Written by Bella | November 25th, 2015

Agak lama juga Awi Rafael menapak dalam industri hiburan Malaysia, namun baru-baru ini ada pihak yang mendakwa beliau tidak mempunyai sebarang permit kerja dan hanya menggunakan pas lawatan untuk mencari rezeki di Malaysia.

Mendengar tuduhan tidak berasas itu, Awi menegaskan beliau tidak pernah menjalankan aktiviti seni di Malaysia dengan menyalahgunakan pas lawatan beliau. Jelas Awi, segala urusan mengenai permit dan hal undang-undang di negara ini telah di uruskan oleh syarikat rakaman beliau Warner Music.

Segala urusan berkaitan permit diuruskan oleh Warner Music dan saya pasti tidak ada masalah kerana label tersebut menguruskan ramai lagi artis luar yang bekerja di sini.

Tiada isu saya sengaja lari daripada membayar cukai kerana setiap bulan saya pasti membayar cukai yang sepatutnya. Setiap urusan itu ada saya simpan sebagai bukti jika mereka mahu.

Saya harap dapat jelaskan salah faham ini kerana tidak mahu orang lain tidak senang pula dengan saya. Saya pun mahu kerja lama di negara ini dan perlu ikut jalan yang betul.

Buat masa ini Awi yang berasal daripada Singapura belum membuat permohonan untuk mendapatkan taraf penduduk tetap di Malaysia. Malah permit bekerja untuk penyanyi juga berbeza dengan pelakon.

Kalau betul Awi Rafael tiada permit kerja yang tetap agak susah untuk pihak lain bekerjasama dengan beliau bukan? Mungkin ini hanya salah faham sahaja. Manalah tahu jika ada rezeki boleh pula Awi jadi rakyat Malaysia seperti Aaron Aziz.

Sumber Berita: mStar Online

12 responses to Awi Rafael Nafi Dakwaan Tiada Permit Kerja

  1. Anonymous says:

    Kementerian Hasil xnk selidik ke?!

    0

    0
  2. Anonymous says:

    aku pun x paham. model2 catwalk dlm fashion show dr luar negeri tu kena cukai ke?

    0

    0
  3. Setuju!!!! says:

    Kita kerja teruk2 kena cukai, artis2 spore n indon masuk sini cukai pun x kena bayar….

    0

    0
  4. melati says:

    Melayu Singapore……..???..gaya lebih duit takder…kat Negara sendiri mcm anjing kurap….hahahaha..

    0

    0
    • Anonymous says:

      Pasl org Singapore byk yg beli barang kat negera korg jdi negera korg Ada income kalau tk mcm ne korg nk mkn??? Rm3 = $1 duit negara mane lagi besar…..hahahah

      0

      0
  5. ayah anda kulup says:

    bangla dtg keje pun ada permit la..
    kalo x de ko paham2 la status ko tu…

    0

    0