Written by AbangNara | July 14th, 2014

Hebat sungguh Malaysia ini. Ingatkan hanya CD cetak rompak dijual di pasaran, rupa-rupanya baju Melayu cetak rompak pun ada. Yang jadi mangsa ialah Aaron Aziz yang bekerjasama dengan Jakel untuk menghasilkan “baju Melayu Aaron Aziz”. Pasti  “baju Melayu Aaron Aziz”.ini rekaannya amat unik, menarik dan menyerlahkan kemachoan si pemakainya sehingga ada orang yang mahu mencetak rompaknya.

baju melayu aaron aziz

Biasalah kalau dah femes mesti semua benda yang berkaitan dengan diri anda akan ditiru. Kalau anda seluar dalam Aaron Aziz pun confirm kena cetak rompak punya. Kalau Abang Nara jadi Aaron pun pasti sedih. Iyerlah, baju cetak rompak itu sedikit sebanyak akan merendahkan jualan baju asli. Kuranglah keuntungan yang boleh diperolehi. Kata Aaron:-

Saya kesal apabila mendapat tahu ada Baju Melayu jenama Aaron dikeluarkan oleh pihak lain yang cuba mengambil kesempatan pada musim perayaan ini.

Saya ada lihat mereka menggunakan nama ‘Aaron Jakel’ atau ‘Zizan Jakel’ dan menjualnya dengan harga yang sangat murah dan tidak berkualti.

Mereka mengambil kesempatan terhadap usaha orang lain, saya dan tenaga kerja yang lain bersusah payah untuk menjenamakan produk ini, sebaliknya mereka dengan mudah mengaut keuntungan.

baju melayu aaron aziz

Secara jujur, Abang Nara cari juga apa keunikan “baju Melayu Aaron Aziz” ini. Selain daripada sampinnya yang agak menarik, tak nampak pulak ciri-ciri unik yang membezakan dengan rekaan baju Melayu biasa. Mungkin kena beli satu dulu dan pakai untuk rasa sendiri. Entah-entah bila pakai badan terasa ‘tough’ macam Aaron kot. Hehehe. Apa pun, sabarlah Aaron Aziz. Abang Nara yakin peminat setia pasti akan beli yang ‘original’ sebagai tanda sokongan kepada anda. Info asal Mstar Online.

P.S: Korea Utara umum mara ke final World Cup 2014

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

25 responses to Baju Melayu Dicetak Rompak, Aaron Aziz Kesal

  1. sue says:

    senang cerita. nak original beli kat Jakel lah. saya pun ada beli kat Jakel last year. jahitannya memang bagus. kain pun ok. cuma jangan expect perfect kat badan anda. mungkin kena alter panjang seluar je. yang meniru tu, baik letak nama sendir.pandai2 lah carik nama yang komersial sikit. belajar lah ilmu pemasaran. Jangan jadi pemalas.

    0

    0
    • Baby AA says:

      jangan sibuk shopping je. zakat fitrah jangan lupa bayar…

      0

      0
      • K.A.A says:

        biasa la tu bisnes.. mmg byk risiko nye… mereka yg suka meniru tu mmg kurang idea atau malas nak pikir idea baru atau juga mereka ingin menjual kepada yg kurang mampu membeli barangkali… jgn la cpt melatah en aaron…

        0

        0
    • Olga says:

      Raya 7 hari 7 malam…. tapi puasa cukup ke bang ?

      0

      0
  2. Mahathir Mohamad says:

    Hey hey Mat Harun Aziz bin Mat Harun Mustapha, bertabahlah!

    0

    0
  3. baju raya says:

    Maaf walaupun saya kerja pegawai… gaji tetap xmampu beli baju ini. Saya beli yang murah- murah sahaja untuk keluarga..harga baju kamu dalam rm300 boleh beli baju saya dan pasangan dah…urm…

    0

    0
  4. Anuar says:

    Tahun lepas saya membeli 2 pasang Baju Aaron Aziz dekat Jakel Shah Alam, pada harga RM65 sahaja.. memang murah.. Dahlah dapat dua pasang baju, siap dapat Percuma Butang baju Melayu lagi…

    0

    0
  5. Melati says:

    Aroon Aziz..saya tahu lah awak byk peminat…tapi jgn lah ambil kesempatan plak kater Baju Melayu ko Di Cetak Rompak..saya faham awak diarah kan oleh Jakeel tu…di Bulan baik ni tak baik bohong yaaa Aron….ckp kat majikan awak tu…Baju Melayu tu nya POLO ker VERSACE ker…baju Melayu just pinjam nama ko jer…hehe…pesan kat majikan Aron kalau buat Baju Kurung jenama Aron mungkin byk org beli kot..

    0

    0
  6. Melati says:

    Aroon Aziz..saya tahu lah awak byk peminat…tapi jgn lah ambil kesempatan plak kater Baju Melayu ko Di Cetak Rompak..saya faham awak diarah kan oleh Jakeel tu…di Bulan baik ni tak baik bohong yaaa Aron….ckp kat majikan awak tu…Baju Melayu tu bukan nya POLO ker VERSACE ker…baju Melayu just pinjam nama ko jer…hehe…pesan kat majikan Aron kalau buat Baju Kurung jenama Aron mungkin byk org beli kot..

    0

    0
  7. nok gebuzzz says:

    haritu i ada pegi jackel,ingat nak beli sepasang baju melayu harga RM89,tapi i belum beli lagi n servey lagi kat pasific…dapat potongan 50% RM64.50 ada brand lagi…fabric pon ok….

    0

    0
  8. adik says:

    xde beza pn ngn baju melayu lain..cmne tau cetak rompak

    0

    0
  9. Habibah says:

    Eh baju melayu hak dia ke ???
    Tak de la spesel sangat baju Haron azjes ni. Nyampah la retis da kaya raya nk sibuk niaga time raya .
    Patutnya kasi la peluang utk org2 biasa utk cari rezki.
    Tamak jgk Retis yg da kaya raya ni .
    Puihhhb

    0

    0
  10. cimcim says:

    Ni guna nama bkn cetak rompak. Cetak rompak tu tiru produk. Baju melayu ni aaron aziz yg reka. Xtau pulak. Baju melayu dulu ke aaron aziz dulu?

    0

    0
  11. Anita SARgery says:

    mana kedai yg copy baju aron ajis tu?

    0

    0
  12. Anonymous says:

    totally agree dengan pendapat Abg Nara..kat mana yang speselnya bj melayu Aaron Aziz??sm je design dgn design bj melayu lain..lainla klu mcm jubah hitam merah yg Nabil pki dlm meletop tu..first time tgk design yang meletopss mcm tu..lain dr yg lain..

    0

    0
  13. Joyah Bandar says:

    Baju Melayu Haron Ajis? Mahal. Baik beli baju murah-murah je. Baju Melayu tetap baju Melayu. Sama je dik oi.

    0

    0
  14. Anonymous says:

    baju melayu budak kecik kt jusco 129.00
    bapak mahal

    0

    0
  15. hmm says:

    Sejak bila baju melayu jadi hak milik arun aziz? Baju melayu dah berzaman dah org pakai… setakat cop nama hang aje kat baju tu dah kata hang punya.. macam nama hang unik hanya satu dlm dunia.. cheh

    0

    0
  16. lalala says:

    ape yang aku paham dia bkn cetak rompak design baju, tapi brand tu. contoh pegi pasar malam ade jual baju melayu jakel aaron ni. cenggitu la

    0

    0
  17. Bila dah ada branding best biase la semua org nk pkai, org berniaga nk cepat untung amik la brand tu bubuh kat baju buatan mereka. Sabor je la..

    0

    0
  18. ikan says:

    bukan ke dari last year dah ade bju melayu cap haron aziz ni? ape kelas pakai baju paten last year..

    0

    0
  19. Anonymous says:

    Puhlease. baju melayu cekak musang nama dia. sedap kau je bagi nama baju melayu aaron aziz ye encik aaron ajis. keeee kat singapore tak pernah ada orang buat baju melayu cekak musang? ke sebab kedudukan poket? alooo inche aaron ajis, sebelum kau jejak tanah malaysia ni dah ade orang yg buat poket atas sebab nak isi duit raya senang. choiii!

    0

    0