Written by Bella | February 15th, 2016

Permergian tokoh Islam, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ataupun Tok Guru Nik Aziz memberikan kesan yang mendalam buat seluruh rakyat Malaysia. Malah, sehingga kini tiada siapa yang mampu mengganti tempatnya.

Demi menghargai segala jasa dan pengorbanan Allahyarham Nik Aziz, pengarah dan penerbit terkenal mempunyai rencana ataupun hasrat untuk menghasilkan filem berkisarkan kehidupan tokoh tersebut.

Walaubagaimanapun, perkara itu akan menjadi kenyataan jika rakyat Malaysia bersatu hati dan bersifat lebih matang dalam berfikir.

Kenapa tidak (saya buat filem tentang Allahyarham)? Ia tidak mustahil dapat dilakukan. Dan kalau saya mahu buat filem tentang Allahyarham, saya mahu ceritakan bagaimana Allahyarham mendidik kita semua dalam soal hudud.

Meskipun negara kita tidak mengamalkan hudud, tetapi Allahyarham sudahpun mengamalkan hudud secara psikologi.

Ditanya mengenai siapa yang akan didekatinya  untuk menghuraikan perwatakan Allahyarham dalam filem itu, Aziz M Osman berkata , beliau mungkin akan melihat dari sudut pandangannya sendiri memandangnya raut wajah Allahyarham seiras dengan bapanya.

Itu saya tidak tahu lagi. Mungkin saya akan melihatnya dari sudut peribadi sendiri atau mungkin tidak. Kalau ada rezeki suatu hari nanti, InsyaALLAH saya akan buat filem Allahyarham.

Kalau betul filem ini menjadi kenyataan, tentu sekali ia akan menjadi salah satu filem yang akan mendapat sambutan agak baik. Ramai sebenarnya yang ingin mengetahui sejarah kehidupan Allahyarham Nik Aziz dan segala cabaran yang beliau hadapi demi memartabatkan Islam meskipun didalam bidang politik yang umum mengetahui banyak “kotornya”.

Sumber Berita: Sinar Harian

8 responses to Aziz M Osman Mahu Buat Filem Tentang Allahyarham Nik Aziz?

  1. mak jemmmmsss says:

    Alhamdulillah… semoga filem ni mendapat sambutan dan berjaya memberi impak positif kpd penonton.. Kami semua rindu allahyarham TGNA.

    0

    0
  2. Anonymous says:

    Al- Fatihah Perginya seorang pemimpin agung yang tiada gantinya

    0

    0
  3. aida says:

    Al – Fatihan perginya seorang pemimpin agung yang tiada gantinya

    0

    0
  4. Fazura says:

    alhamdulillah… satu idea yg bagus , bernas .. teruskan usaha.. saya suka.. saya akan menyokongnya ..sayangi dirimu

    0

    0
  5. Anonymous says:

    alhamdulillah
    Semoga Allah mempermudahkan usaha murni saudara Aziz M. Osman..

    0

    0
  6. Fir_Betta says:

    Seorang pengarah yg bagus akan buat research bertahun2 utk faham dan menelusuri perjuangan sorang tokoh. Buat cerita tentang seseorang yg beragama bukan perkara senang. Tapi kalau vision, kemampuan dan berniat utk menghasilkan filem yg bawa mesej positif dlm sudut pandang yg berbeza, cantik sinematografinya, indah skripnya, hidup lakonannya, saya doakan saudara Aziz M Osman akan berjaya.

    0

    0
  7. lilo says:

    sebagai pencinta filem, saya sangat sokong usaha penfileman ttg Allayarham. kembalikan balik nilai murni penfileman, didik penonton dengan contoh yang baik :)

    0

    0
  8. laili says:

    insha allah…semoga dipermudahkan segala urusan..semoga filem ini nanti mampu memberi kita inspirasi…

    0

    0