Awie Adakan Majlis Resepsi Perkahwinan Hujung Minggu Ini

Hiburan

Awie Adakan Majlis Resepsi Perkahwinan Hujung Minggu Ini

Sah bernikah dengan Sharifah Ladyana pada 7 Oktober 2016, penyanyi rock Awie memaklumkan beliau bakal mengadakan majlis resepsi perkahwinan pada hujung minggu ini di sebuah pusat peranginan yang tertelak di pinggir Kuala Lumpur.

Advertisement

Majlis itu diadakan secara sederhana dan tertutup serta dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat sahaja.

Majlis meraikan perkahwinan saya itu hanya diadakan secara kecil-kecilan sahaja untuk keluarga, saudara-mara dan teman-teman rapat sahaja. Majlis resepsi itu akan berkonsepkan busana Melayu kerana saya amat menyanjungi adat Melayu .

Awie dan Ladyana bernikah di Thailand dan ia merupakan perkahwinan yang ketiga buat Awie yang sebelum ini pernah berumah tangga dengan penyanyi Arni Nazira dan Rozana Misbun.

Menerusi perkahwinan dengan Arni Nazira, Awie dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Puteri Aleeya Antasha, 17, dan Puteri Aleefa Antasha, 15,

Hasil perkahwinan dengan  Rozana pula, Awie  memperoleh tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 10, Putra Ahmad Rezzki, 8, dan Puteri Qaseh Antasha, 7.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...