Written by Bella | January 5th, 2017

Dikatakan sebagai punca konsert Wings dibatalkan di Kota Kinabalu, Sabah, ada khabar angin mengatakan pemain gitar, Joe bakal digugurkan daripada kumpulan rock tersebut.

Walaubagaimanapun, Awie yang merupakan vokalis Wings enggan mengulas lanjut mengenai isu berkenaan dan berkata ia adalah masalah dalaman kumpulan mereka dan perkara itu masih lagi dalam proses untuk diselesaikan.

Buat masa ini saya tidak mahu komen apa-apa tentang perkara itu kerana ia adalah masalah dalaman kumpulan Wings. Biarlah kami selesaikannya secara baik terlebih dahulu, kemudian kami akan jelaskan kepada media.

Awie bertindak untuk berdiam diri mengenai khabar angin tersebut kerana tidak mahu perkara menjadi lebih panjang dan mengeruhkan lagi keadaan.

Jika saya buat kenyataan ia akan memanjangkan perkara ini dan dituduh membawa cerita pula. Biarlah kami selesaikan dahulu ya.

Joe juga nampaknya tidak mahu tampil menjelaskan perkara sebenar dan usaha media untuk bertanyakan isu ini juga gagal.

Agak sayang sebenarnya untuk lihat kumpulan Wings yang sudah berpuluh tahun membina nama bersama berpecah. Harapnya segala kemelut yang mereka hadapi dapat diselesaikan dengan cara baik.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

17 responses to Awie Enggan Komen Gosip Joe Bakal Digugurkan Daripada Kumpulan Wings

  1. Firdausi tnya mna pondan mak becok says:

    Tiada Joe = Wings Patah Sayap
    Joe Wings majoriti penentu utama sound gitar Wings & pcipta lagu wlopn dye bkn gitaris asal. & peminat nk dtg tgk Wings live sbb dye gk. Jd Awie baik ko setel cpt. Hehe.

    6

    0
    • Anonymous says:

      Karma…haritu mengata sgt kt Amy Search.
      Terbuktilah langit x sentiasa cerah.
      Ok buh baiii.

      18

      0
    • Anonymous says:

      bersara je lah. buat bisness ke…buka salon buang kutu ke.
      macam mariah carey kt parti new year. dah x tak kuasa menyanyi. lip sync pun dah x sanggup. belah mcm tu je.

      6

      0
    • minah jambu suka sahara yaakop says:

      ambek Uli jon roth sudaaa gantikn si joe n buang aje si joe ni lagi pon dia selekeh dengan rambot panjang tak kemas ngan jangot hadoiiiiii rimas betol tengok dia lah !! lov u awieee..

      1

      0
  2. sampai bila??? says:

    bukan semua org masih nk aktif. ada yg nk duduk relask aman damai bersama anak2 dan famili. sebab tu dlm mana2 organisasi ada sistem persaraan. ada yg mula sakit dan sebagainya. dekat2 lah diri dgn masjid atau madrasah wie. duit bukan segalanya.

    4

    0
  3. kejoraku says:

    Semua konsert rock memang camni eh. Orang dah beli tiket konsert, tiket flight, book unpaid leave, book hotel segala, which costs us around 2k okay, suddenly u cancel 3hari sebelum konsert. TIGA HARI tau?

    8

    0
  4. Anonymous says:

    sedangkan adik beradik pon gaduh inikan pula kumpulan rock…

    4

    0
  5. Penasihat Joe says:

    Difahamkan pemain gitar kumpulan Khalifah akan mengisi kekosongan gitaris kumpulan Wings. Nantikan lagu Assalamualaikum Ustazah versi Rock Kapak tak lama lagi.

    0

    0
    • Firdausi tnya mna pondan mak becok says:

      Lgu assalamualaikum ustazah dh mmg rock kpak…ko nk sruh tukar pe lg. Hahahaahahah

      0

      0
  6. Anonymous says:

    Adel ( AF2014 ) dah kahwin?????

    0

    0
    • Mimi says:

      Sudah. Dengan laki orang yang diskandalkan dengan dia dulu tu la. Muhamad Affan kalau tak silap.

      0

      0
  7. Anonymous says:

    joe dah terlebih stim,dulu sampai skrg tak berubah joe dan adik beradiknya,joe pun bukan anggota asal wings, Dulu era pertama Wings Awie ,Syam (CRK),Jojet (Gersang) dan Zul.

    1

    0
    • Firdausi tnya mna pondan mak becok says:

      First album je de Syam. Klu de gitaris len msk ataupn Syam…rmi x suke. Xkan de same leh solo gtar mcm Joe.

      0

      0
  8. AMIR says:

    AYDA JEBAT RATU CIPLAK

    https://youtu.be/xrYfcALZ14E

    0

    0