Written by AbangNara | November 27th, 2015

Seorang ahli perniagaan dikenakan hukuman penjara 31 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah terhadap 10 pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen berhubung surat peletakan jawatan dan pemindahan saham milik isteri keduanya, sembilan tahun lepas.

ummi nazeeraHakim Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman itu terhadap Datuk Zainulabadin Mat Akhir, 64, yang juga bapa kepada pelakon Ummi Nazeera, setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Tertuduh, yang diwakili peguam Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos, dikenakan hukuman penjara antara setahun hingga 10 tahun bagi setiap pertuduhan dan hukuman berjalan serentak bermula hari ini.

Ini bermakna tertuduh hanya menjalani hukuman penjara selama 10 tahun. Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sehingga rayuan di Mahkamah Tinggi selesai namun menaikkan wang jaminan daripada RM200,000 kepada RM250,000 dengan seorang penjamin.

ummi nazeeraMengikut pertuduhan pertama sehingga 10, Zainulabadin didakwa menggunakan dokumen palsu sebagai tulen bagi beberapa dokumen bagi memindah milik 1.68 juta unit saham syarikat Mutiara Efektif (M) Sdn.Bhd., daripada Datuk Maziah Musa, 51, selaku pemberi pindah milik, kepada anak tertuduh, Ahmad Fikhri.

Selain itu, dia juga dituduh menggunakan dokumen palsu untuk melantik anaknya, Ahmad Fikhri dan Nor A’khilah sebagai pengarah syarikat B.TIS Manufacturer Sdn. Bhd.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Indah Secretarial Management, 18-1, Jalan 15/48A, Sentul Raya Boulevard, Sentul, dekat sini, antara Dis 2006 dan Mei 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, bagi setiap tuduhan jika sabit kesalahan.

Dalam penghakiman, Norsharidah berkata keterangan ahli kimia kerajaan telah mengesahkan antara tulisan dan spesimen tanda tangan pengadu (Maziash) dalam kesemua dokumen yang dipertikaikan telah dipalsukan.

Beliau menyifatkan kes itu berlaku disebabkan masalah keluarga yang bersifat tamak dan dendam. Terdahulu, Maziah memberitahu mahkamah bahawa kesan daripada tindakan tertuduh menyebabkan beliau hilang hak sebagai pengarah dan juga pemegang saham bagi syarikat tersebut.

Sejurus mendengar keputusan mahkamah, Maziah tidak dapat menahan sebak dan terus memeluk Ummi Nazeera dan anak lelakinya, Ahmad Nazreem yang sentiasa memberi sokongan terhadapnya sehingga kes selesai.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Ummi Nazeera memberitahu pemberita beliau bersyukur dengan keputusan tersebut dan menyatakan segala keperitan ibunya telah berakhir.

Saya mengagumi ibu saya yang begitu tabah melalui segalanya. Saya dan abang saya sentiasa di belakang ibu saya,” katanya yang pernah membintangi drama bersiri popular, Nur Kasih dan filem Hikayat Merong Mahawangsa.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rozaliana Zakaria. Sebanyak 13 saksi pendakwaan dan 13 saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan dalam kes itu. Sumber The Rakyat Post.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

45 responses to Ayah Ummi Nazeera Dipenjara 31 Tahun

  1. Izzah says:

    31 tahun..curi duit 1MDB…masih jadi PM. Oh Malaysia.

    0

    0
    • Anonymous says:

      Parlimen bukan milik Umno.
      Mengenai apa sebab Umno melakukan demikian sebetulnya tidak penting. Sama ada ia untuk mengasingkan penyokong Muhyidin dan Shafie atau kerana mahu menghimpunkan ahli parlimen Umno hampir dengan dewan- tidak penting. Yang nyata ialah Umno sebuah parti yang berada dalam keadaan yang mencemaskan. Ia jadi cemas, sebab ia sudah hilang keyakinan bangsa Melayu. Ahli-ahli nya sendiri sedang memberontak mahukan presiden disingkir supaya jangan mencederakan masa depan Umno dan seterusnya menghakis kepercayaan bangsa Melayu ke atas Umno.

      Nilai Melayu Umno tidak sama dengan nilai bangsa Melayu rupanya.

      Semasa membentang Bajet 2016, Datuk Najib membaca suatu ayat dari al-Quran yang menyebut supaya memberikan amanah kepada mereka yang berhak menerimanya. Muhammad Rasulullah menyebut bahawa apabila amanah disia-siakan, maka kiamat dan kemusnahan akan tiba. Apabila ditanya, bagaimana amanah disia-siakan, baginda jawab, ia disia-siakan apabila urusan diberi kepada mereka yang bukan ahlinya.

      Bangsa Melayu mesti menilai – adakah amanah kepada pemimpin Umno hari ini diberi kepada mereka yang berhak menerimanya?

      0

      0
      • melati says:

        Mana mamat “PEKERJA GOMEN” ? lu time artikel lain berani pulak sembang kencang…lu punya big boss sudah songlap duit rakyat..skg tgk lu apa mau kata

        0

        0
    • Oh Malaysia Kuk says:

      Izzah jumpa anak Kiram….kena banned.
      Najib jumpa Obama- pro Yahudi …..bentang karpet merah.

      0

      0
      • Yahudi says:

        Najib- terima kasih kerana mengharumkan nama negara. Malaysia sokong Amerika. hahahaha

        0

        0
      • Honeybee says:

        Korang semua poyo…guna waze…google maps…facebook…instagram…main internet..beli iphone…macbook….semua tu bukan yahudi punya?

        0

        0
      • citizen says:

        hadoy! kiram attack malaysia or to be specific sabah. ade yg tkorban. obama ade attack malaysia ke? ckp jela awk ni nak ckp pasal politik bkn sensitivity rkyt malaysia..or do you think that sabah bukan malaysia?
        shame on u then..pegi ambik balik geografi skolah mnengah bljr ade brape ngri kat msia..ok bai

        0

        0
        • bodopiang says:

          memang la kiram serang ada yg mati…
          obama tu serang ekonomi ..
          cuba tgk masa dia dtg dulu apa yg terjadi…
          skg dia dtg.. apa yg dia promosikan ..
          negara kita tergadai sedikit demi sedikit …
          agak2 berapa org yg akan mati bila ekonomi malaysia org luar pegang nanti..???

          0

          0
        • dya says:

          Obama attack syria, iraq, afghanistan, palestin. Tu bukan penggans ke? Obama tu ketua bapak segala pengganas!

          0

          0
    • Anonymous says:

      who?

      0

      0
    • Anonymous says:

      adakah perkataan bersyukur itu satu perkataan yg sesuai walaupun si ibu menderita ditipu..erm..
      mungkin perkataan lega ok kot..

      0

      0
  2. Mat K says:

    Sabar & stay strong, sayang.

    0

    0
  3. Anonymous says:

    moga parti umno terus kukuh demi menjaga martabat obama, yahudi dan kewajipan orang2 kafir di USA.

    0

    1
    • Honeybee says:

      Kalau benci sgt yahudi…x payah guna waze…main internet…main facebook…beli iphone…semua tu diorg yg buat…jangan hipokrit wei…..

      0

      0
      • profesor serba tatu says:

        heh dia org buat ada sebab. jgn ingat diorg buat sbb nk bg ko benefit semata2?? puhleze…since we are at that, baik ko google kebangkitan imam mahdi.

        0

        0
  4. miss kepah says:

    mendiang morais pun dikatakan kononnya tak terlibat penyiasatan 1MDB..apa lagi sebab mendiang dibunuh kejam mcm tu klu bkn sbb 1MDB??

    0

    0
  5. BENJO ALIN says:

    Tak lama buang la kes ni ..
    Apa la susah sangat ?
    Org isap dadah pun blh bebas ni kan pulak skdr pakai Sijil Palsu aje ..

    0

    0
    • Anonymous says:

      Kes dah jatuh hukum, dah setel la bang……. Nak buang apanya…..aduhai

      0

      0
    • Anonymous says:

      ape bonggok x pandai bce ker x pahm bhase melayu

      0

      0
    • aaakulahhh says:

      btol la die cakap..die still bebas tunggu rayuan…tengok kes SAFOOLLL bukhari tu…camana jadi…bontot punye pasal…happy najib n geng…lubang jubo terhebat di malaya…

      pasni lepas rayuan…didapati tidak bersalah la plak oi…

      tengok kes NFC…260jta x perlu bayar balik kepada kerajaan…kepada negara…harta 260juta tu kalau kasi kat rakyat berapa banyak rumah kos rendah dpt buat tu..leh bantu mangsa banjir sume…

      kepada penyokong umno…anda adalah lebih bodoh dr menteri2 yg bodoh ada skrng…

      0

      0
  6. Remy Ishak says:

    sebab tu la I tanak you dulu. sebab tak dapat share company, bapak u bagi org lain.

    0

    0
  7. jiji says:

    berkenan tengok mak ummi, nampak smart. beauty with brain i guess.

    0

    0
    • yuna says:

      memanglah, mak ummi pun datuk, pengarah syarikat sblum share dia dicuri. now dah dpt blk alhamdulillah. bukannya datin yg tumpang laki. mmg beauty with brain pun

      2

      0
  8. annoyma says:

    Happy sb ayah dipenjara?……kita tak tahu kisah sebenar perihal masalah keluarga isteri tua dan isteri muda..apa pun tak perlu tunjuk ceria sangat…he is still your father..good or bad.

    0

    0
    • Lara says:

      Bapak apa macam ni, mencuri dari bini sendiri. Sah sah pilih kasih bagi kat anak2 lain kan, mmg patut pun Ummi bersyukur.

      2

      0
  9. Anonymous says:

    Kenapa setelah di jatuhkan hukuman bole membenarkan penanguhan pulak???

    0

    0
  10. Anonymous says:

    penanguhanlah sementara rayuan ke high court….nak abis ke federal court lg 3 tahun kot….hahahha….by the way..tu kan bapak die…baik buruk pon masih bapak die pakai binti name die…dah kenape ko happy sgt umi? pelik aku…..

    0

    0
    • sukahati says:

      Well suka hati dia la kot nak happy. Bapak setakat donate sperm je apa guna… keadilan mesti ditegakkan

      0

      0
  11. anon says:

    Ade pengomen sakit otak kat sini…….ni blog gosip artis lah, bukan blog politik, takleh differentiate ke……

    0

    0
  12. dina says:

    pada yg menghina dan memfitnah najib tu get ready jer lah defend diri sendiri masa di padang masyar kelak….

    0

    0
  13. mak jenab says:

    mak ummie ni kan keluar tv n paper 2-3minggu lepas.. menang anugerah usahawan asean kalu xsilao teman. lawa nampak muda lagi.. masa bagi speech pun petah sedap halwa telinga .. sabarlah ummie, semoga ayah ummie insaf dan balik jelan yang benor

    0

    0
  14. semua kejadian ndak ada hikmahnya, semoga dengan kejadian ini memebrikan hikmah dan pelajaran bagi kita semua. popularitas dan ketenaran tidak jadi jaminan

    0

    0
  15. Wawa says:

    Mak ummi mcm muka aida rahim..

    0

    0
  16. Anonymous says:

    Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan. Syarat bahagia di dunia. Akhirat kekal selamanya pada Allah.

    0

    0