Written by Bella | November 20th, 2015

Pernah gagal dalam perkahwinan pertama dan sedang menghadapi masalah bersama isterinya Rozana Misbun sehingga ia dibicarakan di mahkamah, Awie akui hatinya terasa sepi dan memerlukan seorang isteri di sisinya baik pada waktu susah mahupun senang.

Saya sudah dua kali melalui alam rumah tangga dan yang kedua ini masih dalam perbicaraan mahkamah. Apa yang berlaku saya tak nafi turut beri kesan pada anak-anak. Seperti lelaki normal lain sudah semestinya saya perlukan seorang isteri yang boleh bersama saya waktu susah dan senang di samping boleh menjaga anak-anak dengan baik.

Mengakui sedang mengenali hati budi seseorang, Awir bagaimanapun enggan terburu-buru dan menyerahkan soal jodoh kepada takdir. Malah, jika beliau mempunyai rencana untuk berkahwin nanti, Awie mahu mendapatkan persetujuan daripada anak-anaknya sebelum membuat keputusan  tersebut.

Awie sangat memetingkan kebahagiaan anak-anaknya dan mahu mereka juga gembira bersama ibu mereka yang baharu nanti.

Saya ini lelaki anak lima, adakah wanita yang mahu serius berkawan dengan saya? Terus-terang, saya berkawan dengan ramai orang. Kini, ada seseorang yang sedang saya cuba kenali hati budinya. Biarlah kenal dulu, barulah boleh fikirkan fasa yang lebih serius. Bila dah jadi, saya pasti umumkan.

Asalkan ia boleh membahagiakan anak-anak saya, itu paling penting. Dalam hidup ini anak-anak lebih diutamakan. Kalau anak-anak kata okey, saya pun okeylah. Saya mahu anak-anak happy.

Biarlah segala dugaan hidup saya seorang menghadapinya. Kali ini kalau jadi kahwin lagi biarlah atas persetujuan anak-anak. Saya mahu anak-anak hidup gembira dengan ibu tiri.

Awie pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi serta pelakon popular Arni Nazira sebelum bercerai pada 16 Oktober 2006. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Putri Aleeya Antasha dan Puteri Aleefa Antasha.

Selepas itu, Awie berkahwin bersama Rozana Misbun  dan  dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha.

Sumber Berita: Mangga Online

26 responses to Awie Wings Akui Sedang Mengenali Hati Budi Seseorang

  1. Awiera says:

    Awie dgn Erra je la balik. Mana tahu mmg jodoh korang.

    0

    0
    • Anonymous says:

      uhhh..kes masih berjln kat court dan belom cerai lagi pn dah bsayang2 dgn yg laen.
      kot ye bagi setle dulu atau rahsiakan dulu.
      nanti tanggapan org buruk2 je.
      klu dah ade calon hope jgn muda tgedik2 nak tumpang femes.
      biarlah yg betol2 boleh pikul tanggujawab sebagai isteri dan ibu.

      0

      0
      • Anonymous says:

        org dulu2 pesan sebelum cari kebahagiaan, cari lah dulu keberkatan dan keredhaan dlm kehidupan kita. insyaallah bahagia akan menyusul..

        boleh ambik contoh your ex wife arni nazira.. dh bahagia dgn hidup dia sekarang

        0

        0
    • Pekerja Gomen says:

      Anak perempuan yg dengan Arni tu lawa sungguh..
      Mcm iras2 mak dia juga…

      0

      0
    • Anonymous says:

      erra xnak lah..erra nak pucuk muda kui3

      0

      0
    • lara alana says:

      kawen la banyak kali/ramai sekalipun, kalau dah jodoh siapa nk halang. jangan statement ni nak bg si bakal ex isteri cemburu ke? harap lepas dah dapat jangan nak tumbuk terajang pulak. erra pun taknak laki kaki pukul .

      0

      0
  2. krios says:

    Dengan Fara Fauzana ke? Mana la tau cinta lokasi anugerah skrin aritu haha~

    0

    0
  3. Tanti says:

    Yang ada taknak perbaiki kesilapan. Nk menambah penyakit cari pengganti lagi. Arni nazira pun dh move on jd muslimah.

    0

    0
  4. anonymous says:

    single jela awie senang..lgpun anak2 dh besar

    0

    0
  5. mimi says:

    naluri nafsu ada lagi biar lah cepat2 cari pengganti supaya dijauhkan maksiat dan fitnah…

    0

    0
  6. WTF says:

    Masalahnyer ”ORG” yg sedang dikenali tu lg hampeh dari rozana tu…confirm klu anak2 awie jumpa xkan nak nyer..

    0

    0
  7. nok gebuzzz says:

    awie ni penyanyang…utamakan anak2 dulu
    tapi single lagi baik kot…anak2 pon dah besar boleh berdikari sndiri

    0

    0
  8. Shhh says:

    better awie ko kawin jelah dgn Erra Fazira dia blh jdi isteri pertama..Rita Rudaini isteri kedua dan Fara Fauzana isteri ke3…apa amacam ok tak..

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Camner wanita tu bole di kenali hati Nye sebab Awie ni pendendam orang Nye , Rozana pun x nak di lepaskan Nye… nak move on camner????

    0

    0
  10. kak anon says:

    Komen Shhh dan Ngeh Win!..tersengih kejap dalam kekalutan..:)

    0

    0
  11. Anonymous says:

    Artis artis……cerita berjela…

    0

    0
  12. annoyma says:

    Kasi tau kat sume pompuan carilah calon suami yang lain kalo nak hidup aman….jangan tangkap muat jeh. Kalo dua bini dah lari tentu ada kisah benar disebaliknye

    0

    0
  13. sofea says:

    yg duk hentam awie ni msti kluage2 rozana..ptut pun kne bash da la exsen..suke tnjuk kaye..perabis duit laki..laki suh smpn tuk ank2 ko bli handbag..msuk akal ke..da2 la wat kje kurapat tu cik kak..kan da malu.berubah la ke arah yg lbh baik.awie pun jd kn la ni sbg pngajaran..cri pempuan bkn betina.

    0

    0
  14. Kemek Suhaiza says:

    adakah “seseorang” itu Erra Fazira yg sorang jugak skrang ni

    0

    0
  15. neffs says:

    sempoi lah awie

    0

    0