Written by serenity | January 15th, 2015

Setelah mendedahkan bahawa isternya, Rozana Misbun, 37, mengamalkan perbuatan khurafat melalui bukti yang ditemui di rumah mereka perintah hak jagaan tiga anak Awie yang juga vokalis kumpulan Wings telah diketepikan.

Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Rozana untuk mengetepikan perintah yang diperoleh Awie sebelum ini.

Media Hiburan melaporkan, mahkamah turut memerintahkan Awie yang diwakili peguam Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, membayar kos RM5,000.

Dalam penghakiman yang dibuat, mahkamah berpuas hati bahawa secara keseluruhannya Awie tidak tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan sijil nikah dikemukakan untuk mendapat jagaan adalah tidak wujud dan tidak berdaftar.

Mahkamah juga berpuas hati bahawa sijil nikah tidak berdaftar di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang adalah satu dokumen yang tidak wujud dan tidak berdaftar.

Susulan itu, semua kes yang berkaitan termasuk permohonan hak jagaan kekal adalah dibatalkan.

Untuk rekod, pada 21 Julai tahun lepas, penyanyi rock itu berjaya mendapatkan hak jagaan sementara ketiga-tiga anaknya hasil perkahwinan bersama Rozana.

Pada 8 Ogos tahun lepas, Rozana yang diwakili peguam Jamal Lokman Mohd Sulaiman memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah hak jagaan sementara itu.

Nampaknya semakin menarik kisah perbicaraan mahkamah Awie-Rozana ini. Awie dikatakan tidak memberikan sebarang komen tentang keputusan ini, sebaliknya mahu berbincang dengan peguamnya.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

27 responses to Awie Hilang Hak Jagaan Sementara Tiga Anak Kepada Rozana

  1. milah heran says:

    lawanya anak dara dgn arni tu..sbijik arni..

    0

    0
    • mira says:

      Kesian rozana .. Terpaksa berpisah dengan anak .. Kepada Awie jangan kau nak menganiaya kaum yang lemah mcm rozana .. Ingat sikit pengorbanan rozana melahirkan anak ko.. Menahan sakit mengandung dan melahirkan .. Senang2 je ko nk pisahkan rozana daripada anak2 nya.. Sekarang lihat pembalasan Allah bagi sebab kau menganiaya rozana … Mahkamah dah batalkan hak penjagaan ko.. Padan muka ko Awie !!!!!

      0

      0
      • milah heran says:

        x payah nk emo mira oiiu..rumahtangga org biar dia settle la..kita org luar yg xde kena mengena x tahu sape yg btul ke tak..hanya Allah yg tahu..tringin la pulak nk tngok awie jiwang mcm dlu..dh la ganas2 abg awie,milah mmbesar dgn lagu dan filem abg awie,x sangka pulak dgr cite abg awie gengster dan blasah org..hri tu tngok abg awie pun milah takut nk g bgambar..tngok jauh2 je la

        0

        0
      • merot says:

        Mira masalahnya perangai rozana pun mcm tutttt … jer. Inilah padahnya bila sijil nikah palsu, isu club jual arak – lain kali paling teruk pun buka karoke jer, kes tomoi dgn rozana dulu termasuklah ank2 masih kecil. Jd mmg rozana yg yg dpt hak penjagaan ank tu wlpn sbg ibu dulu bkn ibu yg baik sgt pun. Taubat nasuhalah rozana. Di dunia awk lepas tp akhrt?. Klu awie x maafkn awk mandrem dia susahlh ler awk nanti kat sana. Bomoh siam lg. Ibu jahat mcm mana pun tetap ibu mrk smpi akhrt. Moga2 ank2 yg x da dosa tu jd ank2 soleh dn solehah. Awie pun satu tomoi smpi thp cedera. Dua2 sama je

        0

        0
        • cari yg benar je says:

          Salam., betul tu… hanya Allah yg mngetahui Nya… Jgn Sskali brmain ngan Kuasa Nya…If betul., Rozana, u ada buat… Brtaubat Nasuha la…Ingat, jgn di tambah Dosa yg sedia ada..Main Bomoh tu pun Dh jd Syirik…Jd la Ibu yg Trbaik.. Ank2 ni Amanah drp Allah… org yg Tiada Ank., Mronta2 nk Ank…Maaf drp Ujung Rmbut hingga Ke ujung jari…skiranya tulisan Sy ni, menyakiti Hati Anda…

          0

          0
    • saja nak cakap says:

      masih ingat dulu2 awie ada bisnes kelab malam???bila org komen..dia sombong..dia ckp saja nak cari nafkah utk anak bini..org lain jgn nak masuk campur..bini dia perangai tak betol mgkin sebab makan benda2 haram…kesimpulannya di sini..elakkanlah makan sebarang hasil dari sumber yg haram…sekian

      0

      0
      • merot says:

        Agaknya setan yg masuk kat badan awie yg ckp macam tu kot ….. maklumlah rozana dah bg makan benda2 kotor. Setan2 tu dah bersarang siap berank pinak buat perkampungan kat badan awie… hakhakhak.

        0

        0
  2. anon says:

    bile dah naik mahkamah macam ni la jdi nya..kesian anak2..segala nya bes terburai..mna yg org xtau jd tahu..kene plak zaman cyber mcm ni…makin cepat la segala info…moga dipermudahkan segala nya bagi mereka..

    0

    0
  3. tak habis lagi says:

    ni citer bleh baca daily kat paper…
    smlm kuar citer awie.arini rozana.esk awie.lusa rozana.and so on….

    0

    0
    • milah heran says:

      xkan nk kuar cite ko? masalahnya knal pun x..awie ke rozana biar la,aku harap sgt awie balik dgn erra mcm zaman sembilu dulu..mungkin erra boleh ubah awie..

      0

      0
  4. bby says:

    lps nie ank2 d kira shubha…ibu bapa plk rsanya kna nikah blk sbb surat nikah x berdaftar..

    0

    0
    • Marie says:

      Dik..
      Ade plak ank syubhah ke ape nye..
      Please check the knowledge first.
      Ttg rukun nikah & sebagainya
      Pendftran sijil nikah is one of the procedure in Malaysia.
      Klau dh nikah cukup syarat & rukun ny cme x berdftr xkn la ank jd syubhah…
      Kte hdup di Malaysia,follow the rules.Dftr sijil nikah..

      0

      0
      • sue says:

        betul tu. Kalau rukun nikah sah, sahlah nikahnya. Masalah sekarang ni, dia orang guna agen untuk daftarkan perkahwinan di Malaysia (undang-undang duniawi). menjadi lebih rumit, sijil yang dapat tu palsu pulak. part ni kena siasat balik lah. asal ada bukti dah kahwin kat seberang, tiada keraguan pasal status anak2 tu. cuma ambik masa lah jugak. Tapi si Rozana ni ambik kesempatan nak ambik hak jagaan anak. hak penjagaan Awie dibatalkan sebab teknikal issue je – Sijil Nikah Palsu.

        0

        0
  5. Anonymous says:

    Ni la masalah yg terpaksa ditanggung bila kawin di seberang dan balik sini tidak daftar, masalah menjadi rumit…

    0

    0
  6. asal tutup aurat jer kira muslimah says:

    wow this must be a hard blow for Awie..
    always in the best interest for the children.
    semoga dipermudahkan semuanya…
    the battle continues.

    0

    0
  7. Ibu says:

    jgn main2 berkahwin luar msia yg x dpt pengesahan & berdaftar lps blk msia, byk implikasinya, mereka bernasib baik dpt daftar sijil lahir anak2 kalau tak jadi haru biru bila nak skolah, nak nak lagi kes ni terjadi masa anak2 kecik lagi, so kalau terjadi bila anak2 dah nak kahwin satu masalah jugak sbb certain negeri mintak nk tengok surat nikah/cerai ibubapa, salah satu dokumen perlu utk process nikah

    0

    0
    • ashikin says:

      berat nie kalau anak-anak nak bernikah macam mana. surat nikah ibu dan bapa diperlukan semasa permohonan perkahwinan di Malaysia. Kesian kat anak-anak dia….

      0

      0
  8. Chipsmore says:

    sian kat budak2 tu…masalah family cmni lah punca anak2 memberontak

    0

    0
  9. nenek lampir says:

    Kenyataan ni keluar paper, nara amik sumber dari paper copy paste je ye?hahaha

    0

    0
  10. sotong hitam says:

    harap2 anak2 tidak mengambil kesempatan dari masaalah orgtue…

    0

    0
  11. melati says:

    nara ni lembab la update cerite.hayaaa.dari pagi aku bukak da tengah hari baru keluar cerite.roti kaya pun pg2 da update cerite.lambatt!!!!

    0

    0
  12. Anonymous says:

    Awie hilang hak penjagaan sbb teknikal je. Disebabkan sijil nikah palsu so mahk consider no case. So Awie kena buat step by step. Daftar dulu nikah tu. Bila dh dpt sijil nikah betul baru lah buat permohonan2 lain. Lawyer Syarie Awie sepatutnya dah tau…Nikah tu sah cuma takde rekod kat Malaysia. Status anak2 tak terjejas.

    0

    0
    • sue says:

      Well said. hak jagaan anak bukan dibatalkan sebab Awie pukul Rozana. Awie kena lah bertindak dengan pantas. Save your children from this women.

      0

      0
    • Anonimos says:

      Teknikal yg amat sukar kot…dgn keadaan skrg nak wat balik step by step mcm susah jer, kalau blom kecoh boleh la under table, skrg…hmmm…Lawyer tuh memang dah tau, apa2 kes pon lawyer mmg dah tahu, pasal tu mesti cakap boleh menang kes, janji bayar, menang kalah tanggung sendiri la oiii!!!

      0

      0
  13. minah jambu tk suka hipokrit says:

    kesian pulak minah jambu ngan awie…..cantek maria t sabri kt TV3 ni sweettt je …tapi minah jambu tengok maria macm dh kurus sikit ..bagos lah yeee lov u mariaaaaaaaa ..! emmmmmm kenape awie tk kawin betol2 ??????? n kenape ada sijil palsuu ???? eeeee tk paham lah minah jambu kawin yg semacam ini boleh palsu2kn sijil nikah pulak eh tk paham lah ! ape2 pon semoga awie tabah menghadapi prblem yg macm ni …untok rozanaaaaaaa u ingatttttttttttttttt u boleh menang nk dapatkn hak penjagaan anakkkkkkkkk…..kalau u menang pon u gi bomoh nye pasal …untok awie sabar aje ok n jaohkn diri u dari si rozana kaki bomoh tu ….lov u awieeeeeeeeee…

    0

    0
  14. Kurang faham says:

    Islam halalkan poligami jika suami mampu dalam pelbagai aspek. Masa berkahwin dengan Arni, Awie pula bercinta dengan Rozana tanpa pengetahuan Arni. Salah ke betul tindakan Awie dan Rozana ini? Apa yang merumitkan keadaan adalah pabila Awie dan Rozana pula telah nikah di Siam tanpa persetujuan dan pengetahuan Arni sebagai Isteri pertama. Betul ke tidak perbuatan mereka? Betul dari segi hukum hakam agama untuk pernikahan yang sah walaupun tiada persetujuan daripada isteri pertama. Bagaimana pula dengan hati perasaan seseorang isteri dan ibu kepada anak anak Awie? Adakah hati perasaan seseorang isteri memang tidak penting atau harus dijaga oleh suaminya? Rozana pula? Adakah cara dia bernikah dengan Awie dengan kahwin lari di Siam itu betul dan keluarganya setuju dan membenarkan keputusan anak gadis mereka?

    Hari ini pula berlaku semua benda yang menyedihkan ini, saya rasa kedua dua suami isteri ini harus fikir dan kaji semula kesilapan kekurangan masing masing. JIka ikut penerangan Awie, dia telah disihirkan oleh isterinya sendiri. Soalnya, kenapakah Rozana buat demikian? Adakah sebab dia rasa kurang keyakinan pada suami dan rumahtangganya yang dibina selama 9 tahun ini? Mengapa? Adakah sebab Rozana rasakan cara dia berjaya memenangi hati Awie sewaktu Awier masa suami sah Arni maka perempuan lain pun boleh ulangi langkah langkah seperti Rozana? Sebagai seorang isteri dan seorang ibu, apakah peranan utama dengan perwatakan tersebut? Tangan tepuk sebelah tak akan berbunyi. Awie pula? Adakah cara caranya menghormati bekas tunangnya,bekas isterinya,isterinya ataupun wanita yang lain? Mengapakah Awie lakukan semua ini dengan membelakangi bekas isterinya kemudian gagal mendaftarkan pernikahan keduanya dengan Rozana? Sebagai seorang suami, adakah Awie telah menjalankan segala kewajipan dan tanggung jawabnya berpandukan hukum hakam agama ? Sesebuah perkahwinan tidak mungkin akan bahagia jika kedua dua suami isteri bersikap “self-centred” tanpa memikirkan hati perasaan pasangan masing masing dan anak anak. Saya harap semua insan akan anggap kejadian ini sebagai satu pengajaran buat kita semua.

    0

    0