Written by Bella | January 11th, 2016

Masalah rumah tangga Awie dan isterinya Rozana Misbun cukup memberikan kesan buat anak-anak mereka sehinggakan mereka bersetuju untuk Awie berkahwin lagi.

Namun, Awie memberitahu fokus beliau kini adalah ingin membesarkan anak-anaknya dan mengukuhkan lagi kewangan demi menyara mereka semua.

Apabila anak saya cakap, mereka terbuka hati untuk ayahnya kahwin lagi, saya hanya tersenyum dan tergelak dengan telatahnya. Tapi saya rasa buat masa sekarang memang tidak terlintas langsung untuk ke arah itu. Kes mahkamah saya pun masih belum selesai.

Lagipun saya lebih selesa sibukkan diri dengan karier seni dan pada masa yang sama banyak luangkan masa bersama dengan anak-anak.

Perkara seumpama itu amat penting buat kami agar hubungan ini terus akrab dan melihat mereka membesar dengan lebih baik.

Enggan melupakan segala kenangan pahit yang menimpa dirinya, Awie bertindak untuk berpindah ke rumah baharu tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, beliau tidak mahu mendedahkan lokasi kediaman baharunya itu.

Pindah rumah adalah perkara yang penting untuk membina suasana baru. Ke mana saya pindah itu tidak perlu tahu kerana ia adalah rahsia.

Terlalu banyak sangat kenangan pahit yang wajar untuk dilupakan. Jadi diharapkan di rumah baru nanti, kehidupan saya dan anak-anak kembali menyinar.

Meskipun Awie seorang lelaki yang tampak “ganas” beliau masih lagi memerlukan kasih sayang seorang wanit yang mampu menjaga beliau dan anak-anak.  Harapnya ada jalan terbaik untuk Awie dan Rozana menyelesaikan persengketaan mereka.

Sumber Berita: Murai

14 responses to Awie Akui Anak-Anak Izinkan Beliau Kahwin Lagi

  1. Anonymous says:

    betul pula kan kifarah berlaku bila2 masa sahaja

    0

    0
  2. neutral says:

    kalau iya pun anak2 suruh kahwin lagi…lebih baik artis2 yg bercerai ni tak payah umum di media sosial…syok sangat kali balik2 kahwin…mmm

    0

    0
  3. Anonymous says:

    emm

    0

    0
  4. Anonymous says:

    enggan melupakan ke enggan mengingati. aiyoyo. mujur aku dapat tangkap point. writer oh writer

    0

    0
  5. Anonymous says:

    kawin jak lah dengan rita rudaini…….

    0

    0
    • minah jambu terlajak habis says:

      eemm fafau pon dia single boleh lah kawin ngan dia sama2 gemok bontot besar !

      0

      0
    • minah jambu terlajak habis says:

      ngan rita tk bolehhhh dia tk suka jantan ada jangot misai semua dia rimas tau tak huh !

      0

      0
  6. Anonymous says:

    I <3 datuk seri vidaa… jum support datuk seri vidaa…the besttt

    0

    0
  7. bwerrgghh says:

    siapa lah crackpot yg kejar berderet line nak jadi bini kaki pukul ppuan ni . Hemsem macam hippo .

    0

    0
  8. Maria Rahman says:

    Kalau berani kawin lah ngan dia…mula2 tu mmg lah bahagia…lepas tu dah beranak..silap sikit je..hah! Siap lah kau…!! Ada ke yg berani..?

    0

    0
  9. Anonymous says:

    hensem mcm hippo<<hippo leher dia bertingkat2 ker..?huhu..bgi aq hippo gi comell

    0

    0
  10. din says:

    nk kawin lg tu blh tp sblm tu perbetulkan la diri sendiri tu dulu….muhasabah…jd suami bkn setakat bagi makan pakai tempat tinggal je tp didikan dan contoh yg baik haruslah seiring…

    0

    0
  11. Hurts.... says:

    motto artis bab kawin…cerai
    Bila diistiharkan…saya bersyukur.. ini jodoh saya
    Bila cerai, saya redah…jodoh saya setakat ini
    Selepas cerai, saya terima…kalau dia jodoh saya
    Alasan nak kawin…..Anak2 izin saya kawin
    Puiii…..tolonglah…
    Dah terlajak baligh…
    Pakai Akal bukan alasan…..

    0

    0
  12. mak kuntum says:

    lawa wei awek si awie ni..anak2 pun dah mesra, so aauuuwiiieeeeeeeeeee jangan tunggu lama2

    0

    0