Bakal Pengantin Baru? Jom Ke Promosi Kerja Kahwin 2014

Hiburan

Bakal Pengantin Baru? Jom Ke Promosi Kerja Kahwin 2014

Dalam tak sedar, bulan Jun ini masuklah tahun ketiga perkahwinan Abang Nara dengan isteri tercinta. Cepat sungguh masa berlalu. Dengan kehadiran si anak yang comel, hidup kami berdua terasa lebih lengkap. Memang seronok kahwin ini, macam-macam dugaan dan cabaran dapat ditempuh bersama. Tak adalah rasa berseorangan. Sentiasa ada teman di sisi. Paling best ada orang nak digaduh manja. Hehehe.

kerja kahwin 2014

Advertisement

Teringat kenangan masa membuat persediaan untuk majlis perkahwinan kami dulu. Setiap hujung minggu pasti akan pergi ke karnival perkahwinan yang dianjurkan di sekitar Kuala Lumpur. Beria nak cari kad kahwin murah, barang hiasan perkahwinan, jurugambar dan macam-macam lagilah. Memikirkan balik semua itu, memang terasa kepenatannya kalau kita tak tahu apa nak dicari. Jadi khas untuk bakal pengantin pembaca BeautifulNara, Abang Nara nak kongsikan mengenai Promosi Kerja Kahwin 2014 yang sedang berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.sehingga 5 Mei (Isnin ini)

kerja kahwin 2014

Dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia yang merupakan agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Promosi Kerja Kahwin 2014 adalah satu aktiviti tahunan yang mempunyai pakej lengkap kepada semua bakal-bakal pengantin yang mahu menggunakan elemen kraf dalam perkahwinan mereka. Dibuka dari jam 10 pagi sehingga 10 malam, Promosi Kerja Kahwin 2014 yang dianjurkan buat kali ke 9 tahun ini mengetengahkan kepelbagaian penggunaan produk kraf tempatan dalam majlis perkahwinan melalui gabungan idea-idea baru yang dipersembahkan dalam persiapan majlis perkahwinan yang eksklusif dan kontemporari dengan mengekalkan seni budaya warisan Malaysia.

kerja kahwin 2014

Bertemakan ” ‘Kraf & Perkahwinan”, antara yang menarik perhatian Abang Nara di Promosi Kerja Kahwin 2014 ini ialah sesi demonstrasi yang bakal dipertontonkan kepada para tetamu yang hadir. Setiap hari demonstrasi seperti pembuatan produk kraf untuk dijadikan perhiasan (kasut, bekas telur, dulang hantaran dan macam-macam lagilah), masakan kuih tradisional dalam perkahwinan dan juga penghasilkan kotak cenderahati daripada kraf. Memang menarik sangat-sangat. Paling best siap ada kursus pra perkahwinan yang akan dianjurkan pada hari Sabtu dan Ahad ini. Jadi bakal pengantin yang belum hadiri kursus ini bolehlah sambil datang melawat sambil lengkapkan kursus anda.

kerja kahwin 2014

Banyak lagi aktiviti-aktiviti menarik dan khemah-khemah pameran yang pastinya akan membantu bakal pengantin membuat persediaan perkahwinan mereka di Promosi Kerja Kahwin 2014 ini. Malah ada pertandingan yang boleh disertai oleh mereka yang hadir. Mana tahu boleh menang hadiah-hadiah menarik. Kalau Abang Nara tak kahwin lagi, confirm diri ini akan hadir ke Promosi Kerja Kahwin 2014 ini untuk melihat sendiri promosi yang ditawarkan di situ. Jadi buat bakal pengantin, silalah kosongkan jadual anda dan hadirkan diri anda ke sini.

 

 
Untuk maklumat lanjut, layari laman web Kraftangan Malaysia, LIKE Facebook Kraftangan Malaysia dan ikuti mereka di Instagram dan Twitter.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...