Written by Bella | August 12th, 2016

Pelukis terkenal yang juga bapa kepada pelakon Emma Maembong iaitu Ismail Embong cedera ditetak selepas rumahnya disamun semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa berkata kejadian berkenaan berlaku pada jam 4 petang semalam dimana Ismail ketika itu duduk berseorangan di rumah sebelum didatangi empat orang lelaki bersenjatakan parang.

Ismail cuba untuk melawan penyamun berkenaan dan berlaku pergelutan sehingga beliau cedera.

Suspek terus meminta barangan berharga dan mangsa telah menyerahkan wang dan cuba melawan sehingga bergelut.

Berikutan pergelutan itu, mangsa mengalami kecederaan kerana ditetak lalu melarikan diri ke rumah jirannya bagi mendapatkan bantuan.

Menurut Emma pula, bapanya mengalami kecederaan pada bahagian kepala,jari dan siku. Emma meminta agar orang rmaai mendoakan yang terbaik buat ayahnya.

Bapa saya sedang dirawat, saya meminta semua pihak mendoakan yang terbaik dan mohon berikan ruang kepada kami sekeluarga.

Kes disiasat di bawah Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan bersenjata.

Sumber Berita : mStar Online / BH ONLINE

26 responses to Bapa Emma Maembong Cedera Ditetak Oleh Penyamun

  1. Anonymous says:

    Innalillah.. semoga cpt sembuh.. bile blaku kejadian sebegini kite jgn melawan..serahkan jela apa mereka mahu (barang2) sbb di saat ni nyawa lebih pnting.. penjenayah sggup membunuh jnji dpt apa yg mereka mahu…

    0

    0
    • kentut padu stevia says:

      betul…
      duit boleh di cari…

      0

      0
      • Anonymous says:

        Kadang2 kita x melawan pun diteranjang juga. Lebih2 lagi dh cakap xde duit. Lagi kena tampar. Tu gangster india..tengah mabuk syabu!!

        0

        0
        • Kiah says:

          minta dijauhkan la benda2 cenggini. org kaya xnk rompak, rakyat biasa juga dia nk ragut handbeg pelbagai. pelik aku…

          0

          0
        • Anonymous says:

          pencuri tu aku doakan dapat balasan dunia dan akhirat. org tua pun dia nak bunuh. kenapa takde yg berani nak rompak ahkak pink. phuii.

          0

          0
        • senyum kambeng says:

          Alaaa, masaalah ni tkan selesai la selagi menteri2 dan anak2 menteri tk kena rompak, tetak, heret kt jalan tu. Cuba kena kt batang hidung mereka, silap2 TUDM, askar wataniah, FBI semua dipanggil turun kerahan tenaga….

          0

          0
        • sdrt says:

          yg mana betul? sini kata kena rompak kat rumah. kat RK kata kat GAPENA nun.

          0

          0
      • Anonymous says:

        Betol tu, handbag kita yg ada 30 ringgit ni juga dia nak meragot. Tapi bukan pasal duit pasal jenoh nak gi buat IC baru beratur, leceh..tu yg kadang cuba sedaya nk melawan.

        0

        0
        • Anonymous says:

          kalu x da tenaga, kuderat, judo n taekwando ..serah je lah. silap2 bil hospital korang lebih byk ..lebam calar habis kena belasah…

          0

          0
    • Melah says:

      Macam mana negara nk aman, penjenayah lebih byk dri polis. Yg ko taw kenakan cukai, naik harga minyak,tarik pelabur cina, jemput obama, gst, pecat menteri besar. kepolisian ko xnk labur lak. Tambah la anggota polis.

      0

      0
    • Anonymous says:

      Byk peragut dibawah pengaruh drugs..ais/syabu..tu la sanggup hunus pisau parang segala. Mcm kena rasuk. Ada yg opah mak bapak sendiri kena belasah dan bunuh. Hish..selisih lah.

      0

      0
    • Anonymous says:

      nak pesan, sekarang ni mereka suka masuk serang rumah waktu pagi. time korang buka gate hantar anak nak naik bas…somi nk start kereta. terus je satu kereta datang 4 org keluar. jaga2 siapa yg tinggal di kelang, pj, seri petaling..gangster india. member aku dah kena.

      0

      0
  2. Anonymous says:

    moga ayah emma cepat sembuh…kesian emma..hri tu kekasih hti hilang barang…ni ayah plk…

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Bapa artis cepat jer…cuba kita ni. Ambil keterangan…masuk bakul je laaa!

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Patut la Malaysia dpt title negara paling x selamat. Tak bkesudahan…balik2 cerita bab ekonomi. Balik2 cerita pasal Tun M penderhaka. Tu la modal kroni2…rakyat langsung x jaga. Makin tsepit ada lah!

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Undi lah Umno…baik utk rakyat :(

    0

    0
  6. Tilla says:

    1MDB boleh labur beratus juta..takkan sistem kepolisian x boleh?! Pelik lah Msia. Makin hari makin x aman. Penjenayah pun dh x takut.

    0

    0
  7. sentap says:

    cam sial penyamun2 penyangak kat msia ni…tu pasal klo dpt belasah je smpi lunyai…ni sumer faktor kos sara hidup…org skunk dh x pikir nyawa org janji dpt duit…pastu byk lak org asing kat msia ni…mana2 g mesti muka dorg ada…

    0

    0