Written by Bella | May 31st, 2017

Diberikan peluang untuk menyanyikan lagu Gemuruh Suara bersempena dengan Sukan SEA 2017, pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat menyifatkan ia adalah satu peluang yang baik untuk karier nyanyiannya.

Walaubagaimanapun, Gemuruh Suara bukanlah lagu rasmi tetapi ia tetap akan diputarkan sepanjang Sukan SEA 2017 berlangsung.

Lagu rasmi Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur bakal dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah. Lagu yang saya nyanyikan ini adalah khas buat penyokong menzahirkan sokongan mereka kepada atlet yang bertanding. Lagu itu merupakan sebuah lagu rancak bagi menaikkan semangat juang dalam kalangan atlet dan juga penyokong.

Peluang untuk menyanyikan lagu untuk Sukan SEA 2017 meskipun bukan lagu rasmi ia tetap satu pencapaian yang agak baik buat Ayda.

Sumber Berita : Utusan Online

27 responses to Ayda Jebat Bakal Nyanyikan Lagu Untuk Sukan SEA 2017?

  1. wekkkkkkk says:

    Dayang nyanyi lagu rasmi sukan sea tu x kecohpun…senyap je…bgus dayang.
    Kalau dayang bersara mungkin ayda boleh ganti..atau ada yg lebih baik lagi, btul tak..siti nordiana ke.

    3

    1
  2. Nonsense says:

    And we are complaining susah nak sampai tahap hollywood.
    Mananya tak. Wlaupun bukan lagu rasmi tapi agak2 lah ambik si aida ni, why tak ambik a better singer? Sheila majid ke takpe juga.
    Sampai bila pun malaysia jadi takde quality kalau mcm ni.
    Sorry aida fans, this girl yg korang puja2 mmg cannot go in this industry. Pls get her a husband soon so that she can bersara and disappear from the entertainment business.!

    19

    0
    • Anonymous says:

      ” Lagu itu merupakan sebuah lagu rancak bagi menaikkan semangat juang dalam kalangan atlet dan juga penyokong. ”

      Nama pun di minta nyanyi lagu rancak takan la Sheila Majid yang ko nak suh dia nyanyi dan menari.. boleh pulak DN nyanyi lagu rasmi pastu Sheila Majid nyanyi lagu utk penyokong…otai JAZZ tuh…bagi cadangan pun biar la kena cik nonsense..nonsense betul la..

      10

      1
      • Agree With Nonsense says:

        Anon 10:21 –

        Tak kisah anon lagu rancak ke apa. Sape kata sheila majid takleh bwk lagu rancak? Sinaran tu apa?
        A versatile singer boleh je bawak apa2 lagu skali pun.
        And sheila majid was one of the EXAMPLES. Tak kisah pun kalau penyanyi lain asalkan yg berkualiti & boleh menyanyi…

        5

        1
        • Ayda Jebat says:

          bagi peluang laa…maaf cakap, skarang ni 2017, sheila majid n jazz tu bukan makanan generasi skarang..orang skarang layan ed sheeran,aizat amdan yang muda mudi je..dah la nak dengar suara live pun kena pegi private event je..sheila majid pun takde hal la nak bagi laluan kat penyanyi2 baru sekarang..dato’ ct pun move on..tolong la bagi peluang2 camni kat artis baru..kalau semua bagi kat artis yang memang ada brand sendiri dalam industri, pastu nak salahkan artis baru takde bakat/kurang menonjol ? tolong laa
          sincere aku request ni..
          hehehe

          1

          3
    • Anonymous says:

      sedih….jatuh kualiti. :(

      2

      0
    • Anonymous says:

      Not a fan of Ayda but Sheila Majid is soooo 90s or 80s or whatever era she belongs to erk… Legend katanya but lagu seketul dua tu lah diulang sampai pengsan. Is that the quality you are looking for? I would agree if you suggest Yuna since she did go international and write better songs but then this kind of song would not suit her.
      Lagipun Ayda bukannya nyanyi lagu tema utama.
      Normal lah guna trending celeb macam dia untuk lagu rancak dan demographic orang muda. Korea pun guna Kpop idols diorang nak promote certain events walaupun kalau kau tanya rakyat dia pun menyampah dengan idol groups.

      Hollywood pun pilih Taylor Swift over Kendrick Lamar untuk Grammy.

      1

      1
  3. Positivevibes says:

    Kadang bodoh tu simpan sikit nak suruh sheila majid nyanyi lagu rancak menari bagai. Lain kali nak bash org bagi pandai sikit.

    2

    1
  4. Anonymous says:

    i rasa ok je… sbb lagu rancak memang kena ngan aida

    8

    0
  5. Joy Harries says:

    lagu ape yg kau nk nyanyi ni??? Lagu si pencuri hati ke??:)hahahaha

    2

    0
  6. jiran cik melati says:

    Ok pe pemilihan AJ sebab mmg kena pun..,,Nonsence kat atas ni bagi contoh Sheila Majid pulak tu..buat kene bash dgn orang je..kalau lagu rasmi nak suruh Sheila Majid ganti DN ok tapi kalo Sheila Majid nak ganti AJ tak OK langsung..sebab kalau rancak2 ni biarla orang muda je yang nyanyi pun…lagu untuk Sukan Sea kot..pastu kan nonsence kau rasa Sheila Majid nak ke terima untuk nyanyi lagu rancak tu sedangkan lagu rasmi DN yang nyanyi ???? huhuhuhu…

    2

    2
  7. tarabas says:

    apasal x suruh fazura ;)

    1

    0
  8. say no to Aida Jebat says:

    Mak ai!!

    Klu rasa nak rosakkan nama Malaysia sempena Sukan Sea 2017, sila la ambk anak jebat ni nyanyi..live mmg hauk!

    Ramai lagi penyanyi versatile yg ada kat Malaysia ni..
    nak ketengah gak yg suam2 kuku buat apa?

    Patutnya masa ni la Malaysia nak berbangga dengan produk tempatan. Bukan meranapkan imej negara.

    3

    0
    • belacan says:

      bagi la yg penh menang dlm relaiti gegar vaganza yg bbaru ni, bkn amek dri kilauan emas. Amek la siti nordiana, azharina,
      kn byk lagi : yuna, jackln victor, sheila hamzah, dn byk lagi yg muda lahir dri bintang rtm, semua tu ada muda gak, ada suara…mcm Ayda jebat ni lahir dri bakat apa…hancus, x ada pun apa pertandingan masuk, harap2 ayda jgn ganti tmpt Dayang dh la.

      4

      0
      • Lovehazama says:

        Dia dari AF tapiiiii terkeluar awal.. Hehe.. Org 1st kuo.. Ramai juga yg setuju time tu sebab.dengan gedik nya kat diari, demgan.performance x.best.. Try la youtube..hehe

        2

        0
  9. meowww says:

    Lagu apa? Lagu pencuri bendera ke

    0

    1
  10. Anonymous says:

    nescaya aku x kan tunggu depan TV

    1

    0
  11. LOL says:

    bayar murah la ni…peganjur nk save budget. LOL

    3

    0
  12. Junaidi Syarif says:

    Artis2 rock kapak Malaysia pun OK lagi dari c Ayda Jebat yang garik nih kalau nyanyi lagu berkaitan semangat kesukanan ini..

    0

    0
  13. Anonymous says:

    Disney pilih Ayda nyanyi OST Moana versi Bahasa Melayu okay je aku tengok. Relax je dia represent Malaysia hari tu.
    Serius aku tak minat dia tapi at the very least dia ada juga product atau content untuk berdiri dalam industri. Sekurang-kurangnya tersingkir awal dari AF pun nama dia tak tenggelam sejuk beku macam yang dah jadi juara tu.
    Vokal dia banyak improve. Dia cuba untuk improve stage presence. Dia tahu main piano dan cuba untuk main violin. Cuba luaskan pasaran ke Indonesia. Cuba guna genre dangdut yang haram aku sendiri tak minat. Lakonan walaupun tak lah tahap boleh menang festival filem antarabangsa tapi tak jugak kayu tahap boleh dibuat perabot. Tak sombong dengan peminat.
    Tak perlu minat dia. Tak perlu sokong produk dia. Tapi nak kata dia artis kosong tak ada isi tu is a reach la kot.

    6

    0
    • Mimo says:

      Agreed. Kalo nk banding ngan finalis af yg lain, mana perginya dorang? Apapun AJ ni sesuai la dgn lagu rancak. Cuma sy hairan, knp Malaysia mcm x mengiktiraf Shila Amzah yg dh popular di mata dunia? Kalo SA yg nyanyi masa sukan SEA, sesuai juga tu.?

      0

      0

Leave a Comment

Optional