Written by Bella | June 29th, 2016

Semalam, kami ada menyiarkan artikel dimana muzik video Pencuri Hati nyanyian Ayda Jebat mendapat sambutan yang cukup hangat sekali.

Kalau semalam ia sudah ditonton lebih 300,000 tontonan, hari ini angka itu menaik sehingga lebih daripada setengah juta tontonan. Wow, agak cepat jugak bukan peningkatan tu?

Ayda cukup merasa teruja dengan sokongan orang ramai dan sebenarnya beliau tidak meyangka muzik video berkenaan akan meraih angka yang cukup banyak.

Sebenarnya saya tidak begitu menyangka yang muzik video lagu Pencuri Hati akan meraih tonton sebanyak dan secepat itu.Saya ucapkan terima kasih banyak kepada semua yang sudah tengok dan yang dah berikan respon, tak kisahlah samada komen positif mahupun negatif. Yang penting saya sudah cukup berpuas hati kerana dalam proses pembikinan muzik video ini kami telah lalui saat suka dan duka terutamanya semasa proses editing.

Jelas Ayda, muzik video berkenaan adalah hadiah buat peminat beliau yang tidak putus memberikan sokongan meskipun beliau terpalit dengan pelbagai gosip dan kontroversi selain menjadi mangsa kritikan sesetengah pihak.

Muzik video ini hadiah buat semua peminat saya, saya tak mampu nak balas, jadi dengan cara ini sajalah saya mampu hadiahkan kepada semua peminat yang tidak putus-putus membantu perkembangan karier saya.

Boleh tahan juga kan penangan lagu Pencuri Hati? Baru beberapa hari dah jadi hits. Keep it up Ayda Jebat !

Sumber Berita : Media Hiburan

7 responses to Ayda Jebat Teruja Muzik Video Pencuri Hati Dapat Sambutan Hangat

  1. miss kepah says:

    video yang kpop wannabe tu…try so hard nk nmpak kpop tp mcm poyo, teringat kata2 seorang motivasi, bagaimana kita tengok bangla, mcm tu jgk org korea tgok kita melayu ni…saya rasa lebih comel kalau ayda buat natural ala2 malay girl tipikal takpyh dress up kpop sgt ajet comel.

    1

    0
    • Alina says:

      Ayda ni bayar berapa kat nara suruh keluarkan story music video nih?
      Don’t be fooled guys, this is obviously one of the marketing strategies lol

      0

      0
  2. bodopiang says:

    aku tertengok pasai cerita mcm nih la…
    sampah je vid tu ..
    xmenarik pun ..
    vid cilok kpop
    menari pun skit je.. mcm kayu jugak
    nasib baik pakai wifi..
    kalau x.. rugi data

    0

    0
  3. melati says:

    nk Percaya berdosa..!!! nk gelak kesian plak..!!! aku dlm delima ni….huhuhuhuhu..

    0

    0
  4. X says:

    Sampah!

    0

    0
  5. MAYA says:

    Betul….
    Video ciplak Kpop… asyik nak tiru idea orang… takde inovasi langsung
    bosan bosan

    0

    0
  6. Mirai Suenaga says:

    MV syok sendiri. lagu dah best ingatkan gempak lah juga. u_up

    0

    0