Azwan Kombos Dan Ezzaty Abdullah Tidak Mahu Bertunang, Nikah Terus Selepas Aidilfitri

Hiburan

Azwan Kombos Dan Ezzaty Abdullah Tidak Mahu Bertunang, Nikah Terus Selepas Aidilfitri

Mencintai antara satu sama lain dan cukup serius dalam perhubungan yang terjalin, pelakon drama Mak Cun 2,Azwan Kombos dan kekasihnya Ezzaty Abdullah kini sedang rancak membuat persiapan perkahwinan.

Pasangan ini khabarnya tidak mahu mengikat tali pertunangan dan terus nikah selepas Aidilfitri.

Advertisement

Buat Azwan, beliau yang telah mengadakan majlis merisik pada bulan Mac lepas di kampung halaman Ezzaty yang terletak di Bentong, sudah dianggap sebagai tanda mereka bertunang.

Apabila menyerahkan cincin, rasanya orang sudah faham yang kami mempunyai perancangan untuk bernikah. Jadi bertunang itu bukanlah satu kemestian, lagi pun hanya mengikut adat.

Begitupun, kalau hendak dinilai kembali, zaman sekarang kalau kita menyerahkan cincin kepada kekasih hati, ia bermakna pasangan itu sudah bertunang.

Tambah pula kalau hendak diikutkan, kalau kami bertunang sekali pun ia tidak manis kalau diheboh-hebohkan. Jadi pada saya dan Ezzaty, ada baiknya kami terus saja dengan majlis pernikahan.

Majlis pernikahan dan resepsi  akan diadakan di Bentong atas permintaan bapa Ezzaty sendiri yang mahu ia diadakan di kediaman mereka.

Mengakui mungkin akan berbelanja lebih sedikit bagi pakaian pengantin dan pelamin, Azwan dan Ezzaty bagaimanapun tidak mahu mengadakan majlis yang besar-besaran serta mendahulukan perkara yang wajib.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...