Azharina Azhar Bakal Buat Kemunculan Semula 25 Mei Ini

Hiburan

Azharina Azhar Bakal Buat Kemunculan Semula 25 Mei Ini

Nampaknya tahun 2015 adalah tahun kemunculan semula atau dalam bahasa omputihnya ‘comeback’ penyanyi-penyanyi yang pernah popular satu ketika dahulu. Mungkin ini penangan program realiti Kilauan Emas dan Gegar Vaganza. Selepas Amelina, kini giliran penyanyi yang pernah popular dengan lagu Elegi Sepi iaitu Azharina Azhar kembali mengubati rindu para peminatnya.

azharina azhar comeback

Advertisement

Selain daripada vokalnya yang power, Azharina Azhar juga terkenal kerana imej seksinya. Di dalam kad undangannya bersempana comebacknya pada 25 Mei ini, Azharina tampil serba pink. Menariknya wajah Azharina seperti tidak dimamah usia. Masih cantik, jelita dan menawan seperti dahulu. Malah keseksiannya tetap ada terutama dengan lirikan mata Azharina yang begitu tajam.

azharina azhar comeback

klik gambar untuk paparan lebih jelas

Tak sabar rasanya untuk melihat Azharina Azhar berdiri sekali lagi di atas pentas nyanyian. Pasti para peminat penyanyi ini bergembira dengan berita ini. Sama-samalah kita nantikan comeback ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...