Written by Bella | June 7th, 2016

Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan didalam bulan ini juga ramai umat Islam menggunakan peluang yang ada untuk menjalani ibadah umrah di Mekah.

Pengacara Awal Ashaari, isterinya Scha Al Yahya serta anak mereka Lara Alana bakal berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah selama dua minggu bermula 12 – 22 Jun ini.

Awal memberitahu, beliau sudah lama berniat untuk menjejakkan kaki ke Mekah sejak daripada awal perkahwinannya bersama Scha cuma kali ini baru sampai serunya.

Malah segala perancangan dibuat pada saat akhir dan nyata ada rezeki untuk mereka menunaikan umrah.

Sebenarnya, kami sudah lama merancang untuk menunaikan umrah sejak daripada lepas berkahwin dahulu. Selepas empat tahun tempoh perkahwinan, alhamdulillah kini baru mendapat seru dan saya rasa inilah masa sesuai untuk ke sana. Kami akan berada di sana selama dua minggu. Selain Lara, saya akan membawa ibu dan ayah serta ibu mertua termasuk pembantu kami yang akan membantu menjaga Lara nanti.

Ia memang rezeki buat kami kerana sebelum ini pernah merancang bertahun-tahun untuk menunaikan umrah tetapi rancangan itu tidak menjadi.

Secara kebetulan apabila saya menelefon agensi dan mereka mempunyai slot kekosongan pada tarikh 12 hingga 22 Jun, kami terus bersetuju untuk pergi pada tarikh tersebut.

Pada awalnya Scha kurang bersetuju untuk membawa Lara bersama kerana khuatir tidak dapat menjaga anak mereka dengan baik ketika menghadapi situasi di sana. Walaubagaimanapun, Awal ingin juga Lara turut serta bersama kerana ingin memberi peluang kepada anak mereka untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di Mekah.

Kami tidak pernah pergi ke sana, dan tidak dapat menjangka situasinya nanti, tambahan pula kita ingin menunaikan ibadah. Saya pernah mencadangkan untuk tidak membawa Lara tetapi Awal pula sebaliknya.

Mungkin ketika proses tawaf atau ketika menjalankan ibadah umrah dijalankan, Lara akan tinggal bersama pembantu di bilik. Kami akan membawanya apabila perlu sahaja.

Alhamdullilah, dah rezeki Awal dan Scha untuk menjalani ibadah umrah bersama anak mereka. Semoga mereka selamat pergi dan balik serta dipermudahkan dalam segala urusan untuk menunaikan ibadah berkenaan.

Sumber Berita : Kosmo!

22 responses to Awal Ashaari, Scha Al Yahya & Lara Alana Bakal Tunaikan Umrah Bersama-sama

  1. Kak Nam says:

    Azwan Ali pergi juga ke tahun ni?

    0

    0
    • jangan minum coca cola says:

      hope sapa yg pergi sana dapat hidayah

      0

      0
      • chetaktaulah says:

        setuju pd comment ^…….
        Alhamdulilah….
        Ramai sungguh orang yg mampu berumrah..
        Tak kiralah Org Tak Kenal atau Org Kenal…
        Cuma….Sayang sekali..
        Kalau ia sekadar…
        Melepaskan Batuk Di Tangga…!!!

        0

        0
  2. Anonymous says:

    pembantu tu joy ke?erkk..joy tu muslim ke?

    #tanyaje #jangan kecam saya

    0

    0
  3. Anonymous says:

    selamat brpuasa…alhamdulilah..

    0

    0
  4. Anonymous says:

    allah.. jelesnya.. biler la turn sayer plak yer.. teringin jejakkan kaki di sana.. semoga saya dan keluarga turut dapat menziarah tanah haram insya allah.. amin

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Seronoknya pergi ramai-ramai. Alhamdulillah murah rezeki Schawal.

    0

    0
  6. akuperatije says:

    alhamdulillah..

    tapi …aku perasaan gak satu benda nie..
    Kalau che ta gi holiday…tak lama tu scha pun gi..

    Ni,che ta gi umrah ritu…ni scha plak…

    mmg la rezeki..tapi mcm seakan berlumba ..hurmm

    waallahualam

    0

    0
    • penat taip panjang sekian says:

      lol. bila masa schawal berlumba? che ta tu dah banyak kali pergi umrah. xde pn schawal heboh nk keluarkan kenyataan x berkesempatan nk buat umrah ke apa ke. ni br first time kot dia ckp psl umrah. and pasal bercuti tu nampak sgt ko xtahu. so far schawal pergi luar negara bukan bercuti. tp atas dasar kerja ok. dia pergi jepun sbb duta yakult. pergi thailand sbb drama isteri v tunang. lol. kesiannya main buat tuduhan. kau igt dia x kaya jugak ke sampai nk berlumba. cuma x show off je mcm artis tuuuu

      0

      0
  7. melati says:

    kalau terjumpa Bakal tunang Uqasha Senrose, Tlg bagi alamat kat dia yew Awal Ashaari….mungkin sesat kt saner dh 3 purnama Uqasha Senrose tunggu tk sampai2 ….!!!hihi

    0

    0
  8. Anonymous says:

    asal tak nak bawak anak ?? takut anak crancky kat sana?? kemon la scha … tak adventure mak bapak kalu ke mana2 nak berdua je . bek tak pyh ada anak .. org lain boleh je tunai umrah , tawaf ngn gendong anak …

    0

    0
  9. skywalker says:

    Drg bawak lara la sekali gi umrah…
    bestnyaaa..
    kecik2 dah merasa pergi tanah suci ^_^

    0

    0
  10. Shark says:

    Just make sure lara x meragam, show tantrum dlm flight tau!! Jauh perjalanan tu…
    Semoga ibadah kalian dipermudah dan diberkati terutama lagi di bulan yg mulia ni

    0

    0
  11. Zubaidah says:

    Mencabar tunaikan umrah musim panas lebih2 lagi bagi kanak2. Rata2 jemaah yang pergi akan menghidapi batuk n demam sbb perubahan cuaca. Semoga tabah dan dipermudahkan urusan umrah. Amin.

    0

    0