Written by Bella | March 28th, 2016

Meskipun belum mengumumkan lagi tarikh perkahwinannya bersama Bella Dally, Nazim mengakui beliau ada rasa sedikit gementar untuk menjadi suami apabila memikirkan tanggungjawab yang bukan mudah untuk dilaksanakan.

Walaubagaimanapun, Nazim berazam untuk menjadi seorang suami terbaik buat Bella.

Untuk dikatakan saya sudah bersedia sepenuhnya, tidak juga. Tetapi apabila sudah empat tahun mengenali hati Bella, saya dapat merasai dia insan yang terbaik untuk saya. Keputusan untuk berkahwin bermakna saya sudah bersedia melangkah ke fasa baharu kehidupan.

Saya berusaha untuk menjadi suami yang terbaik dan bertanggungjawab. Tugas sebagai suami bukannya mudah kerana menjadi ketua dalam rumah tangga, memerlukan kekuatan mental dan fizikal.

Pada masa yang sama, Nazim berharap peminat akan bersabar kerana satu hari nanti beliau akan memberitahu tarikh sebenar pernikahan beliau. Nazim dan Bella masing-masing  sebenarnya mahukan majlis yang ringkas sahaja tetapi atas permintaan keluarga mereka akur untuk  mengadakan majlis perkahwinan yang lebih meriah sedikit.

Perkahwinan adalah perkara yang besar, tidak mungkin kami akan rahsiakan daripada pengetahuan media dan peminat. Apabila sampai masanya nanti, kami akan mengumumkannya. Insya-Allah dalam masa terdekat ini, ia tidak lagi menjadi rahsia kepada semua.

Setiap orang akan merasa gementar apabila bakal menempuhi alam perkahwinan, apa-apa pun kami doakan yang terbaik buat Nazim Othman dan Bella Dally. Semoga segala persiapan berjalan dengan lancar, tidak sabar rasanya hendak melihat pasangan ini bersanding di atas pelamin.

Sumber Berita : Bipop Berita Harian

14 responses to Bakal Bergelar Suami Tidak Lama Lagi : Nazim Othman Akui Gementar

  1. lily says:

    bosannya dengar cerita pasal artis nak kawin rasa gementar apa semua. lepastu esok keluar cerita “bella juga rasa gementar” lepastu lusa pulak cerita pasal mak bapak dorang pulak yang gementar. lepastu apa lagi? useless issue. cuba la cerita pasal artis yang ada good product. ada benda yang dia contribute dekat art industry. stop la cerita pasal nazim othman gementar apa jadah semua ni. useless.

    0

    0
    • hahakhakk says:

      Hahaha… Lawak la statement ko lily. Tp ada betul jugak apa yg ko ckp. Mcm post atita haris dan nas t sblm2 ni, hahahahahah

      0

      0
      • lily says:

        lepastu nanti tok kadi pulak rasa gementar. nak kawin kawin je la. nak kecoh satu dunia tu buat apa. product yang dia ada takde yg outstanding lagipun. setakat cerita pasal kawin kawin kawin wont contribute anything to art industry pun.

        0

        0
        • Really??? says:

          Lancaulah gementar…. Kau gi tengok cerita BLUE banyak-banyak…hilang rasa acah-acah “gementar” tu…. !!!

          0

          0
      • Gementar Tulang Sulbiku says:

        Lepas ni x payahla dok post citer berulang2 yg sama ye bella… Bosan kot. Ramai lagi artis dalam malaysia ni. Come on. Go. Buat homework

        0

        0
    • nana says:

      hahaha tul la lily, pastu mesti ada lak tulis kucing saya gementar terima bakal isteri. haha.. lawak lawak

      0

      0
      • lily says:

        hahahah kan, lepastu makcik sedara sebelah mak dia pulak rasa gementar, ayam itik lembu dekat kampung pun rasa gementar. uselessss issue. nazim ni apa je product yang remarkable yang dia pernah ada? film? drama? apa je dia ada?

        0

        0
    • Anonymous says:

      hahahahahahha betul

      0

      0
  2. Chillex says:

    Famous sgt ke dia ni?
    Gaya acah acah je lebih.
    Tunjuk romantik bla bla bla.

    0

    0
    • minah jambu terlajak habis says:

      tk pames sangat la dua ekor ni.. tapi nampak dua2 ni macm baik2 semoga bahgia..

      0

      0
  3. Zahrah says:

    Why can’t we jst write nice comments and be happy for other people!!!

    0

    0
  4. nina says:

    gay

    0

    0
  5. mrs pip says:

    be happy to both of you.

    0

    0
  6. mak limah says:

    bella ni manis org nye. but nazim is prettier than her.
    sgt jambu.

    0

    0