Written by Bella | February 14th, 2017

Sedang hamil enam bulan dan dijangkan bakal menimang cahaya mata lelaki pada bulan Mei depan, pelakon Syatilla Melvin menganggap ia adalah hadiah paling bermakna dan istimewa buat beliau dan suami, Shaheizy Sam.

Bayi di dalam kandungan saya ini merupakan antara hadiah paling istimewa buat saya dan suami. Zuriat inilah tanda cinta kami dan pengikat kasih sayang antara saya dan Sam.

Saya dan Sam selalu berdoa, supaya sentiasa sihat dan kuat untuk menanti kehadiran orang baharu ini. Alhamdulillah, dia (bayi) sangat baik dan faham ibu serta bapanya sibuk dan dia sentiasa menemani saya.

Pada masa yang sama, Sam juga sempat meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang isteri yang penyayang dan bijak dalam menguruskan hal rumah tangga.

Syatilla seorang yang sangat penyayang dan tidak kekok menguruskan rumah tangga. Dia tahu apa yang perlu dilakukan.

Pada masa yang sama juga dia tidak lupa dirinya sebagai isteri dan saya rasa sangat bertuah kerana dianugerahkan seorang isteri yang pandai uruskan rumah tangga.

Pasangan mana yang tidak bahagia dan merasa teruja untuk menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka. Harapnya segala proses bersalin nanti berjalan dengan lancar buat Syatilla.

Sumber Berita : Astro Gempak

14 responses to Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki : Syatilla Melvin Anggap Ia Hadiah Bermakna Buat Beliau Dan Suami

  1. melati says:

    Takder org komen kew…kesian mereka yew..!!

    6

    0
    • minah jambu say no to DRUG says:

      sebagai pompan mesti nak kena pandai uruskn rumah tanga..kemas memasak jahit menjahit itu semua nak kena belajar n itu semua keja pompan ..bis buat happe hantaran ribu2 kalau satu happe pon tk leh buat n pemalas !! buat rugi duit hantaran aje huh !! bagus syatilla semoga anak yg di kandung tu sehat n semoga di murahkn rezeki..

      1

      5
      • Ohyeah.. says:

        Kawan aku lagi bahagia..jahit menjahit, kait mengait, gubahan dan masak memasak semua husband dia buat. Husband dia bukan pak andam tau tapi doctor! Kwn aku cuma kemas umah dan masak bila perlu..

        17

        0
      • matame says:

        ko cari maid ke? bini tugas layan laki jer.. yg lain klo laki suruh baru jd wajib..

        1

        1
  2. rose says:

    ok komen..

    1

    1
  3. kesian punya pasal jom komen says:

    jom komen

    1

    0
  4. intan kembong says:

    senang je diorang ni bgtau jantina kat peminat..bkn mcm lisa n yusry..terlalu berahsia

    9

    0
    • honestly says:

      ye la.,,,psgn tu kan bajet mahal sngt..pdhl retis jer…tanpa fanclub or followers yg duk promote n duk lakukan mereka….takde nilai mereka tu…

      0

      1
  5. Upin Zai says:

    Tahniah. Seronok bila nak bergelar ibu bapa.

    4

    0
  6. aku tetap aku says:

    line seluor dalam nampak aiehh..

    0

    3
  7. Anonymous says:

    Dah berhihab bagus tu, pakaila baju mengangung yg besar cam dulu2 buh kedut atas dada. Org dulu klu bolih nak sorok skrg klu bolih nak bkk tayang pd smua orang. Astaqfirullah al azim.

    5

    1
  8. Larat ke... says:

    alhamdulilah…
    bakal jadi ibu ayah..
    bertambah tanggong jawab yg berat…
    mintak tolong eh….
    jgn setiap 1 jam upload..
    perkembangan anak…
    jgn jadi ibu bapa poyo…
    bangga dgn followers anak..
    dan…jgn pulak
    aksen..jual minyak…
    takleh tunjuk muka anak..
    alasan itu ini…
    ini pun buat org meluat….
    Sederhana…. itu yg terbaik.

    0

    1