Written by AbangNara | July 19th, 2013

Awal minggu ini, Abang Nara telah menghadiri sidang media majlis pelancaran tayar MICHELIN Primacy 3 ST. Teruja juga sebab ini pertama kali menghadiri majlis yang berkaitan dengan tayar. Mesti akan dapat banyak informasi baru nanti.

michelin

Menariknya sidang media yang diadakan di Maison Francaise ini merupakan yang pertama menggunakan “headphone” untuk mendengar ucapan yang disampaikan. Dengan menggunakan “headphone”, bunyi bising daripada luar dapat ditapis dan tumpuan dapat diberikan 100%, sama dengan tayar MICHELIN Primacy 3 ST.

michelin

Untuk makluman korang, ST itu maknanya Silence Tuned. Untuk mencapai tahap kesenyapan yang diinginkan ketika memandu, ada 4 teknologi yang digunakan di dalam MICHELIN Primacy 3 ST. 4 teknologi itu ialah:-

EvenPeak – teknologi ini memastikan tayar MICHELIN adalah 8% lebih senyap berbanding pesaingnya yang lain. Bentuk luas yang ada pada tayar membolehkan bunyi bising disebarkan dengan lebih menyeluruh.

CushionGuard – membantu menyerap hentakan, memberi lebih keselesaan dan membantu meminimumkan gegaran di jalan raya yang tidak rata.

StabiliGrip dan FlexMax – kedua-dua teknologi ini bergabung untuk memastikan pemandu kereta dapat memberhentikan kereta mereka 1.6 meter lebih pendek berbanding tayar MICHELIN generasi sebelum ini dan 2.9 meter lebih pendek dibandingkan dengan tayar pesaing lain. Ini semua dalam keadaan jalan yang basah.

michelin

Menarik kan? Abang Nara paling kagum dengan jarak berhenti ketika brek yang sangat berbeza dengan tayar-tayar lain. Itu boleh jadi penentu antara hidup dan mati seseorang. Kalau korang tak faham, mungkin video di bawah ini boleh membantu anda untuk memahami dengan lebih mendalam tentang teknologi yang digunakan dalam MICHELIN Primacy 3 ST ini.

Korang perasan tak yang tayar MICHELIN Primacy 3 ST ini melengkapi kesemua aspek yang diperlukan oleh seorang pemandu? Kesenyapan, keselamatan, keselesaan dan penjimatan wang dengan jarak pemanduan yang lebih jauh. Kesemua ini dikenali sebagai MICHELIN Total Performance kerana bukan hanya satu aspek yang ditingkatkan mutunya, tetapi kesemua aspek sekaligus. Hebat kan?

michelin

MICHELIN Primacy 3 ST ini sudah mula dijual di seluruh Malaysia dengan harga sekitar RM480 dan boleh digunapakai oleh tayar 16 sehingga 19 inci. Harga yang ditawarkan memang agak mahal tetapi berbaloi dengan segala teknologi dan kualiti yang ditawarkan. Daripada apa yang Abang Nara diberitahu, memang jelas perbezaan sebelum dan selepas menggunakan tayar ini.
michelin

Dengan Hari Raya yang bakal tiba tak lama lagi, Abang Nara yakin yang MICHELIN Primacy 3 ST ini adalah pilihan terbaik untuk pulang ke kampung kelak. Insya Allah lebih selesa, lebih senyap dan paling penting, lebih selamat untuk pemanduan jauh. Jadi Abang Nara syorkan kepada anda yang nak balik kampung, tukarlah tayar anda terlebih dahulu.
michelin

Belum cuba belum tahu. Memang Abang Nara akan cuba sendiri kehebatan tayar MICHELIN Primacy 3 ST ini. Korang pun kalau berminat, bolehlah ke pengedar MICHELIN yang sah di seluruh Malaysia. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai kehebatan tayar ini, layarilah Facebook MICHELIN Malaysia atau www.michelin.com.my/Products-Services/Car-SUV-LT/passenger_car/Primacy_3_ST.html.

9 responses to Balik Kampung Lebih Selamat Dengan Michelin Primacy 3 ST

  1. mdm ynwa says:

    first ke? haha.

    0

    0
  2. Anonymous says:

    out of topic topic tp sy rasa nak tegur sikit abg nara even sy xsebaik mana. sy harap sgt abg nara delete lah blog ni. sbb sy rasa blog ni dah jd tabung dosa unt penulis blog dan pembaca jugak. abg nara belajar smpai ke korea eloklah gune ilmu tu ke pekerjaan yg lebih baik. buat apa kaya dgn wang tp dosa bertambah2 sbbkan post2 yg abg nara buat. berapa ribu yg baca. berapa ribu dosa dikumpul.hmmm sekadar pandangan. wsalam

    0

    0
  3. mmuuuii says:

    Abg nara bila nak update crita abby kawen ni?????

    0

    0
  4. BangNarang says:

    Benda la post ni, aku nengok blog ni dh byk benor iklan..post review, pastu artikel copy paste org punya

    0

    0
  5. noni says:

    Abg nara ni blogger tetap ke? Incame dtg dr mane ek?
    Tak tau la…xplain plz….

    0

    0
  6. noni says:

    Slh eja la plak…income

    0

    0