Azwan Ali Kongsi Kepayahan Kumpulan Zero Sebelum Bergelar Juara MLM

Hiburan

Azwan Ali Kongsi Kepayahan Kumpulan Zero Sebelum Bergelar Juara MLM

Kumpulan pelawak Zero merupakan kumpulan underdog yang ramai pada awalnya tidak menjangka mereka akan memiliki takhta Maharaja Lawak  Mega 2014(MLM 2014).

Walaubagaimanapun, selebriti penuh kontroversi Azwan Ali dari awal telah meramal dan mempercayai bahawa Zero bakal menjadi juara. Mengapa beliau katakan begitu? Ini kerana beliau sendiri melihat kesusahan dan usaha mereka 3 beradik untuk mendapat tempat di industri hiburan tanah air.

Kumpulan Zero juga sering mendapatkan pandangan daripada Azwan Ali tentang mencari peluang dalam dunia hiburan dan mendengar kata-kata semangat daripada selebriti tersebut.

Advertisement

Mereka memang merangkak untuk cari rezeki dan untuk survived. Seringkali mereka mengadu dengan saya pelbagai perkara terutama bagaimana untuk mencari peluang di dalam industri ini.

Saya sering memdengar luahan mereka dan pada waktu yang sama turut sama membantu membakar semangat mereka untuk berjuang.

Buat Azwan Ali, kemenangan kumpulan Zero adalah satu pengajaran buat pelawak lain yang sering berbangga dengan populariti dan merasa diri mereka hebat kerana mempunyai peminat yang ramai dan membuat lawak hanya ala kadar sahaja.

Tidak dapat dinafikan lagi, kemenangan kumpulan Zero tidak dijangka sama sekali. Walaubagaimanapun, kita boleh lihat ketulusan mereka apabila membuat lawak meskipun belum mempunyai populariti berbanding pelawak-pelawak lain di gelanggang MLM 2014. Buat Zero ingatlah asal usul anda walau dimana anda berada.

Sumber Berita: murai.com.my

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...