Azrel Ismail Tepis Dakwaan Bersikap Sombong Dan Poyo

Hiburan

Azrel Ismail Tepis Dakwaan Bersikap Sombong Dan Poyo

Azrel Ismail kini menjadi bualan ramai apabila mula memikat penonton menerusi lakonan beliau sebagai DR Haris dalam dalam drama bersiri Syurga Nur yang ditayangkan beberapa bulan lepas.

Advertisement

Sudah semakin popular, ada pihak yang mengatakan Azrel kini sudah mula bersikap sombong serta poyo.  Tidak cepat melatah dengan dakwaan tersebut, Azrel menganggap pihak yang menuduhnya sebegitu tidak mengenali dirinya dengan baik.

Saya bukan begitu! Saya tak tahu macam mana boleh timbul isu mengatakan saya sombong dan poyo. Sejujurnya, saya cuba layan semuanya sebaik mungkin.  Mereka ini mungkin belum mengenali saya secara langsung. Kalau mereka dah kenal saya, mereka akan tahu saya seorang yang sangat sempoi dan happy go lucky. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta kan.

Buat Azrel, segala gosip dan kontroversi adalah satu lumrah kehidupan apabila sudah bergelar artis. Namun, beliau tidak mahu terlalu tertekan memikirkan perkara berkenaan kerana sedar tidak dapat memuaskan hati semua orang.

Sebolehnya saya tak nak beri tekanan pada diri dengan hal-hal remeh sebegini. Bagi saya orang luar boleh kata apa sahaja yang mereka mahu.

Mungkin muka saya kat luar nampak macam poyo, tapi hakikat sebenarnya saya bukan begitu. Saya anggap ini sebagai lumrah seorang anak seni. Dalam hidup ini, kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. Itu asam garam dalam kehidupan.

Bila sudah dilanda kontroversi dan gosip ia sedikit sebanyak memberikan gambaran bahawa seseorang artis itu sudah mula menjadi perhatian.  Bukan mudah nak bergelar anak seni kalau tidak tabah dengan segala macam dugaan dan dakwaan tidak berasas.

Sumber Berita: Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...