Awal Ashaari Tepis Dakwaan Jalani Pembedahan Muka Selepas Kemalangan

Hiburan

Awal Ashaari Tepis Dakwaan Jalani Pembedahan Muka Selepas Kemalangan

Kemalangan ngeri yang menimpa pengacara Awal Ashaari sekitar Mac lalu nyata memberikan impak besar dalam kehidupan beliau. Kereta mewah jenis BMW 6 Series miliknya turut musnah sepenuhnya. Walaubagaimanapun, Awal tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan masih diberi peluang untuk bernafas sehingga ke hari ini.

Terbaru timbul pula dakwaan yang mengatakan Awal telah menjalani pembedahan kosmetik pada wajahnya dan masih lagi memerlukan rawatan fisioterapi dengan bantuan ubatan.

Advertisement

Muka saya hanya bengkak sahaja. Saya belum pulih sepenuhnya. Saya perlu mengehadkan pergerakan fizikal buat masa ini. Mahu duduk dan bergerak pun masih lagi terasa sakitnya dan masih menjalani rawatan fisio dan bergantung kepada beberapa ubat yang diberikan seperti painkillers.

Apabila ditanya bagaimana hubungan dengan rakannya Izuan Mokhtar yang memandu ketika kemalangan berlaku, Awal memberitahu tiada apa yang perlu diungkitkan.

Mengakui masih lagi trauma, Awal kini lebih berhati-hati dan prihatin ketika memandu dan memastikan sesiapa sahaja yang menaiki kenderaan bersamanya memakai tali pinggan keledar.

Izuan adalah salah seorang rakan rapat yang saya berikan kepercayaan memandu kereta saya. Bagi saya, apa yang berlaku adalah takdir dan saya tidak menyalahkannya.

Sekarang ini, siapa yang menaiki kereta dengan saya, saya paksa mereka pakai tali pinggang keledar.

Mungkin muka Awal Ashaari dahulu yang bengkak akibat kemalangan kini sudah semakin membaik menyebabkan beberapa pihak salah faham dan menuduh beliau membuat pembedahan kosmetik. Kami sendiri lihat muka Awal tidak mempunyai sebarang perbezaan yang ketara seperti sebelum kemalangan tersebut.

Sumber Berita: Tonton Extra

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...