Baju AME 2017 Dikecam Netizen : Ini Penjelasan Neelofa

Hiburan

Baju AME 2017 Dikecam Netizen : Ini Penjelasan Neelofa

Tentu ada yang masih ingat tentang isu pakaian ala-ala Power Rangers Neelofa yang mendapat perhatian ramai di AME sebelum ini.  Tahun ini, gaya beliau pada malam AME sekali lagi menjadi bualan ramai yang seakan keliru dengan busana yang dipakai oleh Neelofa. Ada yang mengatakan padanan T-Shirt dan skirt labuh tampak agak pelik.

Advertisement

Menurut Neelofa, baju rekaan Fizi Woo yang bertemakan young and chic merupakan idea serta kemahuan beliau sendiri dan ia diinspirasikan dari koleksi Dior’s Feminist Spring 2017.

Ketika saya menghadiri salah satu pertunjukan fesyen di Paris, ini adalah antara koleksi dari Dior. Saya memang sukakan baju ini kerana ia menepati apa yang saya mahukan.

Saya tahu gabungan casual and glam belum ada yang buat sebab kita sudah biasa dihidangkan dengan busana yang lip lap (berkilauan) dan glamour. Jadi saya gayakan sesuatu yang unexpected dan saya terima apa sahaja orang komen. Apa yang penting, saya suka dan saya happy.

Pereka fesyen, Fizi Woo juga menjelaskan busana tersebut juga  diinspirasikan elemen bunga ros dan bahan daripada kain Crenoline yang biasa digunakan oleh jenama terkenal Vera Wang dan Elie Saab International.

Pada pendapat kami, walaupun ia kelihatan agak pelik tetapi ia tetap mempunyai gaya tersendiri sehingga mampu menarik perhatian ramai. Apa-apa pun, Neelofa juga tidak kisah jika ia dikritik asalkan beliau berpuas hati dan gembira dengan fesyen tersebut.

Sumber Berita : Media Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...