Written by AbangNara | November 20th, 2014

Sedihnya Abang Nara membaca kisah Azza Elite ini. Memang besar sungguh dugaan yang menimpa dirinya. Mana tidaknya, impian setiap wanita adalah untuk menjadi seorang ibu. Namun kerana kehamilan keduanya berada di luar rahim, tiub fallopio bahagian kiri rahim Azza Elite terpaksa dibuang sekaligus menyukarkan dirinya untuk hamil lagi pada Disember tahun lalu.

azza elite buang tiup fallopio

Malah Azza Elite turut mendedahkan yang dirinya telah mengalami keguguran sebanyak 3 kali. Keguguran pertama adalah pada 2012 selepas beberapa bulan berkahwin dengan suaminya, Azlan Zulaily dan kali kedua pada Januari 2013 selepas proses pembuangan tiup fallopio tersebut. Kali ketiga keguguran berlaku selepas disahkan hamil pada Disember 2013. Kata Azza Elite:-

Ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya saya kerana doktor mengesahkan saya sukar untuk hamil kerana hanya mempunyai satu tiub fallopio sahaja. Biarpun redha dengan kejadian itu namun saya tidak pernah patah semangat kerana yakin suatu hari nanti Allah akan memberikan rezeki anak kepada saya dan suami.

Kehamilan ketiga itu adalah bukti kuasa Allah lebih daripada segalanya dan membuatkan saya bertambah yakin bahawa saya akan hamil lagi selepas ini.

Sebelum ini saya murung dengan kejadian tersebut tetapi apabila difikirkan kembali ada hikmah disebaliknya mengapa saya masih belum diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata.

Alhamdulillah suami dan rakan-rakan banyak memberi dorongan dan saya terbuka apabila ditanya mengenai perkara ini kerana saya tahu bukan saya seorang mengalami nasib sama dan cerita saya dapat memberi inspirasi kepada wanita lain juga untuk tidak berputus asa

azza elite buang tiup fallopio

Semoga Azza Elite dan suami tabah dengan ujian yang amat hebat ini. Bukan calang-calang orang boleh menempuh dugaan sebegini. Hanya mereka yang terpilih sahaja diuji sebegini rupa. Abang Nara pasti ramai wanita di luar sana yang mengalami nasib serupa dengan Azza Elite. Semoga anda semua terus tabah. Insya Allah ada rezeki pasti akan dikurniakan cahaya mata. Teruskan berdoa. Sumber Mstar Online.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

19 responses to Azza Elite Buang Tiub Fallopio, Sukar Untuk Hamil

  1. Baby AA says:

    semuanya kuasa allah…semoga tabah dgn dugaaan hidup.

    0

    0
    • KAMARIAH says:

      semoga tabah mengharungi ujian dari Allah kerana dia tahu ape yg terbaik buat hambanya inshaAllah…

      #teringat kawan baik saya yang tiub fallopio telah dibuang kedua2nya…

      0

      0
  2. jemah pkasam says:

    manisnya senyumanmu..

    0

    0
  3. […] Malah Azza Elite turut mendedahkan yang dirinya telah mengalami keguguran sebanyak 3 kali. Keguguran pertama adalah pada 2012 selepas beberapa bulan berkahwin dengan suaminya, Azlan Zulaily dan kali kedua pada Januari 2013 selepas proses pembuangan tiup fallopio tersebut. Kali ketiga keguguran berlaku selepas disahkan hamil pada Disember 2013. Kata …read more […]

    0

    0
  4. ratu malaya says:

    UKE kata jgn bersedih…Allah uji x ada anak, kita x ada dosa salah didik anak…redha, pasti Allah nak berikan yg lebih baik… La tahzan… :-)

    0

    0
  5. aida radzin says:

    Nara…Ko suka kan cedok cerita dari blog hiburan lain…Cer ko cari sndiri berita2 ni…Bangang.

    0

    0
  6. Anonymous says:

    knapa tk cube biodex..kn rmai wnita yg ada mslh mcm dye brjya wlu 1 jerr..

    0

    0
  7. minah jambu sentiasa merah biru says:

    kate dh bertudonggggg doa aje la pada yg maha esa agar cepat dapat babyyyy..Allah yg maha mengetahui segala nye…jangan merengek n jangan merongok ..harap sabar menanti pasti akan di kurnia kan..aminn..

    0

    0
  8. bibibi says:

    Semuanya kuasa Allah. Saya pun satu tube dibuang. Tapi Alhamdulilliah, dpt 2 anak lepas tuh.

    Insyaallah, ada tuh rezeki akak!

    0

    0
  9. Anggap lah saya seorang kakak kamu says:

    Azza, pengalaman kakak di usia perkahwinan selama 15 tahun kami hanya dikurniakan seorang anak sahaja dan pada masa itu anak kakak telah menjangkau usia 12 tahun… kami tidak pernah merancang namun berdoa dan berharap akan dikurnia anak lebih lagi… setelah itu kakak disah mengidap fabriod dan 1 tiub fallopio terpaksa dibuang… selepas pembedahan itu… dengan rahmat dan kurnia dari yang Maha Esa kami sekeluarga mendapat berita gembira kakak hamil anak ke 2… oleh itu kakak harap Azza & suami kuat kan semangat, berusaha dan berikhtiar, berdoa dan jgn pernah berputus-asa…insyallah Allah pasti dengar rintihan hamba nya… Insyallah…

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Kita serupa azza…saya juga mngalami msalah yg serupa dan d sahkn tak boleh mngandung…sedih memang sedih tpi nk buat mcm mna…hanya Allah sja yg Maha Mengetahui… :'(

    0

    0