Awie Akui Terharu Anak-Anak Rapat Dengan Ibu Tiri

Hiburan

Awie Akui Terharu Anak-Anak Rapat Dengan Ibu Tiri

Pernah dihimpit kontroversi kerana penceraian beliau dengan Rozana Misbun, kini penyanyi Awie sedang berbahagia selepas berkahwin dengan Sharifah Ladyana pada 7 Oktober lepas.

Apa yang membuatkan Awie lebih gembira ialah ketika melihat anak-anaknya cukup rapat dan bahagia di bawah jagaan Ladyana sebagai ibu tiri mereka.

Advertisement

Awie akui beliau terharu dengan kasih sayang serta pengorbanan isterinya itu demi anak-anaknya.

Alhamdulillah anak-anak sangat rapat dengan isteri. Mereka memanggilnya ‘mummy’. Dulu saya pernah beritahu hanya orang ‘gila’ saja yang mahukan saya yang sudah memiliki lima anak, tetapi saya kagum dan terharu melihat dia (Ladyana) mengambil cabaran untuk memikul tanggungjawab dalam menjaga serta memberi kasih sayang terhadap anak-anak saya.

Saya juga kagum melihat cara dia menghabiskan masa bersama anak-anak walhal dia masih muda dan tidak mempunyai pengalaman. Namun, dia berusaha menjadi ibu yang terbaik.

Tambah Awie, sejak berkahwin mereka sama-sama menguruskan persekolahan anak-anak.

Setiap hari dia akan menguruskan persekolahan anak-anak. Kadang-kadang saya kasihan melihat dia menghantar dan menjemput anak dari sekolah tetapi dia menawarkan dirinya kerana minat dan selesa.

Antara sebab utama saya mempercepatkan proses perkahwinan ini juga adalah disebabkan perkara ini. Saya nak pastikan anak-anak tidak berasa kekurangan atau ketinggalan serba-serbi.

Ini merupakan perkahwinan ketiga buat Awie. Sebelum ini, Awie pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Arni Nazira Anuar pada 1998 yang bertahan selama lapan tahun dan dikurniakan dua anak.

Awie kemudian menikahi Rozana Misbun pada 2006 tetapi tidak tinggal sebumbung sejak 2014.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...