Written by AbangNara | March 22nd, 2013

Selain daripada Fasha Sandha dan Irma Hasmie, Ayu Raudhah merupakan salah seorang selebriti yang bakal bergelar ibu buat pertama kali dalam masa terdekat ini. Berkata kepada portal Murai, Ayu Raudhah memaklumkan yang dia bakal bersalin pada 29 Mac ini. Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi.

anak ayu raudhah

Pastinya Ayu dan Zaquan sedang berdebar-debar menunggu detik bahagia ini. Daripada hasil “scan“, jantina bayi pasangan ini ialah lelaki. Kata Ayu Raudhah:-

Insya Allah saya akan melahirkan bayi lelaki saya ini secara normal di Hospital Columbia Asia di Johor kerana Zaquan akan menjalani latihan bola semua disini. Cuma, perasaaan saya ketika ini bercampur baur. Yelah, bila dah nak dekat saat melahirkan ini, rasa takut ada dan teruja pun ada, bila nak lihat bayi pertama saya keluar. Tapi saya berdoa agar semuanya akan berjalan dengan lancar dan selamat.

anak ayu raudhah

Yang menariknya, Zaquan turut sama teruja dengan kelahiran ini sehingga sudah pun membeli beberapa baju jersi bola sepak. Teringat Abang Nara dulu pun buat perangai serupa. Kata Ayu lagi:-

Semua barang-barang keperluan termasuk bajunya kami sudah siapkan. Malah kami bersama-sama menghias bilik tidurnya. Bahkan, saya lihat Zaquan pula yang paling bersemangat dalam memilih baju dan kasut anak kami nanti. Dia banyak memilih baju-baju bola. Malah kasut pun sudah banyak dibelinya walaupun terpaksa tunggu anak kami berusia setahun. Saya gembira melihat keterujaannya.

Semoga segalanya akan berjalan lancar buat Ayu apabila tiba masanya nanti. Semoga anak yang lahir sihat tubuh badan dan akan membesar dengan sempurna. Sama-samalah kita doakan.

75 responses to Ayu Raudhah Bakal Lahirkan Anak Sulung 29 Mac Ini

  1. kamariah says:

    semoga semuanya selamat….

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 41 Thumb down 0
  2. iphoneuser says:

    semoga allah merahmati menjadi keluarga yang LEBIH beriman

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 32 Thumb down 0
  3. Anonymous says:

    Ayu raudhah lagi ayu dari si kakak..selamat bersalin dan berpantang..

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 69 Thumb down 9
    • iphoneuser says:

      Hidden due to low comment rating. Click here to see.

      Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 19 Thumb down 42
      • Rory says:

        Tak payah nak men’typical’kan org sgt lah. Kau tu rare sangat ke?

        Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 34 Thumb down 12
        • anis says:

          nampak sgt korang berdua mengeSYORkan si kak berpakaian sebegitukan..pasal tu xboleh nak compare kan?

          Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 2
        • iphoneuser says:

          Aku tak rare lah makcik, aku kata ko tak perlu nak compare dia dgn orang lain, itu memang tipikal, lagi nak compare dgn akak dia apehal pulak? Anak abu Jahal tu pun dulu yg beriman orang compare kan dia dgn ayah dia, elok ke mcm tu? Jahil..

          Hot debate. What do you think? Thumb up 9 Thumb down 11
  4. sayang salmah says:

    wah..baby boy… sepupu sepapat pon dh boy..semua pon boy…xkisahlah janji bby sihat… anyway ayu mmg ayu bile berhijab

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 42 Thumb down 0
    • TANTE says:

      ayuu gi nasihat kakak ye…. mane tau boleh berubah same..

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 20 Thumb down 3
  5. sunshine says:

    tahun ni ramai yang lahir bulan march ke…?
    kakak ipar, kakak ofis, 3 orang artis… rezeki…

    Hot debate. What do you think? Thumb up 11 Thumb down 3
  6. REFELSIA says:

    MAKIN BERSERI DAN CANTIK ….MUDAHAN SELAMAT MELAHIRKAN…PAGI TADI BARU JE BERTANYA DALAM HATI APA KHABAR ARTIS KESAYANGANKU INI….RUAPANYA BELUM BERSALIN LAGI…WAH BESTNTA BABY PERTAMA BOY

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 40 Thumb down 18
  7. doremon says:

    comelnyerrr ayu ni pakai tudung..kn manis tu..

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 22 Thumb down 2
  8. iphoneuser says:

    If tudung menutupi dada lagi cantik, semoga berubah, amin

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 41 Thumb down 3
    • Anonymous says:

      Hidden due to low comment rating. Click here to see.

      Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 25
      • Ko jahil duk hutan lah says:

        Banggang…main typical2 plak…ko tak nak sbut typical islam ke?
        Org ckp benda betul lg nak banyak bunyi…

        Hot debate. What do you think? Thumb up 15 Thumb down 7
        • iphoneuser says:

          Takde kena mengena dgn topic yang aku utarakan, nak kenakan orang balik tapi tak berjaya..memang confirm typikal tu kat ekau la makcik anonymous, or pakcik pun bole..

          Hot debate. What do you think? Thumb up 4 Thumb down 6
        • iphoneuser says:

          Kasihan ko kan mengutuk orang bagai, dosa ko kasihan, nak minta maaf kena depan² dia, insaf la jika ko ni Muslim…

          Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 3
      • NANA says:

        x pe la….Anonymous bkn org melayu…..fikiran pon mcm org x cukup umor…maafkan jer la die….

        Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  9. cik pedas says:

    Hidden due to low comment rating. Click here to see.

    Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 17 Thumb down 31
    • apapa aje says:

      cik pedas, banyak2 la beristigfar hendaknya….. kalau kita doakan kegembiraan dan kebahagiaan orang lain, In Shaa Allah itu juga yg kita akan dapat…… dan sebaliknya.

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 24 Thumb down 3
      • Anonymous says:

        berdosa u ‘cik pedas’ menuduh ayu ‘perempuan propa’..walaupun x kenal muka u tapi segalanya telah tertulis OLEH NYA..mohon ampun dari dia..TAK TERAMPUN DOSA U DARI AYU..AKHIRAT JAWAB!!!!

        Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 5
  10. cik pedas says:

    eh eh..x first rupenye aku

    Hot debate. What do you think? Thumb up 3 Thumb down 12
  11. Anonymous says:

    saya doakan yang terbaik untuk kesihatan ibu dan anak..Amin

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 21 Thumb down 0
  12. anak pAk Din says:

    syukur alhamdulillah…. semoga berbahagia lagi lpas dapat baby yer…

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 12 Thumb down 0
  13. Anonymous says:

    congrate la ye moga2 lps ni xde lg dgr cite2 sensasi……

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 2
  14. Ayu Raudah Bajet Hot says:

    Hidden due to low comment rating. Click here to see.

    Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 11 Thumb down 27
    • nana says:

      xbaik doakan benda2 yg mcm tu. jgn nnty awak/bini awak plak yg jd badak air.

      Hot debate. What do you think? Thumb up 11 Thumb down 2
    • siti says:

      bile mase pulak ayu kawen ngan aidil? hehe haha kahkahkah.. lantak aidil le kalo nk cr betina lain pun..

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 16 Thumb down 2
    • pink says:

      pesal aidil lak…jangan petik nama laki orang nok ..laki dia zaquan

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 14 Thumb down 0
    • no name says:

      baject tau la plak.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • cik pedas says:

      mmg bajet hot pon u..bab jd batu api no 1 uu…..nk jd menantu kesayangan punye pasal….kennnn

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  15. putih2Melati Merah2Delima says:

    ………. Insya Allah saya akan melahirkan bayi lelaki saya ini secara normal di Hospital Columbia Asia……..
    wah2x… belum2 dh gtau hospital mane secara normal bagai…. ckp xmo jatuh,, nk up!! jer..
    1st time bersalin mcm2 dogaan dik!!…
    ku doakan semoga semuanya selamat… aminn…

    Hot debate. What do you think? Thumb up 17 Thumb down 25
    • anon anon says:

      tak rasa macam dia nak riak pun dia cakap macm tu?
      Doakan je la selamat.

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 25 Thumb down 5
    • Ayu Jawab says:

      Dia cakap Insya Allah kan kat depan tu? Maksudnya dia berharap, dia x kata dia yakin akan bersalin normal. Itu pon nak jadi isu ker???

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 30 Thumb down 2
    • Mirai Suenaga says:

      Salah ke dia cakap cam tu? apedaaa…

      Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  16. putih2Melati says:

    Hidden due to low comment rating. Click here to see.

    Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 19
    • Anonymous says:

      ko tu kena mintak maaf ngan dia.. sesuka hati menuduh.. chowww!

      Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 4
      • Anonymous says:

        BETUL !!!!!!!!!!..U PUTIH2 MELATI MINTA MAAF DARI DIA..PANDAI2 CKP SEBEGITU DEKAT AYU..MCM U KENAL SGT DIA…CHITTTTTT

        Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 3
  17. SajeKomen says:

    Nape ak tngok muka Ayu dlm pic atas kanan tu cam Nora.. ntah

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 1
  18. Leen Ahmad says:

    Rasenya mcm sama EDD dgn Irma Hasmie kan…

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  19. miss coco says:

    Tak faham betul dengan komen2 negatif kat atas ni. Tak nampak benda2 yang terjojol pun. Nampak sangat kekuningan otak anda disitu. Doa kan je lah pasangan ni bahagia dan mendapat anak yang soleh. Itu kan lagi bagus. Peace…

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 22 Thumb down 2
    • I luv u pani ! says:

      betul tu, normal lah benda tu nak terjojol da namenye ibu hamil, tak caye pegi tanye doktor apesal bole terjojol lebih bile time hamil ni? people please think before u talk, tulah time kelas biologi ko ponteng kelas

      Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0
  20. larahapi says:

    Org2 yg kutuk mengutuk Kat atas tu…confirm muka sure hodoh & buruk!!aniwazz..slmat buat Ayu & Zaquan..

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 5
  21. aku siapa says:

    suka tegok pasangan ni…semoga bahagia hingga ke janah….sian plk bila kenangkan nasib kembar dia tu…hemmm…

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 2
  22. plizz laa says:

    inilah manusia..orang yang seksi dok kata org yg pakai tudung pun nk kata..kerjaan memang asyik dok keji org je..yg seksi tu mmg patut kita marah tp yg bertudung pun korang dok ukur lak singkat ke labuh tudung die.Alhamdulillah die dh bertudung..kot mane thu pas beranak tudung die makin labuh ke..Boleh dosa aje kn…

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 20 Thumb down 0
  23. namika says:

    bersalin kt hospital colombia asia JB….boleh pulak…oklah masa tgh suka….sikit lg bt hal ada yg kena ungkit bil hospital mcm Aidil ungkit Rita beranak kt Hospital Prince Court KL….yelah menantu pilihan, kesayangan, bt apa semua boleh, kalau yg awal2 dh tak suka, dh bg zuriat sambung keturunan pun serba tak kena…..sapalah yg handal sgt dlm keluarga diorg nih….mesti ada someone….

    Hot debate. What do you think? Thumb up 19 Thumb down 18
    • just me says:

      RR yg tak nak bersalin di Hosp columbia seremban sebab nak bersalin di prince court, sedangkan hosp columbia tu hosp panel aidil masa dia bermain utk NS. nampak benar RR ini degil. Rasanya hosp columbia ini hosp panel zakuan, Ayu ni ikut aje cakap suami…bagus sikap ayu

      Hot debate. What do you think? Thumb up 8 Thumb down 10
  24. Zz says:

    Pentingnya restu ibu bapa dalam perkahwinan..

    Hot debate. What do you think? Thumb up 9 Thumb down 6
    • Anonymous says:

      Banyak je yg keluarga restu cerai berai erra…awie…jimmy shanley…n d list goes on n on

      Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0
      • bubur moi says:

        Yang bercerai-berai selepas mendapat restu ibu bapa, itu kisah lain. Mungkin masalah dalaman dan konflik antara suami isteri.

        Restu ibu bapa kan penting sebelum berkahwin. Selalunya orang yang tak ada restu ibu bapa sebelum bernikah ni akan menimbulkan masalah lain pula termasuklah menderhaka kepada ibu bapa kandung atau mertua sendiri. Masa tu, mulalah nak kata mak ayah menyibuk urusan dalaman keluarga sedangkan mak yang melahirkan anak, mak ayah yang membesarkan anak tu. Tiba-tiba kahwin tak minta restu, tak pedih ke perasaan mak ayah.

        Tak ada mak ayah yang tak nak anak bahagia. Mak ayah ni sebenarnya lembut hati cuma kenalah bawa berbincang baik-baik.

        Janganlah tak tahu bezakan dua hal ni pula. Perceraian yang ada restu mak ayah sebelum kahwin beza dengan perceraian yang tanpa ada restu mak ayah. Hei, susah betul nak explain ke kau ni.

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  25. yaya says:

    lahaiii..mesti cute anak ayu ni nanti..xsabar nak tgk…

    Hot debate. What do you think? Thumb up 10 Thumb down 2
  26. kimsyi says:

    semoga selamat melahirkan anak soleh n solehah..
    mesty anak comel mcm maknayah dia..
    :) :) :) <3

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  27. Hati mau baik be.. says:

    Aku rase tengok dada menonjol lagi bernafsu dari tengok rambut. Jadi tutup rambut tapi pakai baju sendat kat dada and lengan lagi tak senonoh. Tutup aurat bukannya tutup rambut je……. Satu lagi, aku cukup tak berkenang bila org cakap restu penting dlm perkawinan. Aku tengok berlambak2 yg buat majlis kawin besar2an and dapat sepenuh restu dari keluarga tapi bercerai jugak. Jiran aku tak dpt restu dari keluarga lelaki tapi elok je hidup bersama sampai tua. Jodoh pertemuan di tangan tuhan, panjang pendek jodoh seseorg tak mengira restu pun…

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 0
  28. saya komen says:

    jgnla nak dikutuk sgt pasal aurat…sekurang2 nya dia dah berusaha utk pakai tudung,
    ceramah ust azhar idrus kate : “lebih baik pakai tudung 1/2 m utk org yg tak pernah pakai tudung & lebih baik pakai tudung 1 m utk yg dah biasa pakai tudung 1/2m”, maksudnya”adalah lebih baik dia pakai tudung yg kecik utk org yang baru belajar pakai tudung dan berdoa la semuga dia terbuka jalan utk pakai tudung dan pakaian yg lebih menutup aurat”

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  29. Anonymous says:

    semoga dipermudahkan bersalin…..amin

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  30. shunshine Light says:

    suka lah dengan pasangan ini.. semoga selamat ye ayu….

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 2
  31. shunshine Light says:

    suka dengan pasangan ini.. semoga selamat ye ayu….

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 2
  32. kirana says:

    kalau orang lain ada je x kene..b4 nak kate org tu cermin lah diri sendri dlu..
    atlest dia ada niat nak tutup aurat dia..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  33. mr y says:

    belajar la untuk menjaga anak seorang diri jika ditinggalkan jua nanti………..

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0