Aziz M. Osman Bidas Pelakon Lama Yang Lantang: “Dulu Dia Pun Sama”

Hiburan

Aziz M. Osman Bidas Pelakon Lama Yang Lantang: “Dulu Dia Pun Sama”

Tidak dinafikan kebelakangan ini, terdapat begitu banyak drama yang menampilkan pelakon-pelakon baru. Mereka diberikan kepercayaan untuk memegang watak utama dan ada kalanya lakonan mereka tampak kayu. Namun begitu, ia tidak menghalang mereka dari mengecap populariti dan mengumpul jutaan pengikut di media sosial.

Bagaimanapun, terdapat pelakon-pelakon lebih berpengalaman atau lebih senior yang seolah-olah tidak berpuas hati dengan para pelakon baru ini, dengan lantang membidas pelakon-pelakon baru yang dianggap ‘kayu’.

Advertisement

Pengarah dan pelakon berpengalaman, Aziz M. Osman, melalui akaun Twitternya menyuarakan yang dia hanya mampu tersenyum apabila pelakon-pelakon lama mengutuk pelakon baru. Ironinya, semasa pelakon lama ini masih baru, lakonan mereka juga kayu.Screen_Shot_2017-08-14_at_11.59.12_AM

Tweet Aziz disambut baik oleh sebilangan pengguna Twitter yang turut menganggap perangai pelakon lama yang mengutuk dan memerli pelakon-pelakon baru seperti itu menjengkelkan.Screen_Shot_2017-08-14_at_11.59.20_AM

Ada yang hilang minat kepada pelakon lama kerana terlalu lantang mengutuk pelakon-pelakon baru yang dikatakan ‘kayu’. Malah pelakon hebat seperti Ida Nerina juga dilihat membalas tweet Aziz dengan emoji ketawa besar.

Screen_Shot_2017-08-14_at_11.59.33_AM

Sudah tentu, tiada siapa yang masuk ke dalam industri dengan bakat tersangat besar dan melakukan segalanya dengan sempurna untuk kali pertama.

Screen_Shot_2017-08-14_at_11.59.45_AM
Oleh sebab itu, mungkin pelakon lama patut lebih berlapang dada kerana lakonan bukan seperti nyanyian. Nyanyian memerlukan bakat untuk memberikan persembahan terbaik tetapi lakonan lebih kepada satu bentuk kemahiran yang boleh diasah asalkan gigih belajar. Bakat semulajadi ialah satu bonus.

Aziz ialah seorang pengarah prolifik yang pernah menghasilkan pelbagai filem, drama dan telefilem sejak tahun 90-an. Antara filemnya yang popular ialah XX Ray dan Leftenan Adnan. Baru-baru ini Aziz M Osman muncul sebagai pengarah drama Dia Bidadariku lakonan Erra Fazira, Hisyam Hussein dan Norman Hakim. –beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...