Written by Bella | October 30th, 2015

Kes penceraian Awie dan isterinya Rozana Misbun masih belum bertemu jalan penyelesaiannya. Setelah melalui beberapa episod dimana masing-masing ingin menegakkan hujah yang diberi, kini Awie sedang mempertimbangkan  untuk mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan  Rozana yang meminta nafkah sementara buat anak-anak mereka.

Kata Awie yang hadir pada sebutan kali pertama kes berkenaan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan semalam, peguam yang mewakili beliau Mohd Syafiq Norizan akan memasukkan bantahan awal tersebut pada 24 November depan selepas mendapati alasan yang dikemukakan oleh Rozana bagi permohonan tersebut tidak begitu jelas.

Rozana dalam tuntutannya meminta responden iaitu Awie membayar wang nafkah bulanan, perayaan, tempat tinggal, persekolahan dan kos pembantu rumah untuk dua anak mereka iaitu Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5 yang kini dibawah jagaannya.

Kes berkenaan didengar di dalam kamar dihadapan Hakim Syarie, Ibrahim Deris. Walaubagaimanapun Rozana tidak hadir pada prosiding berkenaan dan hanya diwakili peguamnya, Mohd Nor Afandi Dahari.

Sebelum ini mahkamah telah menyerahkan hak penjagaan anak sementara terhadap tiga orang anak mereka. Namun, Awie  dengan tegas tidak mahu menyerahkan anak sulung mereka Putra Ahmad Merah, 8  yang kini berada dalam jagaan penyanyi tersebut.

Agaknya apa kesudahan kes Awie dan Rozana ya? Kesian pulak anak-anak yang menjadi mangsa keadaan. Kalau boleh selesai cara baik apa salahnya, yang penting masing-masing kena buang ego dalam diri.

Sumber Berita: mStar Online

13 responses to Awie Mahu Bantah Permohonan Rozana Untuk Nafkah Sementara Anak-Anak

  1. Tyra says:

    Kita doakan yang terbaik, semua yang belakang ada hikmah. Sekolah masalah awie dan ex with diselesaikan cara Baik.

    0

    0
    • Pekerja Gomen says:

      Kalau ikut profile kedua2nya…. aku rasa anak2 akan lebih terbela dengan Awie. Awie ni mmg garang dan bengis, tp dengan anak2 mmg penyayang giler. Sebab tu anak-anak dia yang kecik2 tu pun pandai cakap “Nak tinggal dengan ayah.”

      0

      0
  2. juz me says:

    mmg xde org komen weh walawei

    0

    0
  3. awie says:

    Mengapa… aku yang tidak setia.. Syok lagu ni tajuk Xtau.

    0

    0
  4. Anonymous says:

    ini rupa2 nya orang kata apa yang kau buat itu lah yang kau dapat, lelaki yang baik untuk perenpuan yang baik, lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat

    0

    0
  5. Karma says:

    kenapa kena tuntut kos pembantu rumah untuk menjaga 2 orang anak tu. tak masuk akal.. anak sendiri punn… itu pun baru aje 2 orang. kalau semua tak mampu, kena nak berebut juga. Ini barulah dikatakan ibu yang mementingkan diri sendiri. Nak sangat anak tersiksa, tanggunglah sendiri.

    0

    0
  6. mawar says:

    hmmm rasa2 nyer kes ni nanti akan berlarutan dan sebanding dgn kes rita rudaini dgn tuntuttan2 yg x masuk akal….

    0

    0
  7. winslet says:

    tanggungjawab mencari rezeki membesarkan anak-anak jatuh pada ayah…samada anak duduk dgn dia atau tak duduk dgn dia,perbelanjaan anak2 mmg ayah kena tanggung….dlm kes ini
    1.sewa rumah…bhg 3,2/3 awie kena bayar
    2.perbelanjaan makanan setiap bulan…jika siisteri membawa bukti2 resit pembelian brg2 mentah n kering,2/3 awie kena bayar.
    3.perbelanjaan kasut,baju,seluar,keperluan sekolah mmg tgggjawab awie sepenuhnya .

    rozana keluarkan duit dia besarkan anak2 bawah jagaan dia sekarang,rozana dpt pahala,tp kalau dia tak nak kluar duit dia tak berdosa sbb itu tggjawab ayah…

    Senang cerita, tak nak bayar tak per, dunia boleh lepas…

    Akhirat, merangkak cari anak mohon kemaafan dan mohon settle hutang…

    akhi

    0

    0
  8. ketot pendek says:

    anak-anak sendiri pn tak suke kt rozana ni..

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Sebelum ni duit simpanan pun habis dibelanjakan benda tak tentu.. Tak mustahil naffkah konon utk anak ni dia kebas.. Huhu

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Kalau kes berlarutan,in d meantime,siapa beri nafkah?

    0

    0