Written by Bella | April 28th, 2017

Pelakon Azrel Ismail dan Risteena Munim bakal disaman RM 1.5 juta selepas didakwa melanggar kontrak perjanjian menerusi drama Yes Sir Nak Pergi Mana. Peguam yang mewakili pihak produksi, JNI Creative Sdn Bhd iaitu Mohd. Fadly Hashim berkata, kedua-dua pelakon tersebut diberikan tempoh masa selama 14 hari untuk berbincang dengan pihak produksi berkaitan permasalahan ini.

Notis saman itu adalah bertujuan untuk menuntut jumlah yang diberikan kepada pelakon sewaktu awal pengambaran, jumlah yang dibelanjakan produksi dan keuntungan di masa hadapan yang melibatkan pihak ketiga. Azrel dan Risteena juga didakwa mengeluarkan kenyataan tidak benar kepada pihak media bahawa pihak produksi enggan membayar baki bayaran mereka.

Mereka meminta lebihan bayaran sedangkan sudah tertulis dalam kontrak bila pembayaran akan dilakukan. Kedua-duanya ada berhubung dengan syarikat untuk meminta bayaran awal dan pihak produksi bersetuju tetapi beberapa hari kemudian mereka mengeluarkan kenyataan produksi tidak mahu membayar.

Jumlah bayaran di dalam kontrak menurut Mohd. Fadly adalah sebanyak 30% ketika bermula penggambaran, 20% selepas selesai episod ke-15, 35% selepas episod ke-30 dan selebihnya, 15% selepas sesi promosi drama.

Terdahulu, Azrel membuat laporan polis bersama-sama beberapa pelakon dan kru produksi di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, Selangor untuk menuntut sebahagian gaji dari syarikat produksi JNI Creative Sdn Bhd yang belum dilunaskan.

Wakil JNI Creative, Muhibbudin Ahmad berkata, pihak penerbit agak terkilan dengan apa yang sudah berlaku. Walaubagaimanapun, pihak mereka masih ingin berbincang dengan Azrel dan Risteena mengenai isu berkenaan.

Sumber Berita Dan Foto : Utusan Online 

53 responses to Azrel Ismail Dan Risteena Munim Disaman RM 1.5 Juta

  1. Anonymous says:

    X habis2 menyaman…berkelahi. Pagi pagi cer bukak radio bahasa Inggeris. Penuh dgn info kesihatan dll yg bermanfaat. Cuba bukak radio cakap melayu popular. Semua lawak sampah dan tak da info. Bagaimana kita mendidik otak kita dan anak anak dipermulaan hari pada hari ini?

    93

    0
    • Anonymous says:

      Azrel ni hot…nampak lebih jantan dari Patah Amin.

      18

      0
    • Anonymous says:

      i voted azrel ni utk calon pelakon drama abpbh….lakonan dia lebih natural. boleh ganti sharnaaz dan rosyam noor.

      12

      0
    • Hajjah Ramlah Mat Dom says:

      akak suka hero2 malaya yg kemas, kulit tanned..berkumis rapi. tergugat iman kewanitaan ku…

      8

      2
    • Kiah HD says:

      azrel.. jantan melayu yg kacak!

      9

      0
    • Anonymous says:

      btol..tepat sekali

      3

      0
    • jun says:

      betul..dah berdekad-dekad tak buka radio bahasa melayu..sori bukan mengada tetapi takda apa kebaikan diperolehi selain dengar ketawa berderet-deret sebab lawak bodo

      6

      0
    • Felami says:

      Sama dgn citer melayu, program bodoh2 channel melayu. Mmg takde bende yg boleh membina otak. Tak habis pompuan tudung bcinta dgn anak tan sri or lawak bodoh. Patut la ramai gen skrg tak leh maju

      6

      1
    • minah jambu suka sahara yaakop says:

      jambu nye ini pompan….

      0

      0
    • Ckp kosong says:

      Mmg x dinafikan kebanyakan radio bahasa melayu hanya sembang kosong yg x beri manafaat. Lawak2 bodoh yg aku rasa sesuai utk org yg malas berfikir. Bila dgr bukan masalah menghiburkn tapi makin stress.
      radio bernama ok…ada hiburan & ilmiah & dj sentiasa cuba jaga etika kewartawanan.
      Kalau nk ilmu lebih sesekali radio ikim pun boleh.

      2

      0
    • joshua says:

      anon…9.38….ko nilah sekor melayu yg suka menjatuh, merendah2kan & memburuk2kan bangsa sendiri. Puuii….menyampah. Aku tak pernah dengar radio pun, melayu ke english ke, tapi takde lak nak kondem bangsa sendiri mcm ko. Ko rase diri ko dah bagus ke. Aku pun grad overseas & duk overseas 10 thn tapi takde lah nak menghina ape2 psl melayu/malaysia ..Berlagak….
      Saman menyaman ni bkn budaya melayu je, kalau dah terer sngt, tak baca ke daily mail, ramai jer yg suka menyaman.. Katak bwh tempurung tak sedar diri..

      1

      0
  2. Anonymous says:

    kesian..baru je nak naik. kokya pun bawak la berbincang. sikit2 nk saman. dah xde budi bicara org2 kita skrg. masing2 bengis gila….

    8

    0
    • minah jambu suka sahara yaakop says:

      kalau tk main saman nanti pelakon2 semua besar kepalaaaaaaa..! tk suka atau mintak tk dapat aje tknak berlakon ! dorang nak batalkn kontrek ! jadi ada Nye saman menyaman ni pelakon boleh berfikir sebelom timbolkn soal batal kontrek ok !!!

      0

      1
  3. Anonymous says:

    wow saman sekarang ni berjuta2 ya?

    4

    0
  4. Anonymous says:

    musim retis saman menyaman….

    4

    0
  5. Anonymous says:

    i agree ..azrel ni patut diketengahkan rupa pon ada..lakonan x kayu.

    6

    0
  6. melati says:

    Tgh Kompius ni..!! tk boleh komen aper2 … Heran2 sanggup Pompuan tu kawin dgn Org Hutan (Hafiz Hamidon hidung kembang) ..dunia di akhir Zaman dh….hmmmm

    0

    13
  7. Anonymous says:

    lakonan bersahaja…boleh naik budak ni.
    yg pompuan tu aku x kenal..

    4

    1
    • Anonymous says:

      Perempuan tu kakak kpd Ruhainies. Dulu pernah berlakon dgn fattah amin. Kurus melengkung fattah masa tu. Tajuk drama pun mengarut2 ntah aku x ingat sbb x layan sgt drama tv3 yg pkl 7.00 pm tu.

      4

      0
      • Anonymous says:

        suamiku playboy ke??time tu si patah x femes lg…kahkahkah…kesian..tgk die berlakon dl pn kelakar…cam jambu…x sesuai langsung….jd hot sejak berlakon suri hati pilot…pastu sendu sjkp..

        5

        0
  8. Anonymous says:

    azrel tengah popular skrang #cucutaukeberas & #mokcun3

    4

    0
  9. wekkkkkkk says:

    slalunya yg myaman tu btul la, diorg kuarkan prblnjaan dulu utk memulakan sesuatu projek. Tak kira lh projek apa, projek belum di mulakan..wang dh byk di keluarkan, jadi si pelakon kena lh fhm dgn kontrak yg dh di tandatangani. Mmng patut saman 2 ekor ni.

    1

    3
  10. Anonymous says:

    azrel ni muke not bad laaa…hensem skit laa dr patah seribu tuh ala2 cam remy ishak..berlakon pn ok..x kayu dan x poyo cam patah…tp bl tgk lme2 rs cam muak pulak..hahaha…maybe sbb tu ruhainis rejek kot…setakat tuk jd kan sbg spare blh laa..

    1

    2
  11. Zaiton says:

    Ingat baca komen kat atas bila tengok drama dia belakon biasa2 jer tak ada specialnya muka mamak

    4

    2
  12. nok gebuzzz says:

    muka risteena dah cantik skrang…makin bersih,kulit makin cantik..pakai ape ye.

    4

    0
  13. ris says:

    ristina pakai 360

    8

    0
  14. Jenab says:

    korang ni kejap je dah lupa yek? nk ketengahkan artis cm azrel?? lupa ke kes threesome dia? please la artis cmni kontrovesi je lebihhh

    1

    14
  15. ohyeah.. says:

    hey jenab..ko salah org lah! bukan azrel kes 3some. mcm mana ko nk mintak maaf kt azrel?

    8

    0
  16. ketom says:

    harap x sombong la bila dah pemes…jgn jadi mcm sharnaaz..
    terhegeh-hegeh.

    8

    0
  17. Jenab says:

    maap ler yek , muka lebih kureng .. jgn bash jenab uhukkkkkk

    7

    -1
  18. aaakulahhh says:

    lawak aku tgk korang dok puji mamat ni belakon bagus ke rileks ke apa..
    ko x tau yg berapa ramai pengarah n pelakon otai dok stress keje ngan mamat ni..
    belakon KAYU …utk satu scene pn brapa take kene ambik…harapkan muke jek..

    1

    1
  19. Anti Pelakon Kayu says:

    Drp si Patah ..baik la mamat ni. Patah layak jadi pengacara Nona dgn Lopah!

    2

    1
  20. Zaiton says:

    oii sapa pakai nama aku iya..tuh kan semua plakon lelaki masa ni spesis2 muka mamak smpai jenab pun kompius..laku lak muka mamak2 ni

    2

    0
  21. Anonymous says:

    orang kat sini minat tipikal mamak mamak gitu hahaha wakakaka

    1

    0
  22. senjakala says:

    kalau berlakon drama tamil pun layak..tapi kalau pompuan nk yg putih2 jer. kecuali nabila kerana lakonan dia bagus.

    1

    0

Leave a Comment

Optional