Written by Bella | June 20th, 2017

Penyanyi, Datuk Awie memberitahu syawal tahun ini agak berbeza kerana beliau baka menyambutnya di Thailand bersama isteri baharunya, Sharifah Ladyana. Walaubagaimanapun, anak-anaknya pula bakal menyambut hari raya bersama ibu mereka.

Inilah takdir hidup saya untuk beraya bersama isteri baharu. Tahun ini, saya akan beraya di Siam. Anak pula kemungkinan balik beraya dengan ibu mereka. Saya sendiri sudah lama tidak berjumpa dengan anak daripada perkahwinan kedua saya. Cuma abang mereka, Putra Ahmad Merrah, yang tinggal bersama saya.

Awie pada masa yang sama berharap agar Syawal tahun ini memberikan seribu satu keberkatan buat beliau sekeluarga dan insan yang beliau sayangi.

Bagaimana agaknya suasaa  menyambut Syawal di Thailand agaknya, ermm satu kelainan juga bukan? Apa-apa pun, harapnya perjalanan mereka ke sana nanti dipermudahkan.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Azlan Yaacob 

4 responses to Awie Dan Isteri Beraya Di Thailand

  1. Pak long renggos says:

    Bini baru hang takdak mak bapak atau sedara mara kaa..tanya jaa

    2

    2
  2. wekkkkkkk says:

    sukalh kemana nak beraya, ke bulan pun wa x heran, apatah lgi tanahbebas dri penjajah asing ni…dokat bonar gn Malaysia..

    1

    0
  3. Anonymous says:

    Siam ada sharifah juga ke?

    1

    2

Leave a Comment

Optional