Written by serenity | January 23rd, 2015

Kita semua telah melihat kehebatan Caliph Busker dan Mojo dalam menyampaikan lagu Romancinta pada Anugerah Juara Lagu (AJL) 29 yang telah lepas. Persembahan itu pasti akan diingati untuk beberapa tahun mendatang, dan mengingatkan kepada kehebatan persembahan secara langsung kumpulan Meet Uncle Hussain dengan Laguku Untukmu semasa AJL 23 pada tahun 2009.

Penyanyi asal lagu tersebut ialah Aweera selaku vokalis Mojo, bagaimanapun dia tidak menyanyikan lagu itu pada peringkat akhir setelah keluar dari Mojo dan tempatnya digantikan oleh penyanyi lain. Namun begitu untuk pertandingan akhir penyanyi baru Mojo iaitu Ryan Brakhma yang berasal dari Indonesia tidak digunakan, sebaliknya kumpulan yang sebelum ini hanya menyanyi di jalanan iaitu Caliph Busker telah membuat persembahan manakala Mojo mengiringi persembahan mereka dengan memainkan muzik.

 photo klhive-aweera.jpg

Bagaimanapun melalui mStar Online  Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Noriyissham, 24, berkata, Edry sebelum ini pernah menuduhnya suka bermain drama dan telah membuktikan kepada khalayak siapakah sebenarnya suka bermain drama.

Dia tuduh saya suka main drama tetapi dalam hal ini kita tengok dia yang buat drama untuk raih simpati masyarakat.

Sebab itulah kalau dia gunakan penyanyi baru Mojo, sudah tentu persembahan mereka malam itu akan dikritik.

Persembahan Mojo dan Caliph Busker melayakkan mereka memenangi Persembahan Terbaik dalam AJL 29 namun Aweera berkata kemenangan berkenaan adalah atas kapasiti kehebatan pemuzik jalanan itu dan  bukannya persembahan sebenar Mojo.

Malah Aweera mengakui amat mengagumi Caliph Busker dan hampir-hampir menitiskan air mata ketika menyaksikan persembahan mereka.

Tidak diketahui apakah sebenarnya konflik yang berlaku antara Aweera dan Edry tetapi keduanya sejak kebelakangan ini memberi komen mengkritik antara satu sama lain. Apa pun diharap mereka berdua berbaik semula kerana dunia hiburan Malaysia kecil saja dan mana tahu di masa akan datang mereka akan bekerjasama semula. Sekurang-kurangnya ingat kenangan semasa masih berkawan baik dahulu, ya tak?

Semoga Aweera terus sukses dengan kariernya selepas ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

78 responses to Aweera – Drama Edry Untuk AJL 29 Berjaya

  1. misz says:

    ok la tu rezeki caliph busker.. kalau kau nyanyi pon rasanya confirm x menang 1 award pon

    0

    0
    • Fiza says:

      rzeki caliph busker,mungkin rzeki aweera tmpat lain..harap caliph busker tidak diambil ksempatan..mreka cacat bakat yang tuhan kurniakan patut diketengahkan..tringat arwah s jibeng

      0

      0
      • manusia biasa says:

        tak kisah la janji persembahan malam tu best

        0

        0
        • amoi says:

          dah la aweera…xyah pertikaikan…kalau edry yg buat salah, 1 ari nnt, semua org akan taw jgk…anggaplah ko bg rezeki tu pada caliph buskers…in case kalau mlm tu ko perform, lom tentu lg mojo akan menang…ye x???kurg2, tu dah jadi rezeki pada caliph buskers sbb bg performance yg mantop!!!!

          0

          0
        • Kiah Kongo says:

          “Tidak diketahui apakah sebenarnya konflik yang berlaku antara Aweera dan Edry”…

          Dengar katanya Aweera ni dah “aksyen” keras kepala. Edry telah membuat keputusan tersebut bila si Aweera ni nak menyanyikan lagu Romancinta bersama kumpulan sendiri!!! dan bukan Mojo. Amboi, boleh pulak nak buat kumpulan sendiri.., habis Mojo nak letak mana ye dok? Ko saper?

          0

          0
        • Mak Jemah says:

          Dah la tu Aweera hoi. Dayang, Shila Amzah, Joe Fizzlow, Calip Busker dan Mojo semuanya dah pakat2 pergi bank cash cheque theyols. Tunggu nak enjoy je $$$$$ diaorang. Yang ko masih melalak…

          0

          0
        • Puii Sikit says:

          tak payah nak tagih simpati la sis….i mean bro. heheehe. kau yg buat hal, nak putar belit fakta pulak? kau paham x makna “hakcipta”? kalau nak masuk sangat ajl, kau cari komposer sendiri, kau buat lagu cipta sendiri la. memang la nampak mcm kau terinaya walhal ini ibarat kau menyewa rumah, kau hanya penyewa je bukan pemilik. pemilik nya tetap nama edry dan kru. so?

          0

          0
        • kacang menggelembu says:

          dia, aweera yg nak tarik diri sbb perselisihan paham dgn edry, lepas tu dia pulak tuduh edry berdrama? memang kacang la kau kan….

          hurmmm….

          0

          0
        • Baby AA says:

          rumah dah siap; pahat masih berbunyi.

          ketong! ketong! ketong!

          0

          0
        • Jennifer Garnier says:

          lawak betul Baby AA ni…Jen suka dengan ayat.. ” ketong! ketong! ketong! ” tu

          0

          0
        • Joyah Rage says:

          Edry tu lebih handsome dari Aweera

          0

          0
      • Datin Semah says:

        eh pening la. mcm drama budak sekolah. dua2 akak hentok kepala kang..

        0

        0
    • zuanzuan says:

      aku rase ko aweera yang berdrama, edry kru itu kan komposer? so ikut suka hati dialah nak ko nyanyi atau tidak, ambik caliph busker sbb nk raih simpati? aku rase tak, sbb juri2 bknnya bodoh dengan “drama lara bagai” dan aku tak rasa itu drama pun, sbb diorg nyanyi mmg ikhlas dan sgt menyentuh sanubari audiens, tak akan nyanyi sampai audiens rasa sebak itu pun ko nak kata semua yg edry buat tue “drama” semata2. cukup2 lah nak berdengki dgn org, suara sedap, rupa elok tp perangai tak molek pun tak guna.

      0

      0
  2. sentap says:

    hek eleh aweera. aku dulu suke kau. sejak OIAM lagi. tapi sejak kau meroyan, aku da mnyampah. kenape tak puas aty kene kick dr MOJO? pastu ckp edry maen drama. lantak dye la. da dye pnyer lagu. suke aty dye nk wt hape. bkn kau ade syer kt lagu tu pon. tak payah la over2. org da tak kesah kt kau. sume fokus kt Caliph Busker aje. so, bye aweera

    0

    0
    • rasanyalah says:

      bukan kena kick, dia sendiri yang nak blah sebab tak puas hati, sebab plan asalnya adalah untuk bawa lagu romancinta bersama vokalis baru tu, tapi aweera tak setuju tu yang dia blah

      0

      0
    • caliph buskers fan says:

      Bukan kene kick.. die sendiri gi sign contract dgn Sony Music..padahal still dgn MOJO ..pastu bile Roman Cinta layak ke AJL terhegeh2 nak perform padahal tu lagu Edry.. attitude problem betol la ko Aweera

      0

      0
  3. iamwhoiam says:

    come on la Aweera… mana u tau niat dia nk meraih simpati? what if niat dia nak bagi rezeki kat orang kelainan upaya? which rarely orang amik kisah pun.. be positive ok! let Allah be the judge!

    0

    0
  4. Nurul Huda says:

    Siapa sangka tuah Caliph Busker dan Mojo..Dah rezeki mereka.

    0

    0
  5. Kali ini boboi sangat setuju dengan Aweera. Kita sedia maklum Edry awalnya nak gantikan Aweera dgn penyanyi baru Mojo yg dari indon… tapi kenapa masa AJL tak ada penyanyi indon tu? Drama Edry memang berjaya..

    0

    0
    • izzy says:

      saya stuju dgn aweera n boboi. wpun sy x penah ambik pot sgt pun pasal mojo ni. tp kalau mlm tu mojo bwk penyanyi indon tu, silap2 kena boo.. tp hikmah dsebaliknya sy jd peminat caliph buskers slpas itu. edry da biasa buat filem, stakat drama sikit tu kacang je bagik dia! insyaAllah ade rezeki aweera kt tpt lain.

      0

      0
      • Kronologi Kes Tanggang says:

        Mualnya pertelingkahan ni sebab Aweera tak nak nyanyi dgn Mojo.
        Edry gugurkan Aweera, nak ambik Indon nyanyi sama Mojo tapi dikritik orang ramai.
        Terjumpa Calip Busker….setaraf Aweera.
        Menang pulak.
        Tamat!

        0

        0
        • bukan rasa tapi pasti says:

          kau lupa nak sambungkan ayat ke
          Terjumpa Calip Busker untuk tutupkan salah sendiri

          0

          0
        • nice says:

          tertinggal point nie,bukan tak nak nyanyi dgn mojo je,tak nak berduet dgn vokalis mojo sekali..

          0

          0
        • hello says:

          tertinggal lagi point. edry dah notice caliph busker dah lama. bukan sebab ajl dia merayau kat luar cari penyanyi. drummer mojo yg suggest suruh tengok balik caliph busker.
          tamat.

          0

          0
        • Bedah says:

          ada lagi nk tambah, Lisa Surihani berlakon sama Aaron Aziz, ramai nk gi tengok besok.

          0

          0
    • Kassandra says:

      sebab tone suara penyanyi indon tu tak sesuai dgn lagu Romancinta. sebab tu awalnya edry nak aweera dgn penyanyi indon tu berduet. tapi aweera taknak. so edry kena cari penyanyi lain. tu yg jumpa caliph buskers. kalau ikut “drama” ni dr mula dah boleh tahu dah siapa yg drama sangat sebenarnya

      0

      0
    • kasar bahasa says:

      AJL ni utk Malaysia je kan? Lagu produced luar negara, guna penulis lirik luar negara, composer luar negara etc tak boleh masuk kan? So penyanyi pun tak leh la orang luar kan? ke tu AIM?

      0

      0
  6. Ibumerah69 says:

    Harap drama antara Aweera dan Edry berakhir dgn baik.Apa-apa pun drama MUHKLIS ( TV2 ) yg berakhir mlm tadi memang..memang BEST.. Tahniah pada Sharnaaz Ahmad yg bisa membuat ibu sekeluarga menangis..Memang touching..Ibumerah harap Sharnaaz akan terus sukses dlm bidang lakunan. Berilah apa watak pun, beliau berjaya melakunkannya. Memek mukanya di saat kesedihan memang meruntun perasaan seorg IBU..Syabas Sharnaaz dan semua pelakun Drama Muhklis terutamanya yg bawa watak Budin..

    0

    0
  7. qaseh suci says:

    sudah la aweera, x payh nak ungkit2 dah, dh rezeki caliph buskers malam tu, rezeki awak ada dimna mna..KRU dh pun buat recording album tuk caliph buskers..mlm esok dieorg ada busking dekat central market sekali kru ,mojo dn hotfm..korang ada rzki masing masing..Edry bukak ruang caliph buskers tuk ketengahkan bakat mereka..indon ada Tegar why not pulak msia ada CALIPHBUSKERS..harap edry akan teruskan ketengahkan bakat mereka….

    0

    0
  8. mL says:

    Sudah tu sudahlah aweera
    kau pun main drama jugakkan sebab nak tgk kumpulan mojo kena kritik kan pada awalnya?
    tapi rancangan kau tak menjadi sebab edry bertemu penyanyi jalanan yg lagi hebat

    kau ucap tahniah dan duduk diam diam sudah, dah memang ditakdirkan kau blah dari mojo dan memang dah sampai rezeki Caliph Buskers dikenali dgn bakatnya

    0

    0
  9. Kassandra says:

    Dear Aweera,

    Please. Stop the drama yourself. You sendiri tahu Edry tak penyanyi Mojo yang baru untuk nyanyikan lagu Romancinta sebab lagu tu tak sesuai dengan tone suara penyanyi baru Mojo tu. That is why Edry nak u two berdua berduet. Tapi u taknak. Then edry terpaksa cari idea lain. And Allah temukan dia dgn Caliph Buskers.

    You dah keluar dr Mojo atas pilihan sendiri. And lagu tu ciptaan sepenuhnya oleh Edry. What right yang u ada?

    0

    0
  10. susah hati says:

    sebenarnya si awera ni dh mintk kuar dr mojo b4 abis agrement lg.pastu edry ni cr la vokalis baru bila muzik2 pelawa utk bertanding.si awera ni yg pelawa edry utk jd vokalis brtanding nyanyi lagu tu.tp ms tu mojo dh ade vokalis bru..so mn nk letk vokalis bru if awera nk jd vokalis..so dats why edry ajak diorg duet berdua…so skarang sapa yg main drama benonya…

    0

    0
  11. wanita says:

    ini bukan drama oleh edry. aweera, you have to realize edry orang lama in the industry. and ajl ni juara lagu bukan juara nyanyi. lagu tu hak dia, and edry boleh pilih sesiapa pon untuk nyanyikan lagu tu masa ajl. tak semestinya lagi tu aweera yang popularkan, then only him yang boleh nyanyi lagu tu for ajl. NO. ni bukan oiam lagi yer.

    bila mojo dah ada vocalist baru yang aweera tak setuju nak duet with (and aweera mmg dah blah lama dah pon before separuh akhir lagi) memang edry nak send mojo to ajl dengan ryan, dah kuar media pon statement ni. but bila all these nonsense berbalas dalam media between edry and aweera, edry realized he needed to teach aweera a valueble lesson, and do it dengan cara yang paling halus tapi boleh bikin sentap. edry boleh replace aweera dengan mudah, not only that, edry boleh replace replacement aweera lagi dengan caliph buskers. dia nak educate aweera, “helloo bro, caliph buskers ni not even in the same league dengan you but believe me they will rock ajl” and they did.

    kesimpulannya, jangan nak attitude sangat dengan orang yang dah lama dalam industri. kadang-kadang kena retreate and re-evaluate, lay low for a while then come back with a BANG! aweera suara memang sangat best, dah dah la tu nak bertekak dengan edry, i heard ada single baru nak kuar kan, why not focus on that to win your fans heart.

    0

    0
  12. nok gebuzzz says:

    sudah2 la aweera,edry pun dah x ckp ape2..ko pun bukan tak boleh berdiri sendiri kan,kalau betul ini kerjaya ko Inn syaallah rezeki ada dimana2….

    0

    0
  13. Kakak says:

    Mamat ni x habis lagi ker nak berdrama. Mojo dh move on pon!!! Sudah2 la nak raih simpati. Fokus la pd single baru usaha la lebih sikit smpai masuk AJL next year. Ssh betul mamat ni

    0

    0
  14. azreen says:

    Artis baru tak payah nak diva sangat..tak kemana pegi nya nanti. Cuba la merendah diri sikit…tak jatuh pun.

    0

    0
  15. gegurl says:

    Aweera, komen dan kritikanmu tidak langsung mengoyahkan nama besar Edry, juga tidak langsung meninggalkan kesan kepada kami yg mula mengagumi keistimewaan Caliph Buskers… okbaiii

    0

    0
  16. Anonymous says:

    betul3… aweera sdr yg ckp kan… edry mtk dia berduet dgn penyanyi baru mojo tp aweera x nak sbb aweera ckp edry bg part yg susah dkt dia.. yerla, sebagai pencipta lagu tentu edry tahu suara siapa yg sesuai nyanyi part mana2.. lepas to aweera jugak x setuju bila edry ckp kalau menang wang to akan dibahagi sama rata.. aweera nak dia sorg sj yg bolot hadiah kemenangan too.. sbb too la dia x setuju.. last2 siapa yg ugi. sendiri yg meroyan x habis3…

    0

    0
  17. Islam Itu Indah says:

    sudah2 la tu. klu caliph buskers dgr mesti dia kecik hati. dah rezki dia. awak tu sihat segala sifat, pegi lah cari rezki lain. maafkan saya.

    0

    0
  18. kaki says:

    huh! aku baru dpt tgk video zamani nyanyi dlm lokap dgn tgn bergari.. malu2 je dia nyanyi, kejap pndang kamera, kejap pndang bwh… sedihhhhhnyer.. sakit plk hati akuuuuuuuuuuuuuuu. polis apebenda mcm nie

    0

    0
    • anon says:

      Eh kenapa nak salahkan polis pulak, salahkan dia lah duk bergelumang dgn dadah sampai kurus kering…

      0

      0
  19. Anon says:

    suda la Aweera, mgkin ko rasa Edry main drama, mgkin betol mgkin tidak tp lebih baik diamkan diri n move on dgn projek2 baru. betol ke salah ke tu dh tak penting, kdg2 klu betol pun bila byk bunyi sgt blh jadi tak betol.

    0

    0
  20. N says:

    Aku tak tau lah, yang kondem aweera dalam artikel ni gagal pemahaman BM ke tak pernah sekolah dulu. Kan point aweera tu si Edry tu main drama sebab bawak Caliph Buskers tu. Ye, performance dorang memang power, suara vokalis tu memang power. Aku memang tabik la.Tapi aku nak tanya korang, kalau dorang tu bukan OKU, korang kisah tak? Boleh dapat tak performance terbaik? Konfem tak punya.la. Tak payah nak tipu. Ramai je vokalis suara sedap kau boleh jumpa dalam kalangan buskers ni. Tapi kenape die pilih yang OKU? Sendiri boleh pikir kan?

    lepas ni korang tengoklah caliph Buskers ni jadi ape. Ada dapat can nak buat album dengan kru, ataupun setakat gimik malam ajl tu je. Kalau betul sebab bakat, Edry takkan la taknak sign diorang ke label dorang kan?

    0

    0
    • poooodaaahhhh says:

      ehhh lantak la drama ke ape ke…ko sendiri tgok caliph busker perform bagus ke tak? ko rasa kalau aweera perform malam tu mojo dapat ke x award? sebijik pun xdapat la aku jamin, dengan attitude aweera tu lagi mengalahkan artis hollywood baik tak payah.. kalau betul pun tu drama edry, drama tu drama yg bjaya, yg ptg suma orang suka tgok caliph busker perform okehhhh

      0

      0
  21. Ibu says:

    Hmm mcm2 ye..aweera ni masih muda & edry pula org matang dewasa, mungkin dua2 pun ada salah masing2, tapi kalau salah sorang mengalah boleh selesai masalah ni awal2, ni berbalik pd rezeki bahagian masing2 jugak le

    0

    0
  22. Ikan Salmon says:

    alaaaaa… tu la namanya persembahan.. ade kejutan tuk menarik perhatian penonton.. xsalah pun dorg nk buat drama k ape k…
    rezeki masing2 kan.. sesama islam plak tu.. xyah la nk dengki2… xsalah pun nk doakan tuk org lain kn..

    0

    0
  23. Ikan Salmon says:

    kemon….

    0

    0
  24. love says:

    SOKONG AWEERA! NAMPAK GAME EDRY CAMNE MALAM TU.. TP CALIPH BUSKERS PON TERBAEK.. REZEKI DIA.. TP KALO BETOL LA EDRY HANYA UTK AMBIK KESEMPATAN, KESIAN CALIPH BUSKERS DIPERMAINKAN.. CUKUPLAH EDRY.. AJL KALI NI BYK TOL GIMIK.. NYEBABKAN RMAI YG NONTON.. TERPAKSA MENGHADAP QUPUTEH BONGOK TU HA.. DORG SAJE CIPTA GIMIK CMNI SUPAYA RMAI DPT TGK PROMOSI QUPUTEH TU.. ZZZZZZZZZ…

    0

    0
  25. Mie KRU says:

    Salam

    Rasanya dalam kes ni semua orang boleh menilai… edry tak buat apa2 salah pun .. ko yang nak keluar aweera, lepas tu ko nak kata edry buat drama… edry dah tentu2 bos KRU & dia tau kapsiti ko, kalau ko tak keluar apa pulak dia nak cari vokalis baru… semua orang tau..ko nak perform dgn band ko… sudah2 la aweera… lagi banyak ko cakap lagi banyak busuk yang keluar… pasal berhutang dgn KRU..pasal perangai ko satu malaysia dah tau… sudah2 la…

    0

    0
  26. Pembaca Berita says:

    Looser memang akan keluar statement camni……banyak “kalau” nya…..takpelah Aweera…….xde rezeki awk duduk bwh KRU….tp ingatlah jasa2 KRU pd awk selama ni…..jgn gigit tgn yg dh tlg suap awk…..memang rezeki Allah bg…..tp KRU la yg jd pengantara rezeki awk drpd Tuhan tau. Hidup jgn mendongak langit sgt. Xde siapa akan kenal awk kalau KRU x amik awk dulu tau….ingat tu. Dan andainya rakyat Malaysia jatuh simpati dengan DRAMA ciptaan Edry kali ni, biarlah. Simpati membuahkan rasa hormat dan kagum kami rakyat Malaysia pada sekumpulan org buta bernama Caliph Buskers. Kalau x kerana awk buat hal….Caliph Buskers pun takkan masuk tv dan terkenal mcm skrg. Semua dh tertulis, Aweera. Tak pyh lah nak keluarkan statement yg akan aibkan diri awk sendiri. Lg byk awk ckp, lg byk org nk gali. Tp pada saya, persembahan MOJO & CALIPH BUSKERS mlm tu sedikit sebanyak MENAGAJAR awk……kan??

    0

    0
  27. qshe says:

    Sorry la..mmg aweera ada masalah daripada tempat kerja spai sekarang..kami kat sini mmg dah kenal aweera, jadi x heran la dgn perangai dia macam tu…

    0

    0
  28. CEKEWET says:

    dah boleh boleh dah move on si aweera ni, nak burukkan bekas boss dia pulak lol kesiannn

    0

    0
  29. gila says:

    common le aweera, dia cuba ke tengahkan org oku pun boleh nyanyi, bukannya bidang nyanyian ni just for org yg sempurna bro. bukan mintak simpati tapi bakat allah bagi apasalahnya edry buka mata org luar sana yg org oku ni pun boleh buat, jgn dengki sgt. rezeki masing masing.

    0

    0
  30. meleis says:

    Hasil daripada kajian aku dengan cara meneliti video2 wartawan keypochi yang interview Edry dan juga Aweera dalam youtube.

    Pada fahaman aku. Citer dia lebih kurang cenggini.

    Si Aweera blah/tarik diri/ciao cin ciao daripada Mojo awal tahun 2014. Dia blah sebelum kontrak tamat. Disebabkan KRU tanak gaduh dengan dia, maka KRU pn bersetuju untuk lepaskan si Aweera ni.

    Kedian Aweera dapat tau lagu Romancinta masuk Semi Final AJL tahun 2014. Maka Aweera ni jadi gila talak. Dia contact si Edry and ajak MOJO “reunion” balik untuk AJL katanya.

    Edry pn pelik lah, pada dia kalau dah blah tu blah jer lah, Mojo dah ada vokalis baru, kau tetiber bila tau Mojo dpt masuk Semi AJL, baru kau nak nyanyi dengan Mojo. Sebelum tu pnyalah eksyen. Tapi Edry tak kesah, atas dasar persahabatan, dia kasik la si Aweera ni nyanyi dkt semi AJL dengan Mojo.

    Pastu, bila lagu Romancinta dapat masuk final, Edry (since Romancinta tu adalah lagu dia, Mojo tu adalah Band dia, dan Aweera hanyalah seorang bekas vokalis Mojo) Maka, dia nak gandingkan la Aweera dgn vokalis baru. Aweera merajuk. Tak puas hati katanya. Edry ada ulterior motive katanya.

    Hek eleh, give and take lah sikit. Edry dah benarkan kau bawak lagu Romancinta kat semi, kau beralah lah sikit, kasi la Mojo nyer vokalis baru menyanyi gak. Duet kot. Bukan tolak kau terus habis2. Ko pun ex-vokalis Mojo je kot.

    Pengakhirannya. Aweera kemana. Vokalis baru kemana. Caliph Buskers yang dapat peluang beraksi bersama Mojo.

    Kesimpulan :
    – Takyah nak diva and drama sangatlah Aweera.
    – Ini adalah rezeki Caliph Buskers.
    – Edry membukitkan KRU sentiasa mempunyai magic touch.
    – We plan, Allah plans and Allah is the best of planners.

    *Penafian: Kesimpulan yang iolss buat ni berdasarkan few video interview yang iolss tgk kat Youtube jer. Saja je nak share dengan yuhollss. Bak kata orang putih yuhollss should “take it with a pinch of salt”. Ok. Tengs.

    0

    0
  31. x says:

    Cuma berharap Edry TELUS & JUJUR bayar Caliph Busker. Tu je nak ckp. Semua org tau KRU ni camne klu bab payment.

    0

    0
  32. mak jemah vouge says:

    diam la aweera!!!!

    penyanyi baru tak boleh masuk AJL sbb org luar…org seberang, thats why edry cari pemuzik jalanan dan ALLAH temukan dengan caliph buskers…udah rezeki!!

    aweera yang perasan mcm awie ni..ko dah bankrup….so diam la..usah bg panas lg, tanpa sentuhan edry…ko nyanyi lagi jong jong inai mak ipung raja wali je laaaaa …tu kantin skolah kat kuantan nak pakai pekerja…pi minta kerja balik…

    bukan nak maki @ ejek…tp mmg dia ni melayu mudah lupa..

    0

    0
  33. Sakainya Aweera says:

    Ini lah yang dikatakan kacang lupakan kulit. Kalau tak kerana edry kutip hang , bagi chance hang sertai kumpulan under KRU , maybe kami pun tak nampak bakat hang. Aku tau hang dari OIAM , tapi kalau hang bawa diri tanpa bantuan edry , agak2 kat mana hang sekarang? Aku kenal hang pun dari lagu2 hebat Mojo , Andaiku bercinta lagi , Romancinta dll. Mana lagu solo hang yang hits? Sudah2 la meroyan Aweera , tak guna pun baik kau move on. Kalau macam ni perangai hang , aku rasa komposer , syarikat rakaman lain pun takut nak amik hang sebagai artis dia orang. Edry tak kalut , dia ada syarikat GAH dia sendiri KRU. Last word aku , aku harap hang tak tenggelam terus dari arena ni. Sebab selalunya orang yang ego , bongkak tak kan kemana

    0

    0
  34. Reema says:

    Malam tu memang malam Caliph Buskers. Terasa Caliph Buskers yang bertanding bukan Mojo.

    0

    0
  35. OLAF says:

    Sekurang kurangnya Edry bagi peluang dekat dieorang yg ‘istimewa’ ni beraksi atas pentas berprestij untuk buka mata semua orang yang mereka pun ade bakat yang Allah bagi walaupun mereka kurang upaya. Takkan semua yang jadi artis nk ciri2 yg cantik, menarik, bergaya tp bakat entah ape2. Caliph Buskers malam tu betul2 memukau penonton yg menonton AJL sebanyak 6 juta penonton. Ape2 pun selamat maju jaya buat mojo and caliph buskers.

    0

    0
  36. ANUAR ZAING says:

    korang luper kes anuar zain dulu?yang lagu sedetik lebih.tak suka edry.

    0

    0
  37. annoyed says:

    Diamlah aweera!

    0

    0
  38. wanita says:

    edry boleh replace aweera dengan vocalist baru mojo but edry actually nak teach aweera a valuable life lesson. jadi dia replace aweera dengan caliph buskers, talent yang not even in the same league (bukan sebab derang oku tapi sebab derang bukan dalam industry music kite). so there you go aweera, edry had sent you a message loud and clear, don’t mess dengan orang yang dah lama dalam industry. lagu roman cinta mmg hak edry, dia boleh pilih sesiapa pon utk nyanyikan lagu tu masa ajl sebab it’s juara lagu bukan juara nyanyi, bukan macam oiam.

    0

    0
  39. aweera who. says:

    Diamlah aweera. Semaklah kau nie.

    0

    0
  40. kucino says:

    pada aku malam tu bkn edry cetus drama, malam tu edry bg statement sinis dkt aweera “penyanyi jalanan pn boleh nyanyi lagu kau”

    0

    0
  41. ANON says:

    Biadap kucino ni.. mcm hina sgt je penyanyi jalanan tu.. hish.. manusia semua tak sempurna, tapi bg aku yg sempurna adalah org yang kurang keupayaan tapi mampu berusaha berbanding org yg cukup sifatnye..

    0

    0
  42. lolipop tembam says:

    Persoalannya sekarang : adakah benar dengan hanya setitik joy mampu membasuh beribu ribu pinggan?

    0

    0
  43. din says:

    Yg kondem aweera ni memang gagal memahami bahasa melayu.Hakikatnya tepukan berdiri tu adalah kerana kagum campur eleman simpati. Kalau orang normal belum tentu penonton tepuk sambil berdiri. Jujurlah pada diri sendiri. Adakah aweera pertikai kemenangan caliph buskers??? Tak ada kan. Yg dia pertikaikan ialah tindakan edry tu seolah-oleh mengundang simpati pe onton dan juri. Bagus memang bagus ditambah pulak dengan perisa simpati. Itu hakikat. Satu hal lagi ialah dia pertikai kenapa tak bagi pada orang normal lain menyanyi secara solo sedangkan depan aweera nak suruh nyanyi duet??? Edry takut untuk ketengahkan penyanyi indon dan lain-lain di sini. Aweera pun takan pertikai kalau edry suruh orang lain yang normal menyanyi secara solo walaupun dia tak boleh menyanyi dengan kumplulan mojo. Satu lagi kat malaysia ni, kalau orang atu ada nama besar, dia memang selalu betul. Ikut isu lah beb, isu ni mungkin orang tu betul, isu tu mungkin orang tu salah, Ini tidak, sekali ada kes disiplin, isu yang boleh dipertikaikan pun terus diberi sokongan kerana orang itu dah ada nama dan kononnya dialah yang menolong orang itu. PPooorahhhhh.

    0

    0
  44. Mizie Maintenance says:

    aku cukup x syukerr Aweera nih SEBAB :-

    1. Sombong a.k.a Angkuh
    2. Rambut macam berus dawai
    3.Ko kluar statement mcm nk MENJATUHKAN Caliph Buskers jaa dengan statement “..walaupon saya tahu mereka merendahkan 1 @ 2 pitch note…” (KO HEBAT SANGAT KEEEE???)

    TAPI…paling aku x suka…time kalu selisih dengan ko kat area ronbot Kangar tuu…..naek Virago dengan pakai singlet….SEMUA ORANG KANGAR TAHU KO NIH PERASAN JADI AWIEE!!!…dah laa tu…KETIAK PLAK BUSUUUKKKKK…serupa mcm pengai ko tu!!!

    0

    0
  45. ah san says:

    Sebenarnya lu awera bukan bagus pun. Harap belagak saja lebih.

    0

    0
  46. aweera sucker says:

    dah la aweera.. ko memang bodoh & pundek…dengki tak tentu pasal. ko tu siapa pundek…hanya sampah dan najis…tuih tuih tuih

    0

    0
  47. NNorAmy says:

    Apa2pun lagu baru mojo..Dasyat best

    0

    0
  48. Anonymous says:

    nak tanya,kenapa edry nak suruh aweera berduet dgn penyanyi baru tu eh??pasal tu je ke diorang berbalah ni??

    0

    0