Written by Bella | March 5th, 2015

Didakwa lebih demand dan sudah lupa diri apabila  memenangi Anugerah Top Top Meletop, kini Ayda Jebat sekali lagi dihimpit kontroversi.

Mempunyai sikap yang peramah dan tidak plastik, Ayda dilabelkan sebagai perampas dan pengacau kebahgiaan orang lain.

Saya peramah dan kepada mereka yang tidak kenal saya dengan rapat, mereka kata saya ‘over’ dan mengada-ngada. Barangkali kerana sikap itu orang senang dengan saya.

Kenapa saya nak halang jika mereka nak berkawan dengan saya? Namun saya bukan perampas atau ingin menggoda suami atau kekasih orang.

Tambah Ayda lagi, beliau berharap orang ramai dan rakan artis tidak tergugat dengannya kerana beliau sama sekali tidak akan mengganggu hubungan cinta mereka dan hanya ingin memfokuskan kepada kerjayanya yang baru sahaja meningkat naik.

Kepada wanita di luar sana termasuk rakan artis, jangan bimbang, saya bukan pengacau jauh sekali untuk mengganggu hubungan cinta mereka.

Ada banyak lagi cita-cita saya belum tercapai.

 Kebelakangan ini, nama Ayda Jebat  memang tak lekang daripada kontroversi. Maklumlah, anda baru sahaja mula popular dan anggaplah ini asam garam dunia hiburan. Cuma satu, sikap tidak hipokrit Ayda harus dipuji.

Sumber Berita: Harian Metro

12 responses to Ayda Jebat Nafi Diri Perampas

  1. Anonymous says:

    tak minat dan x pernah tgk lakonan dia…
    kenal dia melalui blog2 gosip je…
    tp selalu rasa dia ni budak yg jujur dan nampak ihklas…
    ayda…awak comellll la… :-)
    Am i going to adore u?????

    0

    0
  2. oyien says:

    Ayda jebat.hebat

    0

    0
  3. Anonymous says:

    mmg bgus peramah.. sbb sesetgh artis kdg x popular mna tpi sombong kalah diva… tpi kna ingat jgk yer peramah pun ada had jugk jgn dok peramah mesra. dgn hak org.. kalau kte x suka hak kte dihimpit mesra dgn ppuan lain dgn alasan peramah!! jgn pulak kte pegi buat yer..

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Aku suka gak dia ni happy go lucky girl.. prangai gila2 sikit..xkisah muka hodoh ka apa ka.. gud luck girl…

    0

    0
  5. anon111 says:

    biasa la baru naik, ada org dengki, itu adat dunia. Tapi aku jumpa dia in person, memang dia baik dan cute

    0

    0
  6. kemek says:

    gamba 1st nmpk mcm rosnah mat aris masa zaman sekolah

    0

    0
  7. anon says:

    Dia ni cute jugak, muka bulat mcm siti…

    0

    0
  8. FAZURA JELITA says:

    Orang yang Baik & Tidak Hipokrit macam

    Ayda Jebat……

    Sememangnya murah rezekinya…..

    Love Ayda

    0

    0