Written by Bella | May 1st, 2017

Bakal berdepan saman RM 1.5 juta gara-gara didakwa melanggar kontrak perjanjian dan membuatkan produksi drama Yes Sir Nak Pergi Mana iaitu JNI Creative Sdn Bhd mengalami kerugian, pelakon Azrel Ismail nampaknya enggan berdiam diri dan tampil mempertahankan dirinya.

Azrel pada awalnya sudah pun memberitahu jadual beliau agak padat namun pihak JNI Creative tetap ingin beliau berlakon di dalam drama tersebut.  Sebenarnya, drama tersebut tidak boleh disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan kerana pihak produksi sering menukar kru penggambaran.

Sejak awal lagi, saya sudah memaklumkan kepada pihak produksi mengenai jadul kerana saya mempunyai komitmen lain. Saya juga ada bukti mengenai perkara itu.. Mengapa baru sekarang perkara ini ditimbulkan? Secara jujur, kami semua tidak sempat menyiapkan penggambaran 13 episod seperti yang didakwa. Ada beberapa episod yang belum siap sepenuhnya disebabkan jadual penggambaran kucar-kacir apabla produksi kerap menukar kru penggambaran.

Azrel juga menjelaskan beliau bukan mendesak pihak produksi untuk menjelaskan baki bayaran tetapi hanya mahu mendapatkan kepastian.

Memang dalam kontrak ada menyatakan bayaran kedua diterima selepas tamat penggambaran 15 episod. Tetapi dalam hal ini, mereka seperti melengah-lengahkan proses penggambaran. Selepas dua bulan, tidak nampak langsung bayangan 15 episod drama ini akan siap. Jadi, tidak salah rasanya kalau saya bertanya soal bayaran kerana saya tidak pernah melalui situasi begini dengan mana-mana produksi sebelum ini.

Harapnya perkara ini masih dapat dibincangkan secara baik. Mungkin ada salah faham yang berlaku dan adalah lebih baik sekiranya pelakon dan produksi bertemu empat mata untuk menyelesaikan segala kemelut yang berlaku.

Sumber Berita : Berita Harian

[jetpack-related-posts]

9 responses to Azrel Ismail Nafi Langgar Kontrak Dan Tidak Berdisiplin

  1. Anonymous says:

    Handsomenya…

    5

    0
    • Anonymous says:

      Handsome…2 x ganda handsome dr Fattah, 5 x ganda handsome dr laki Anzalna, 10 x ganda dr Zizang!!!

      8

      0
      • Kru Produksi says:

        Production house pun bukan betul sgt.. byk boss2 janji x betul. Payment je hishh..selalu lambat. Paham sangat …pengurusan timetable pula kucar kacir. Nasib ko lah bro. Nk lawan susah sbb ko dah sign. Kena terima je lah..

        7

        0
  2. Penonton says:

    Syok tengok lakonan dia dlm ‘Tauke Cucu Beras’ dgn Zahirah McWilson TV3. Sayangnya hanya Jumaat- Ahad jer! Hari lain pkl 7pm cerita bodoh lakonan Gambit jd pilot tu. Eee…bosan x kena langsung. Tolong lah buang cerita tu.

    13

    0
  3. Sajat says:

    Taste I mak nyah

    0

    2
  4. Anonymous says:

    Ha…pelakon2 baru x kayu mcm ni lah yg patut diketengahkan bukan keras kejung mcm si Pattah tu. Suruh dia berhenti jual buku je..

    11

    1
  5. Anonymous says:

    cucu tauke beras…hehehhehe ..suke betul dia mnyakat sepupu nya si Eisya tuh…citer best..

    0

    0

Leave a Comment

Optional