Written by AbangNara | June 2nd, 2012

Awi Rafael atau nama sebenarnya Muhammad Nabawi Bin Gunawan yang sebelum ini popular dengan hasil karyanya seperti “Pulanglah” dan “Bila Aku Jatuh Cinta” kini muncul lagi dengan album baru! Walaupun baru setahun jagung dalam industri muzik tempatan, beliau telah berjaya mencuri perhatian peminat muzik tanah air apabila namanya tersenarai dalam pencalonan “Artis Baru Lelaki Popular” dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012! Bakat beliau yang begitu terserlah juga telah menarik minat pihak penganjur apabila beliau telah diberikan kepercayaan untuk menjadi artis pembukaan kepada persembahan artis antarabangsa, Dashboard Confessional pada awal tahun ini.

album baru awi rafael

Sebagai seorang artis yang serba boleh, Awi Rafael tidak pernah mensia-siakan bakatnya. Kini beliau muncul dengan album baru yang akan memuatkan kesemua 8 lagu ciptaan beliau. Seperti lagu-lagu beliau sebelum ini, hasil karya Awi Rafael tentunya tidak akan menghampakan. Lagu-lagu yang akan dimuatkan dalam album ini adalah antara “Hari-Hariku”, “Lebih Berat Dari Surga”, “Asalkan Aku OK”, “Kalista”, “My Baby You”, “Elvis”, “Satu Peluang Sahaja”, “Siapa Yang Sempurna” dan “Dewa-Dewi”.

album baru awi rafael

Abang Nara respek dengan artis-artis baru yang muncul di Malaysia ini kerana kebanyakan mereka mencipta lagu-lagu sendiri. Ternyata penyanyi muda kita sudah semakin maju ke hadapan dan tidak bergantung kepada orang lain untuk popular. Diharap dengan kemunculan album baru ini, nama Awi Rafael akan tambah popular di Malaysia. Secara jujur, Abang Nara pun suka dengar lagu Bila Aku Jatuh Cinta nyanyian Awi Rafael.

26 responses to Awi Rafael Lancarkan Album Baru, Single Terbaru Diberi Tajuk Asalkan Aku OK

  1. akuyanghebat says:

    awi rafael orang singapore. zed zaidi, apa cer? zzzzzzz

    0

    0
  2. […] Awi Rafael atau nama sebenarnya Muhammad Nabawi Bin Gunawan yang sebelum ini popular dengan hasil karyanya seperti “Pulanglah” dan “Bila Aku Jatuh Cinta” kini muncul lagi dengan album baru! Walaupun baru setahun jagung dalam industri muzik tempatan, beliau telah berjaya … Continue reading → […]

    0

    0
  3. x minat la says:

    Terserlah ke? haha.. Suara biasa2 jek,,

    0

    0
  4. Linda Off says:

    amacam ND lalak ?… dulu perkecilkan dia kate nak tmpang populariti anak kau tu ,, skarg kau hadap lah gosip2 liar anak kau dgan shanaz tu … hahahahaha

    0

    0
  5. Anonymous says:

    weh betul ker najwa latif pon ader ciplak muzik penyanyi indie dari perancis? cuba cari gosip pasal ni kat rotikaya. tapi dia cerita lama la. dlm awal tahun ritu.

    0

    0
  6. Anonymous says:

    x sedap…

    0

    0
  7. cicakiut says:

    ZZ, bertindak segera!!!

    0

    0
  8. Ah says:

    Zz ckp dia ingin restrict kn penyertaan untuk anugerah malaysia yg besar yg melibatkan puluhan ribu ringgit sbgai habuan.mcm ABPH,AIM,.. Kalau artis luar setakat berkembang dMalaysia,zz x halang periuk nasi org aslkan xpakai pas visa lawatan yg 6bulan tu. yg ini salah.kalo nk cri rezeki mesti ikut peraturan betul.iaitu PERMIT kerja yg SAH,sllunya permit bekerja ni 2 tahun,tp dpt disambung2.. Kamu org di atas i mmg otak kosong,kesian x prnh melancong agaknya,tu lh tahu menahu. Katak bawah tempurung

    0

    0
  9. miss wawa says:

    Go Awi Go! pedulikan kata2 diaorg yg dengki lagi2 si ZZ tu! bkn dia yg bagi mkn!! Semoga Awi berjaya baik di spura atau msia..WE LOVE AWI RAFAEL!!

    0

    0
  10. zaia says:

    glamer sungguh nama ZZ kat BN nie..memana entry ade je nama dia..

    0

    0
  11. tercinta says:

    hidop ZED ZAIDI…OH MY ENGLISH….

    0

    0
  12. Anonymous says:

    salam tuan, sedap bebenor ker suara si awi rafeal tu?

    0

    0
  13. ngomel says:

    tajuk – ‘asalkan aku ok’.. apsal? selama ni dia tak ok kot..!!

    0

    0
  14. budak debab says:

    awi rafael … i like ilike ….. *pengsan*

    0

    0
  15. awie wings says:

    alahaiiiiii..tak payah la….bukan laku pn album bodoh ko tu..

    0

    0
    • blitzenius says:

      dia tak hidup jual album, tapi main muzik secara live. kat situ lah duit dia. kalau harap jual album saja, memang tak hiduplah, lepas tu marah kat cetak rompak, macam Marsha AF. aku rasa ko rujuk kat Ameng Spring kot. tengoklah dia kat mana skang?

      0

      0
  16. ct mahani says:

    go Awi!pedulikan org ckp.. lagu asalkan aku ok best ^_^

    0

    0