Written by Bella | March 7th, 2016

Lebih daripada setahun turun naik mahkamah berkaitan kes memukul Rozana Misbun dan beberapa lagi perkara mengenai perkahwinan mereka, penyanyi rock akhirnya bebas daripada tuduhan mencederakan bekas isterinya itu dalam satu perbicaraan yang dijalankan di Mahkamah Majistret Ampang pagi tadi.

Ia atas persetujuan kedua-dua pihak untuk menyelesaikan perkara tersebut secara baik dimana Awie harus membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar kompaun sebanyak RM10,000.

Saya Ahmad Azhar Othman dengan tulus ikhlas dan suci hati, dengan mengambil kira kebajikan anak-anak dan demi menjimatkan masa mahkamah yang mulia ini, dengan ini mengemukakan permohonan maaf kepada Rozana.

Saya dan Rozana bersetuju bahawa ini merupakan jalan terbaik untuk menyelesaikan episod hitam di dalam hidup kami bagi meneruskan perjalanan hidup kami masing-masing.

Terdahulu, Majistret Ayuni Izzati Sulaiman bertanyakan Rozana sama ada dia bersetuju kesalahan bekas suaminya dikompaun sebanyak RM10,000 dan wanita itu yang memakai kemeja putih dan berselendang hitam menganggukkan kepalanya.

Awie juga sempat meluahkan rasa syukur dan lega kerana segalanya boleh diselesaikan dengan baik.

Sekiranya kes ini berlanjutan, ia tidak memberi apa-apa faedah kepada saya, masa depan, kerjaya dan anak-anak. Ini adalah satu perkara yang paling baik InsyaAllah saya boleh meneruskan kehidupan dan kerja saya dengan lebih baik selepas ini.

Terima kasih pada mahkamah, peguam, keluarga dan kawan-kawan saya yang banyak membantu dan memberi sokongan kepada saya selama ini.

Alhamdullilah,akhirnya masalah ini sudah dipermudahkan buat mereka berdua. Baguslah kalau tidak memanjangkan perkara ini, bak kata Awie memang tiada faedahnya. Harapnya selepas ini Awie dan Rozana akan bahagia dengan kehidupan masing-masing.

Sumber Berita : mStar Online

44 responses to Awie Bebas Tuduhan Pukul Rozana : Bayar Kompaun RM 10,000 Dan Mohon Maaf

  1. mas says:

    baguslah Awie mengaku salah. nak tipu macam mana. bukti laporan medical cukup. lain kali kawal baran tu. ngatkan selama ni x sedar kes ni tak denya boleh menang. lagi pun she is the mother to your kids lah.

    0

    0
  2. dina says:

    adil ke mcm ni?
    dah belasah bini pastu tuduh ada ilmu hitam ..malu dan jatuh kan maruah ibu kepada anak2 …boleh senang mintak maaf jer.

    0

    0
  3. annoyma says:

    sepatutnya masuk JAIL……manusia bedebah…aniaya orang lebih lemah. Bebas di dunia….diakhirat blum tentu lepas dari siksaan. boikot semua lagu dan filem dia!!

    0

    0
  4. Peah says:

    Baguslah jadik lelaki. Pukul lepas tu minta maaf pas tu bagi duit dah setel. Apa beza dengan 50 shade of grey ye..

    0

    0
  5. Anonymous says:

    10,000 jerr?.nape tk minta 100,000 ke..1 juta ke..must teach this pakcik a lesson…kena bagi hukuman juga kat pakcik ni sebagai pengajaran supaya lain kali jangan senang2 nak pukul isteri..the damage has been done..

    0

    0
  6. Anonymous says:

    errr… minta maaf tanya. kalau kompaun tu dpt kt ex wife dia ke? atau kerajaan malaysia?

    0

    0
    • sue says:

      Bayar kat wife melalui lawyer kepada lawyer. bukan kerajaan dapat duit. Sebagai pampasan untuk selesaikan kes secara baik. tak semua kes boleh dikompaun. Kesalahan kecil je boleh kompaun.

      0

      0
  7. Yekeni says:

    Apabila wanita teraniaya, gantiruginya 10k, 30k, yg free pun ada. Tak setimpal dengan kemampuan laki….

    Apa boleh buat….. Hakim boy or girl eh?

    0

    0
    • lela says:

      Yang mana lebih penting, ego atau kebajikan anak-anak? saya rasa dia orang settle baik sebab fikirkan kebajikan anak-anak. lebih baik Rozana settle dan terima bayaran nafkah anak-anak setiap bulan daripada menuntut 30k. Kos peguam lagi siapa nak bayar. Jangan persoalkan hakim pulak yerr. Awie dan Rozana yang pilih untuk selesaikan secara baik. Hakim cuma mengesahkan perjanjian yang telah disampaikan peguam masing-masing. Kalau tak tau prosedur jangan main hentam je.

      0

      0
      • Yekeni says:

        I kenal someone yang dipukul terajang oleh suami. Dia kata sakit tak tertahan. Perut ditendang, kepala dihentak didinding, tulang belakang ditumbuk mcm nak pengsan. Pernah sekali dia cuba bunuh diri dgn menelan segala apa pil yg ada. dia pun selalu mengalah demi kebajikan anak2. Tahan aje sampai anak besar. Dia mcm badi bila laki dia bad mood. Lelaki sedap menggunakan physical. Tangan jantan kuat tau. Lepas tu, settle demi kebajikan anak2. Perempuan selalu ditindas. When it happen to you or your daughter, suruh redha ajelah demi kebajikan anak2.

        0

        0
        • lela says:

          itu bodoh namanya. Bagi tau kat kawan awak, kalau dah tahu suami kaki belasah, repot lah polis biar suami masuk jail, buat medical check up. pegi mahkamah syariah failkan cerai, pegi mahkamah sivil failkan tuntutan sivil puluh ribu untuk kecederaan. Kenapa nak biar diri ditindas macam tu? Kes ni tak sama ok. Yang kita tahu dan yang kita dapat dari akhbar blog Rozana dipukul sekali tu je. kenapa nak samakan dengan kes kawan awak tu? Dia orang dah pilih nak settle cara baik, kenapa kita nak persoalkan. Kawan awak yang pilih jalan tu, setel cara baik untuk kebajikan anak-anak dia. kenapa awak nak hentam orang lain pulak, awak marah lah kawan awak tu.kalau dia tak repot takde orang tahu. Pahamkan, takde repot takde kes. simple as that.

          0

          0
        • lela says:

          simple je dik. kalau dah tau suami kaki belasah pegi lah repot polis. Pegi mahkamah syariah failkan penceraian, pegi mahkamah sivil failkan saman tuntut ganti rugi kecederaan. Kenapa nak biar diri dipukul suami macam tu.? itu bodoh namanya. Kes ni tak sama dengan cerita kawan awak tu. Kawan awak tu redha jadi punchbag suami dia. Yang kita tahu dan dengar dari berita, blog artis, Rozana ni cuma dipukul sekali tu je. patah hidung berdarah telinga. Siap ada gambar lagi. Dia orang nak setel luar secara baik, kenapa kita nak persoalkan pulak. Kalau kawan awak tak buat aduan tak jadi pape kat suami dia pun. takde repot polis dari kawan awak tu tak jadi kes. itu pilihan dia. simple as that.

          0

          0
      • Yekeni says:

        Ermmmm what did you say?? Settle secara baik? Demi kebajikan anak2? Now nak file saman lagi..

        Sebenarnya jumlah itu adalah denda maksimum yang diperuntukkan bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan. – Max 10k? Wow! Ciputnya… Kalau patah tangan tak boleh kerja setahun? Pun 10k?

        Kena sekali pukul ke, 100 kali pukul ke, kalau dah sekali letak tangan dgn perempuan, jantan apa tu?

        Kalau sekali pukul, terus innalillah? Kalau sekadar sepak kerana emosi, masih boleh terima. Kalau bertubi2 lanyak sampai jadi gitu muka kawan tu, boleh ke terima?

        Ni bukan pasal minat ke tak minat. I minat wings dari zaman remaja sampai sekarang. Ini soal jantan bantai bini.

        0

        0
  8. melah janda says:

    aku sebagai pompuan mmg terasa kesakitan rozana dibelasah smp camtu sekali…tapi sebagai lelaki awie turut merasa kesakitan bila ditipu isteri smp hilang sabar yang keterlaluan, tapi kita tak berada ditpt dia…so kita sebagai orang luar jangan la suka2 nak kutuk awie/rozana…ye dua2 ada silap..itu ada benarnya…bukankah jalan penyelesaian mereka itu juga bagus, demi anak2..kalau ikutkan emosi rasanya mmg smp kesudah kes dorang tak kan selesai…muhasabah lah ye…buka buku baru

    0

    0
    • Kemboja Putih says:

      ye betul tu kak melah janda…
      masing2 ada wat salah..dan masing2 setuju utk settle kan kes demi masa dpn masing2 dan masa dpn anak2..
      org luar tak perlu pertikaikan!

      saya doakan yg terbaik buat mereka, especially buat anak2 mereka yg sedang membesar..

      jadikan pengajaran atas setiap apa yg berlaku ke atas diri masing adalah lebih baik drpd menyalahkan pasangan/bekas pasangan kita…..

      0

      0
      • Kembara jalanan says:

        Awie dh mengaku salah, si Rozana tu bila pulak nak mengaku.. asyik bajet teranaiya je.. saya benci pada isteri yg x amanah dan benci jugak pada suami yg kaki pukul.. tapi dlm kes ini korang kena fikir kenapa awie hilang kawalan sampai pukul si Rozana.. sebab.. dia bapa yg baik.. terlalu memikirkan kebajikan anak2 dan dia marah pada bekas isteri sebab tak amanah.. tapi x sangka pulak seorang ibu boleh hilang pedoman hingga rakus menggunakan duit anak2 demi kepuasan diri sendiri… Kalau saya silap maaf ye.. tapi sifat manusia satu je.. susah sgt nak jadi amanah….

        0

        0
        • Maizatul Mohd says:

          Hopefully bila kau buat salah nanti kau pun kena sepak terajang ngan laki kau.

          0

          0
    • minah jambu terlajak habis says:

      memang patut muka rozana tu kena belasah ngan awie huh ! sape suroh rompak duit awie PADAN MUKA ! tk payah nk kesian kesian ngan pompan puaka macm ni huh !

      0

      0
  9. Sue says:

    Kes ni dah lama, bila masing-masing dah boleh move on dan terima hakikat yang dia orang tak boleh hidup bersama, masing-masing dah sedar kesalahan sendiri, siapa kita nak menghakimi keputusan Rozana. Mesti dia ada sebab. mungkin sebab anak.bila selesai kes ni, dia boleh tuntut nafkah anak dari Awie pulak. Awie tak ada masalah kot nak bagi sebab anak dia jugak, dari biarkan kes ni berpanjangan nanti nasib anak tak terbela. Setiap peguam akan menasihatkan anak guam masing-masing untuk menyelesaikan kes secara baik bagi memudahkan semua pihak. Lagi lama lagi banyak aib terbuka. Wartawan segera pun ramai. Demi anak-anak tak salah berbaik supaya boleh teruskan hidup. Kita jangan jadi batu api pulak ok. Saya doakan kedua-dua nya, Rozana dan Awie dapat menemui sinar bahagia yang baru.

    0

    0
  10. melati says:

    kita tak tahu , siapa yg benar jgn kutuk2…yg makbul kan lah doa saya agar Neelofa & Adik nya dikawinkan dgn Kambing…

    0

    0
  11. Anonymous says:

    10k harga mengaibkan dan memukul..unfair

    0

    0
    • minah jambu terlajak habis says:

      ok la tuu 10ribu better than nothing..lov u awieee….eemmuah hahaha…!

      0

      0
      • Maizatul Mohd says:

        Kasi awie sepak terajang kau lah pulak. Since kau tergila2 kat awie ni. Nanti dia kasi kau 10k

        0

        0
  12. Anonymous says:

    sabar lah Awei & Rozana…yg penting minta cepat kan perkahwinan Neelofa & Adik nya dgn Kambing….

    0

    0
    • minah jambu terlajak habis says:

      ape ni asek asek kambing kambing tkan kambinggg aje kenape tk kerbau ?

      0

      0
  13. ibu says:

    kalau awal2 bole fikir rasional & tak ikut perasaan pasti tak berlanjutan begini, syukur lah dah selesai, yg penting lepas ni tutup mulut tak perlu diungkit2 lagi, masing2 move on

    0

    0
  14. Anonymous says:

    Ramainye duduk 1 rumah dgn Awie ni…tau segala hal rumahtangga dorang ek…isyh2

    0

    0
  15. Anonymous says:

    Ramainye yang duduk 1 rumah ngan Awie…tau aje segala hal yang terjadi dlm rumahtangga dorang ek…

    0

    0
  16. Anonymous says:

    KEBERKATAN.

    Bila hilangnya keberkatan dlm rumahtangga maka Allah uji dgn sikap pasangan.

    0

    0
    • kak melah janda says:

      betul..tapi setiap dari kita beza ujiannya…manusia boleh berubah apa…jangan berasa diri terlalu perfect hingga melihat kekurangan rumahtangga pasangan lain seperti menanti titik cerai…berdoalah…semoga hidup kita juga diberkati Allah…jauhi sikap takbur dan riak..tak berkat juga amalan tu nanti tau :)

      0

      0
  17. Anonymous says:

    slalunya mcm nila kes2 kt luar2 tu.awal2 isteri bkn main report kt mahkamah last2 bila fikirkn anak2 trus ubah fikiran.elok jgkla kalo si awie tu msk jail sape plk nk bg makan anak2 dia

    0

    0
    • sue says:

      kann..! kalau lah orang faham sebab apa Rozana setuju selesai baik. Semua rang tak puas hati Awie tak masuj jail. Sapa nak bagi makan anak-anak? Nak harap Rozana, dia tak kerja. tau habiskan duit je

      0

      0
  18. melati says:

    Neelofa & Adik dia bakal kawin gan Kambing…Relax jerrrr…mesti boring kan…..itu lah Melati, selagi Neelofa & Adik nya tk kawin dgn Kambing …tiap hari saya akan hina Neelofa & Adiknya……Ya Allah ..cepat kan lah jodoh Neelofa & Adik nya dgn Kambing..

    0

    0
    • hamba Allah says:

      Ya Allah, Engkau balaslah kejahatan melati dunia akhirat sbb tak insaf2 hina org. Haritu dgn babu khinzir, ni dgn kambing, biar melati terima apa yg dia doa
      dan kutuk, amin…..

      0

      0
  19. Anonymous says:

    Ni kat spore dah kene jail…..maaf maaf xterima…follow d law..lesson to other couples … men who beat wife r coward…

    0

    0
    • luna says:

      kat Malaysia pun selalunya kes macam ni memang masuk jail…. tapi mungkin kes Awie ni dia bernasib baik .

      0

      0
  20. Anonymous says:

    Kemaafan adalah dendam yang terindah

    0

    0
  21. bang mat jiwa says:

    Dlm Islam seorg suami tdk boleh memukul isteri sehingga mendatangkan kecederaan parah..apa jua perlakuan isteri baik atau buruk itu semua atas didikan suami..kesimpulannya awie bukanlah seorang suami yg beriman dan beramal soleh…sekian.

    0

    0
  22. Anonymous says:

    lihat lah balasan kepada pasangan yang menipu pasangan sendiri…. awie suka curang, dulu dengan Erra putus tunang sebab curang dgn arnie sudah arnie bagi anak curang …. kawin dengan rozana di siam….. semua perkhawinan nya tidak berkat, cari rezeki pun buka kelab malam, lepas tu lagak2 orang baik… padahal mau meraih simpati peminat jadi bapa contoh konon…….. once penipu always penipu dan pembohong….. dia kurus sebab memikirkan habis duit …..

    0

    0