Written by AbangNara | June 15th, 2016

Penyanyi dan pelakon Awie mengaku tidak pernah memberi wang untuk perbelanjaan dua anaknya yang kini di bawah jagaan bekas isteri, Rozana Misbun.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, berkata, dia tidak memberikan wang kerana tidak melihat sendiri anaknya sejak dilarikan Rozana dua tahun lalu.

Menjawab soalan peguam Nor Afandi Dahari yang mewakili Rozana, 38, dalam perbicaraan tuntutan nafkah di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan semalam, Awie menjelaskan, dia menanggung penuh perbelanjaan keluarganya sepanjang tempoh perkahwinan dengan pendapatan lebih kurang RM40,000 sebulan.

Ditanya Afandi adakah Awie mempunyai usaha untuk menjenguk anaknya yang berada di bawah jagaan Rozana, Awie berkata, dia tidak pernah pergi ke rumah tempat tinggal Rozana dan anak-anaknya.
awieMenjelaskan lebih lanjut, Awie mendakwa rumah yang dihuni mereka berpuaka dan ada banyak ‘setan’ maka dia tidak pergi ke sana menjenguk anak-anak.

Selain itu, Awie menambah, dia tidak cuba pergi ke kediaman keluarga Rozana kerana keluarga Rozana tidak menyukainya dan pernah dimaki hamun seolah-olah tiada langsung kebaikan dalam dirinya.

Saya tunggu hari demi hari, bicara demi bicara. Saya harap dapat jumpa anak-anak saya kembali,” katanya.

Sementara itu, ketika disoal semula peguamnya Mohd Syafiq Norizan, Awie berkata, dia sentiasa bersedia membelikan barangan keperluan anaknya dengan membawa dua kanak-kanak tersebut keluar membeli-belah bersama.

Melalui tuntutan nafkah anak yang difailkan Rozana pada 5 November tahun lalu, Rozana menuntut perbelanjaan makan dan minum serta kelengkapan diri berjumlah RM3,000, kos tempat tinggal (RM1,500) dan bayaran pembantu rumah untuk Putra Ahmad Rezzki, 8, dan Puteri Qasseh Antasha, 6.
awie
Rozana juga menuntut RM2,000 setiap tiga bulan untuk pembelian pakaian, RM1,500 bagi perbelanjaan persiapan persekolahan dan RM3,000 untuk persiapan pakaian sempena perayaan.

Tuntutan dibuat mengikut Seksyen 73, Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Sementara itu, pada prosiding sama, pengurus peribadi Awie, Ahmad Fahizad Mohd Idris, 37, yang dipanggil sebagai saksi defendan dalam keterangannya berkata, selain menguruskan jadual kerja Awie, dia juga sedikit sebanyak menguruskan rumah dan perbelanjaan keluarga itu.
awie
Menjawab soalan Mohd Syafiq, Fahizad berkata, Rozana tidak amanah dalam menguruskan perbelanjaan keluarga kerana membelanjakan wang yang diperuntukkan untuk keluarga untuk kepentingan sendiri dengan membeli pelbagai barangan termasuk beg tangan dan kasut.

Ahmad Fahizad berkata, Awie telah membayar nafkah anak sementara sebanyak RM1,600 bermula Mei lalu seperti yang diperintahkan Mahkamah Tinggi Syariah bulan lepas.

Hakim Syarie Che Saupi Che Hassan kemudian menetapkan 15 Ogos ini untuk keputusan. Sumber Sinar Harian.

awie

P.S: Nak mendirikan masjid lepas Aidilfitri nanti? Abadikan detik indah tersebut dengan mendapatkan jurugambar terbaik yang pernah Abang Nara ketahui iaitu Ryaniez Moments Photography. Tempah sekarang untuk dapatkan harga promosi sempena bulan Ramadhan. Profesional, album siap on time, harga berpatutan, tak berkira, mesra dan mudah dirunding. Confirm puas hati punya. Maklumat lanjut mesej/telefon/Whatsapp ke 016-5564408 atau boleh PM di Facebook Ryaniez Moments Photography.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

15 responses to Awie Akui Tidak Pernah Beri Wang Perbelanjaan Untuk 2 Orang Anaknya

  1. Anonymous says:

    macam boring pula aku tengok gmbr awie dan rozanna yg sama ja..

    0

    0
    • Anonymous says:

      salah jwb cmtu..memang xkn dpt la hak jagaan kat awie..
      sebab hakim nmpk tak de inisiatif nak jumpa & xbertanggungjawab

      0

      0
  2. Anonymous says:

    tak paham manusia ni… bila dia x bagi jumpa dia x piker pula apa yg orang lain rasa …

    0

    0
  3. canmalican says:

    abg awie, bulan ramadhan ni puaka ngan setan takde, kikiki

    0

    0
  4. terpijak taik says:

    jantan melayu, tau buat anak tapi tak tau jaga dan tak bertanggungjawaab

    0

    0
    • natalie says:

      salah tu. kalau awie tak bertanggung jawab dia tak akan jaga anak dia yg lain 3 tu. dia tak akan byr duit nafkah 1600. dia tk pergi tgk sebab dia tau bila dia pergi umah ex wife dia , dia akan kena maki hamum semua dan belum tau pun dpt tgk anak anak dia. buat apa pergi kalau kena treatment gitu. awie jgk ada cakap dia tak kisah belanja skolah atau utk apa apa belanja anak dia tapi dia nak bwak anak anak dia kuar shopping sendiri bukan kasi duit pada ex-wife dia. jgn baca title je. baca la sampai habis. comment nie takde kena mengena ngan kes tumbuk awie pada ex-wife. hehe.. tu mmg awie salah tapi dlm bab anak2, awie mmg tanggungjawab dan sygkan anak anak dia smua. tak bole dinafikan.

      0

      0
  5. Anonymous says:

    tapi reason x jumpa anak mmg x boleh terima dari bapa yang pukul canang sana sini saying kan dua anak Nye lagi.. kena maki ke apa ke telan je la … janji dapat jumpa anak…Tuhan kan ada…
    Boleh declare lagi RM40,000 punca pendapatan sebulan….

    0

    0
  6. dina says:

    come on lah awie…make an effort nak jumpa anak2 tu…kau tu kan gangster…kau bawaklah puaka2 dan setan2 kau pulak pergi rumah rozana.

    0

    0
  7. Juju says:

    Tak sangka awie takut hantu seten…ingatkan berkawan baik..

    0

    0
  8. along says:

    Amboi bukak perniagaan club malam xde pulak rasa hantu,syaitan bertapak dlm club..sburuk mana pom seorg ibu dia xkn bg anak dia kelaparan..gaji 40k kot xkn satu sen xbg..

    0

    0
  9. bodopiang says:

    mohon faham maksud disebalik berpuaka dan banyak setan tu ..
    aku rasa korang semua xde la bodoh sangat tu
    keh keh keh..

    0

    0
    • makjenab says:

      hahaha…aku rasa aku paham maksud ko. puaka setan pakai lipstik n henbeg chanel

      0

      0
  10. Rosmerah says:

    Padan muka…ambik ko ubat. Dulu dgn Arni ko cakap ‘Standby bawak tissue bnyk-bnyk at makhamah’. Sekarang ko rasekan Rozanna hentam ko balik. Baru ade ‘fight’!!

    0

    0
  11. semoga cepat berdamai says:

    bile bercerai yg kesiannye anak2..
    semoga keluarga ini cepat berdamai walaupun dh x sehaluan.

    0

    0
  12. Tak minat langsung says:

    Samseng NARCISSIST! Giler attention memanjang. Tak gentleman sikit pon, Kaki pukul. Ketot muka kembang perasan lebeh. Rekaan lagu pun ntah apa2 ntah. Boring

    0

    0