes, sy stuju. sy pn x rasa anak itu anak luar nikah tp sy bpendapat NK tlh bkahwin dgn seseorg yg bpangkat bsr spt menteri @ org istana. NK x bodoh nk menunjuk2 dgn bangga wat maksiat. ini malaysia ok, bukan indonesia. dan ini NORISH KARMAN ok bukan KRISDAYANTI..

          1

          0
    • Doktor says:

      Alaa.. Pompuan ni tertuttt dgn adik farahdhiya! Dah asyik menggesel je mana tak terrr.. Haii dah janda tua pun tak tau halal haram… Malu nye!! Kalau tak caya cuba tgk gamba adik FD dgn muka bayi tu, sebijik! NK golap, ank gebu!
      Org tua pun tak tau malu! Patutnye tunjuk teladan yg elok!

      0

      0
      • Norish Karmin says:

        dah ada pihak2 yg tahu perkara sebenar..cuma mereka taknak msk campur je..bertaubatlah NK, aku paling kesian anak yg tak berdosa tu je

        0

        0
  7. tot says:

    la ni baru setiap ayat ada nama ALLAH..apeda

    0

    0
  8. GuaMantok says:

    Nauzubillahiminzalik..

    0

    0
  9. ada aku kesah says:

    …. skrg ni org dah x malu lagi buat dosa, zina…..siap2 bangga plak tu, klu dah suka, kawin ajer lah. klu x suka, boleh cerai kemudian. kecian kat anak tu. x sah taraf dlm mykid nya tu.

    0

    0
    • PuanOnew_SHAWOLs says:

      amboih ko..
      tak baik niat cmtu, kawen tp dh berniat nk cerai kemudian..

      0

      0
    • mahaguru says:

      ya Allah.. ko x takot ke wat statement mcm tu. dh terang2 ko tuduh anak dia x sah taraf. klau btol NK x buat mcm tu,ayat ko blh jd FITNAH tau. istighfar la byk2.. kite x tau citer sbnar,jgn wat andaian sendiri

      0

      0
      • yang sudah tahu says:

        soalnya nya skrg bukan lagi nak buat andaian sendiri mahaguru oiii.. ramai org dah tahu perkara sebenarnya

        0

        0
  10. mak kiut says:

    ye dop mu ni Norish Karman weyy

    0

    0
  11. anak halal says:

    kamu bangga melahirkan anak zina? bertaubatlah kamu kerana mengeluarkan statement yang menunjukkan kamu terlalu jahil dan dalam masa yg sama mempersendakan hukum tuhanmu

    0

    0
  12. stranger says:

    dah agak dahh..gosip hri tu mmg betul…yang bgusnya dia ada keberanian untuk mengaku …tak seperti orang lain yang menggugurkan janin..walaupun perbuatan nya di pandang hina dari satu sudut ..tapi dri satu sudut yang mulia ..dia lebih snggup dpandang hina olehh masyarakat demi melahirkan anak yang tak berdosa…..dosa orang kita boleh kira ..dosa sendiri macamane tu?? cuba bygkan andai anda berada di tmpat beliau??anda nak jawab ape ?? takkan nak cakap menyesal kot..kubur masing2 setiap pahala dan dosa ada balasannya…pada norish karman …semoga selamat membesrkan anak .semoga mendapat hidayah dr pengalaman ini :) all the best!!

    0

    0
    • Che Timah says:

      Hamboi ko STRANGER..dah macam ustazah menasihatkan orang..manis ayat ko.boleh menitik air mata.Tapi aku lagi tetarik ngan ayat pertama ko tu…’dah agak dahh..gosip hri tu mmg betul’ suka-suki je ko cakap ek..ko ada bukti ke nak provekan yg perkara tu betul..jangan esok ‘ustazah’ macam ko ni yang merangkak cari NK untuk mintak maaf.Tapi ayat ko yg kedua dan seterusnya memang sejuk telinga mendengarnya

      0

      0
  13. holla says:

    Anak saudara faradhiya,anak si lokman,cucu si amin,cicit mak raja.pergh…..keturunan!!!!!man,cucu si amin

    0

    0
  14. yana says:

    Harap Kak NK akan lebih tabah…yang salah jadikan pedoman dan pengajaran. Bagi saya yang menampakkan NK memang sah berlaku jahat sebab dia tak expose Pic bapa Haq tu. sebab tu semua org lantang berkata. Dosa yang NK buat biar la perhitungan antara dia dengan penciptanya. Kita sebagai hambanya yang jahil janganlah terlalu lantang berkata. Kalau betul NK Lahirkan anak tak berbapa …..Jadikan la ia sebagai pengajaran…Ingat suatu hari kita semua bakal ada anak perempuan . Karma allah akan turun pada setiap perbuatan kita. Jadi beringat la…

    0

    0
    • min says:

      cuba check, sebenarnya NK dah kawen lain.. suami nya skrg telah pon menceraikan isterinya kerna nak kawen dgn NK. jeng jeng jeng.. kisah benar

      0

      0
      • Anonymous says:

        jgn pandai2 la nak create gosip br…mmg btl haq anak x sah taraf,tp biar la..klu nak sgt tau,g jpn la….jgn sibok nak buka rahsia org,ingat sikit hidup ni msh pnjng pjalanan.mgkn akan terkena pd sendiri…

        0

        0
  15. Cik Muna says:

    Sebenarnya Norish & bapa Haq tu apa status??? dah nikah ke??..knapa dia x pernah mention hubungan mereka..mmglah setiap anak adalah anugerah tuhan tapi kejadian anak tu mestilah dari hubungan yg halal..andaikata status anak tu dr hubungan haram ini boleh merosakkan akhlak anak2 remaja sbb nti mrk rase ada anak luar nikah tidak menjadi kesalahan & dosa besar…Nauzubillahiminzalik…

    0

    0
  16. Daku says:

    Dulu… Bila org tanya pasal haq. Xnak ngaku. Sorok2. Bila org dedahkan. Tpaksa ngaku sbb ada bukti. Tapi siap tegaskan. Tu hal peribadi dia. Jngn kita sibuk2. Fine!!! Kita ikut je la kan. Skrg, tetiba nak kuar g sttmnt. Utk apa? Simpati? Ko dah soh org2 yg xde kena mengena smua diam. Then ko plak nak kuar2 lagi citer. Plsla… Kami xmau tek meneka status anak tu sbb kami xmau dosa. Jadi… Xyahla kuar g sttmnt pasal anak tu sbb kes ni secara langsung akan membuat kami terus meneka neka tentang status anak dan status mak & bapak anak tu.

    0

    0
    • norish yg bangang.... says:

      betulll tu….dulu ckp jgn sibuk hal dia….mcmlh ko mati nnti ko sendiri yang mandi….n ko kapan sendiri……sbb tu masyarakat kena nasihat kalau nmpk ada benda yg x kena….n kita seharusnya bertaubat…bukan nk bangga2 dgn ZINA yg ko buat tu…anak tu mmg x salah….

      0

      0
      • Anonymous says:

        klu die mati ko ke pun yg kapankan??? xpayah la ckp klu ko seniri nak semayang jenazah pun fail! bodo! –ckp stail setat zahar

        ntah2 ko yg anak zina x? mulut mcm mak bapak x ajar.

        0

        0
        • jgn suka menegakkan yg salah.... says:

          kalau x org atas tu pun yg kapankn…masyarakat lain boleh kapankn…ko yg nk tegakkan benda yg salah n dalam hukum islam pun sebat 100kali…untuk apa?untuk bg org lain beringat…n jgn buat lagi…maaflh saya yg mmg x pandai n daif….

          0

          0
  17. aku tetap aku says:

    sng cte mcmni la…kalau dh nikah secara sah dan mengandung secara halal, nk ke org berteka teki kalau anak die ada bapak yang sah.. Melainkan ibunye belum sempat nikah, benih dh di baja… tu la yg slalu berteka tekinya… tp x pe la, bnde dh lepas… taubat nasuha je la.. Allah sentiasa menerima hamba2nya yg bertaubat…

    0

    0
  18. angkuh says:

    Rasa nye kita tak perlu berteka teki, sbb dh terang anak tu tak sah taraf. Klau betul dia dh nikah, or cerai confirm dia akan ckp nye. Ni masih nak pusing kanan pusing kiri, siap ckp rumah takde mesin basuh, tp admitted kat prince court. Siap bangga lagi, suka hati ko la nk org pgil ko berlakon sbb kesian kt ko, belajar la muhasabah diri.

    0

    0
  19. gaga says:

    sekurang2 nye dia sanggup bela anak dia, wpun bapaknye tak bertanggungjawap
    jenis haprak, laki tarak guna kepala dalam ada batu…

    tp len kali, jgn fikir sedap je…LOL

    0

    0
  20. jujur itu bagus says:

    Ini hasil anak mengangkang tanpa suami ke ?

    0

    0
    • yo says:

      Yela. Nyeh…klau anak dpt secara halal, takkan la dia sanggup kene tomah bagai. Ssimple as that. So jgn salahkan masyarakat, sbb ini consequences yg dia dh tau akan terima sblum dia lahirkan bby tu.

      0

      0
    • OLGA says:

      Mungkin anak kau tak dia tolong jaga, kau memang rakus bermain wahai jujur itu bagus

      0

      0
  21. takeiteasy says:

    KLU ANG NK XMAU ORG DOK MENGATA PASAL ANG BAIK ANG GTAU JA PA YG SEBENARNYA O ANG DOK DIAM2 JA JGN DOK BG APA2 KENYATAAN
    IGTKAN DA HBS DA CITE SAL POMPN NI TP ARI INI ADA PLAK DAAAAAAAAAAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH

    0

    0
  22. Anonymous says:

    sapa tak pernah salah boleh la nak mengutuk ngata orang lain ya,takut mengaibkn orang nanti sampai masa kita jadi balik benda yang sama baru tahu langit tinggi ke rendah……nilai diri sebelum menghentam orang … :) muhasabah diri !!

    0

    0
  23. Anonymous says:

    Kesian kat anak dia yg tak berdosa tu… kecik2 bapak dah taknak accept dia sbg anak… Parents yang bersalah anak yg terima nasib… Semoga Allah ampunkan dosa parents dia & jadikan Haq ni anak yg soleh…isk sedih

    0

    0
  24. Anonymous says:

    Kesian kt anak tu, kecik2 lagi bapak dia dah taknak accept dia sbg anak… Isk sadis tul parents yg buat salah anak yg terima nasib… Semoga parents dia bertaubat & diampunkan Allah & semoga Haq jd anak soleh…Kita doa utk mereka & jgn kutuk2 lg

    0

    0
  25. slay says:

    teruskan membanggakan diri kau..dosa pun xpe la..tp ingat la anak kau nanti akan malu dengan tindakan kau..sebab di kategorikan anak tidak sah taraf…xpe kau artis apa ade hal

    0

    0
  26. apple says:

    nape dlu waktu bersalin kt hospital pakai purdah…ayah budak tu nama nyer sape…bagi tau then sume org bleh diam

    0

    0
  27. aku wanita says:

    dlu nafi sgt..last2 ngaku gak.tpi kn, muka anak dia ni mcm muka abg faradhiya kn..mmg nmpk sgt.mix2 gitu…tpi anak 2 x slah

    0

    0
  28. oya says:

    aku amik fikiran positif, NK ni mmg dah kawin cuma tak ngaku je sbb tidak direstui. dulu pernah bekas suami dia beritahu yg NK dan lelaki ni bawak anak2 dia bcuti masuk dan duduk hotel mengaku sebagai suami isteri, tp sayangnya NK tak bg apa2 kenyataan sama ada dah kawin ke belum… soalan paling mudah dan jawapan paling mudah untuk mengelakkan fitnah tidak terjawab, mungkin dia ada sbb2 tersendiri….. wallahua’alam

    0

    0
  29. Awekbulu says:

    What goes around ..Comes around..tulah dlu ada laki lombong emas..Mu gigih nk mencanak ngan jejantan lain..

    0

    0
  30. . says:

    lantak ko la Norish…malas la nk ambil tahu pasal ko lagi…

    0

    0
  31. ehh says:

    haha..org lain pnya crita, org lain plk yg kecoh smpai gaduh2 kt sni..aptb..yg pastinya crita hidup norish ni klu wat filem/drama blh thn best jgk..msti penonton trtnya2 ape status mereka smua…novel pn best jgk, pstu adaptasi mcm adam hawa..hakhakhak

    0

    0
  32. Moi says:

    Bagaimana pula hidup dengan hidup anaknya? Nama Haq Lutfie Alexander amat terkenal dan mudah dikenali. Dapatkah dia menerima tekanan ketika membesar? Tiada berbapa dan bakal dicemuh dengan gelaran anak luar nikah. Moga Haq Lutfie Alexander tabah. Ini bukan salah anda. Ini salah ibu bapa anda yang rakus akan nafsu. Ape pun Norish Karman tetap ibumu. Janganlah kamu menderhaka dengan ibumu. Syurga terletak di telapak kaki ibumu..

    0

    0
  33. keliru says:

    Klau itu anak sah dari pernikahan dgn bofren dia si abg faradhiya tu aku musykil nape anak tu di Bin kn dgn Abdullah…btul x ?

    0

    0
    • pizza says:

      Kalau anak luar nikah, dlm surat beranak akan tulis TIADA BERKENAAN dalam ruangan bapa. Ntah la, yang pastinya, time budak ni masuk skolah, pasti terbongkar statusnya.

      0

      0
  34. tugau says:

    nasib baik ank lelaki .. klau pompuan jenuh nak kena tanya wali yg sah bila kawin nanti ….

    0

    0
  35. rugaya says:

    erm tp kan gambar lama baby tu lahir tag kat tangan baby tulis abdullah, suami NK bukan nama abdullahkan?

    0

    0
  36. lili says:

    ”Saya bukan Maryam dan anak saya mempunyai bapa.Saya juga tidak tertekan dengan kontroversi lepas malah bangga dengan kelahiran anak saya. Lagipun buat apa saya nak malu kerana bagi saya zuriat Allah yang bagi, jadi kita kena bangga dengan pemberian-Nya.”
    alahai…NK. sudah terang lagi bersuluh..memang la anak ko ada bapaknya! memang la anak tu anak kandung ko! tp anak haram hasil zina! itu yg masyarakat persoalkan!! bodoh punya NK! ko jgn ingat masyarakat ni bodoh mcm ko! siap bangga lagi berbuat zina & melahirkan anak luar nikah??? masyaallh…langsung x kata menyesal…/bertaubat/insaf.
    seseorang wanita yg bersuami, & melahirkan anak yg sah,x akan sesekali membiarkan anaknya dicemuh sebagai anak haram ok! x akan sesekali!!!

    0

    0
    • timmy tim tim says:

      alamak…bangga lahirkan anak tak sah taraf ke?? what the hell?? kalautimmy jadi dia, timmy balik spore, duk diam2 dah la..x yah nak buka pekung di dada..yes, you screwed up once, but do you have to be so glib about it? “tidak tertekan dengan kontroversi lepas”..what the hell kind of answer is that??

      0

      0
  37. Ratu minah jambu merah/ biru says:

    tkpe la norish piara aje lah anak tu kasi dia besar yg sudah tu sudah lah benda dh berlaku tk guna nk ingat2 lagi ..pandang ke hadapan maju kan diri idopkn anak2 setle semua nye tk payah lah nk ingat2 perkara yg dh lepas ok

    0

    0
  38. Anonymous says:

    NK kami nak tiga perkataan je: SAYA SUDAH NIKAH…tutup cerita…

    0

    0
  39. berlari says:

    kau kene la trime NK dia tanak kau lgi dah.. mcm mane laa kau boleh nak jalinkan hbungan dgn laki mcm tu.. habis madu sepah dibunag.. bile dah ade anak, tanak jage.. org yg takde anak penat cri cara nak ade anak.. NK kne belajar mcm mane nk cri lelaki yg btul2 boleh jage dia n trime dia seadanye.. ok bye

    0

    0
  40. mama comei says:

    mari hamil …www.marihamil.com

    0

    0
  41. X says:

    Anak Luqman Abg farahdiya kan??

    1

    0
  42. Anonymous says:

    masa gambar kat wad dulu tak nak mengaku… skrg ni br ckp psl ayah budak tu…. lidah bercabang mcm ulor….

    0

    0
  43. Anon says:

    Eii die ni patut kne hukum HUDUD jee. Klu kt Malaysia brani la brsuara, klu kt Indo.. ada bran kaa?

    0

    0
  44. JAWI says:

    Baguslah …. bila waktu macam ni, tak de pula Jabatan Agama nak buat siasatan. Tapi kalau orang awam, suka sangat nak pergi serbu sampai kalau boleh nak memalukan dengan mengambil mereka untuk tatapan umum. Ada beza ke di antara kita ini semua? Nampaknya di era ini masih ada lagi wujud – yang berduit & berkuasa tetap akan lepas ke semua tuduhan.

    0

    0
  45. oldmanstyle says:

    Norish Karman Mantopp!!!..geram tgk dia..huh~

    0

    0
  46. Anonymous says:

    thats y la negara patut laksanakn hukum HUDUD….. !!

    0

    0
  47. bCaiman says:

    Cakap berbelit-belit.. Just mention je la kahwin ke tidak.
    Andaian aku la, orang yang kahwin dan buat anak cara sah, akan mengaku dia kahwin.

    LOL fikir sendiri la yer awak-awak semua

    0

    0
  48. mana pergi Jabatan Agama??? says:

    buat NK, tolong clarify dulu status nikah anda dgn bapa Haq ni jika anak ni anak sah taraf. tak baik cakap berbelit2. org ramai takkan bising jika anak yg dilahirkan ini secara sah. perkahwinan suatu ibadat dan sgt baik dihebahkan perkahwinan itu bagi mengelakkan fitnah. saya doakan yg terbaik buat anda tetapi jika fitnah yg timbul ini benar, cepat2lah bertaubat.. Wassalam

    0

    0
  49. Pakcik says:

    setuju. tolong sahkan dulu status perkahwinan NK jika betul dia lahirkan anak cara sah utk elak fitnah

    0

    0
  50. Julie says:

    jgn cakap je atau bg statement yg mengelirukan.. sila tampil dan clarify status nikah norish dgn bapa haq tu dulu. berani kerana benar……….

    0

    0
  51. miss lola says:

    aku pun heran.. jika berkaitan artis atau org2 yg ada nama, mana perginya jabatan agama dlm hal2 mcm ni???

    0

    0
  52. Peace says:

    Saya harap NK dpt muhasabah diri, sekiranya tersilap, mohon
    ampun dr Allah. Fikirkan masa depan
    anak2. Berhenti memberikan komen abt hal yg lepas.

    0

    0
  53. IYola tu NK oiii says:

    Nk ni ckp belit putar la. .klu Bangga dgn anak tu Dulu nape nafi citer die lahirkan anak tu.? Lepas kuat gambar ke spital bru nak ngaku. .putar lebih

    0

    0
  54. […] Raja, selepas melahirkan Haq Lutfie Alexander, Norish telah pun berpantang di rumah teman baiknya. Sayangnya budi yang baik dibalas jahat apabila […]

    0

    0